Followers

Undilah calon-calonku...

Monday, July 6, 2009


Hari semakin hari ia semakin hampir kepada kita, kehangatannya ibarat panas di musim soifi, sebagai ‘orang baru’ di bumi Jordan aku juga turut merasai kehangatan yang sedang diperkatakan oleh seluruh mahasiswa Jordan. Apa yang semakin hampir dan apa pula yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini? Hanya ada satu jawapan sahaja bagi soalan tersebut iaitu, Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) yang bakal berlangsung pada 11 Julai 2009. Daripada segi calon yang mewakili mantiqah masing-masing, mereka bukanlah calang-calang orang, mereka mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri. Blog-blog mahasiswa Jordan pula sekarang ini sedang galak berkempen calon-calon dari mantiqah masing. Tidak terlepas juga blog aku.

Setiap calon sudah pasti akan membawa suara mantiqah atau negeri masing-masing, itulah gunanya mereka untuk mewakili negeri masing-masing seterusnya membawa berita negeri mereka ke pusat untuk diselesaikan. Maka tanggungjawab mereka adalah besar selain peranan utama mereka untuk memimpin seluruh mahasiswa Malaysia di bumi Jordan. Maka sudah pasti mereka yang sudah berpengalaman dalam persatuan patut dipilih dalam memimpin MPPMJ pada sesi yang akan datang selain sifat-sifat yang telah aku nyatakan dalam post terdahulu, iaitu seorang yang Qawwiy, Amin, hubungannya dengan Allah dan sesama manusia sudah beres, juga patut diberikan kredit sekiranya dia seorang yang Hafiz al-Quran.

Kalau aku menjadi perwakilan untuk pilihanraya kali ini, sudah pasti aku dahulukan nama para Hafiz dan Hafizah untuk memegang tampuk pemerintahan kali ini, nama-nama seperti Syahrul (Mafraq), Azrai (Mafraq), Nurul Ain (Irbid) Izzatul Nadia (Irbid) dan Munirah (Mafraq) akan aku utamakan kerana mereka semua adalah Hafiz dan Hafizah disamping seorang lagi Hafizah yang aku terpaksa ketepikan iaitu Hanifah (Mafraq) kerana aku rasakan kurang adil jika empat undi aku peruntukkan untuk mantiqah Mafraq sahaja, maka cukuplah lima orang Hafiz dan Hafizah tadi untuk memegang tampuk pemerintahan buat kali ini tambahan pula kerusi yang diperuntukkan untuk akhawat hanya tiga kerusi sahaja. Mereka ini bukan sahaja di kalangan Hafiz dan Hafizah tetapi sumbangan mereka kepada MPPMJ, Persatuan Zon (PZ) dan Badan kebajikan Anak Negeri (BKAN) tidak dapat dinafikan lagi. Untuk memantapkan lagi MPPMJ sesi 09/10, aku fikir tenaga berpengalaman dalam MPPMJ amat diperlukan, siapa lagi kalau bukan Afiq (Mu’tah), salah seorang daripada ketua biro MPPMJ sesi 08/09 disamping beliau juga merupakan seorang yang mantap dari segi akhlak, akademik dan berpersatuan. Adalah suatu kerugian kepada mahasiswa Jordan jika beliau tidak diangkat untuk mentadbir MPPMJ pada sesi akan datang. Pengalaman pada dirinya yang amat berharga akan membuatkan aku mengundi dirinya kerana pengalaman tersebut boleh diadaptasikan pada sesi 09/10.

Selain dari mereka aku yang baru ‘setahun jagung’ di bumi Jordan ini kurang mengenali calon-calon lain yang bakal berentap untuk kerusi MPPMJ sesi 09/10. Jika aku membaca profail mereka di laman web rasmi SPR MPPMJ, semua calon adalah mereka yang berpengalaman dalam persatuan selain mereka juga cemerlang di dalam akademik. Namun berdasarkan penyiasatan dan kajian yang aku jalankan secara bersendirian calon popular yang bakal satu lagi mengisi kekosongan kerusi MPPMJ sesi 09/10 adalah Nik Abd Hadi (Irbid), kajian ini meliputi akademik, akhlak dan berpersatuan. Selain daripada Nik Abd Hadi, peratus kajian aku menyatakan calon yang lain akan menemui jalan sukar untuk memenangi pilihanraya kali ini. Nama-nama seperti Shafiq (Mu’tah) dan (Irbid) bukanlah tidak popular, namun peratus kepopularan mereka masih tidak dapat menyaingi peratus kepopularan Nik Abd Hadi. Maka berdasarkan penyiasatan kajian yang telah aku buat sudah pasti baki satu lagi undi aku, aku akan berikan kepada Nik Abd Hadi. Mungkin orang akan bertanya mengapakah aku tidak memberikan undi aku yang terakhir kepada Shafiq? Jawapanku kerana aku merasakan Shafiq lebih diperlukan untuk memantapkan Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA). Mengapa pula aku tidak mahu mengundi Rashidah (Mu'tah) dan Ku Mawaddah (Mu'tah)? Jawapannya telah aku jawab tadi, kerana aku menginginkan Hafiz dan Hafizah yang memimpin MPPMJ untuk sesi 09/10. Aku harap tiada buruk sangka kepadaku mengenai undiku ini.

Namun segalanya hanyalah menjadi cita-cita kosong aku atau lebih menarik jika aku katakan, ianya seperti angan-angan Mat Jenin kerana aku tidak layak untuk mengundi disebabkan aku bukanlah exco di dalam mana-mana PZ dan BKAN yang lebih layak mengundi. Walaubagaimanapun aku amat mengharapkan kalian yang layak mengundi dapat merealisasikan cita-cita aku ini dengan mengundi calon-calon tadi. Aku menulis ini bukanlah berdasarkan assabiyyah tetapi berdasarkan kajian yang telah aku jalankan disamping ianya memberi kredit kepada para Hafiz dan Hafizah untuk memegang tampuk pemerintahan MPPMJ untuk sesi akan datang.

WaLlahu a’lam


1 Comment:

friends said...

slm..hang leh ngundi ke,,hhehehe,,slmaat ngundimm