Pages

Thursday, December 17, 2009

HIJRAH : Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Salam Ma'al Hijrah. Bila datang tahun baru maka adalah azam baru, tetapi kebiasaanya bila bertanya kepada sesiapapun jua, "Apakah azam engkau tahun ini?", kebanyakannya akan menjawab "Azam aku tahun ini, menyempurnakan azam tahun lepas. Selalu bila tahun baru menjelma, maka ramai yang akan berkata umur aku bertambah lagi setahun tetapi hakikatnya bila tahun baru menjelma sedarkah kita bahwa umur kita makin pendek kerana dekatnya kita pada mati. Sudahkah kita semua bersedia hari kematian kita? Bagaimana kita hendak bersedia, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menemuia ajal kita. Terkenang pula kepada al-Syahid Umar Mokhtar yang digelar 'Singa Padang Pasir', dia mengetahui bilakah dia akan dihadapkan ke tali gantung sewaktu berjuang melawan penjajah.

Sabda RasuluLlah s.a.w.

 إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرٍئ ما نوى 
فمن كان هجرته إلى الله ورسوله فهجرته الى الله و رسوله 
ومن كان هجرته لدنيا يصبها أو امراة ينكحها فهجرته إلى ما هجر إليه
  
"Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap sesorang itu ada niatnya sendiri, barang siapa 
yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
 barang siapa berhijrah ke arah dunia dan wanita yang ingin dikahwininya, 
maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahkan kepadanya".
(Bukhari dan Muslim)

Hadith ini mungkin sudah popular dikalangan setiap Muslim, namun sejauh mana maksud daripada Hadith ini diambil dan dijadikan pedoman. Sesungguhnya Allah tidak akan menubag nasib seseorang melainkan orang itu sendiri yang mengubah nasibnya sendiri. Datangkanlah kepada seorang pemalas motivator yang begitu terkenal lagi hebat untuk memberikan motivasi kepada si pemals tersebut, dan ujilah sejauh mana keberkesanannya. jika pemalas tersebut masih tidak mahu memajukan dirinya maka sampai bila-bila pun dia akan berada di takuk lama. Ingatlah sesungguhnya seorang Muslim tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali, bila seorang Muslim sudah jatuh lubang itu, maka tiada kali kedua mahupun seterusnya.

Hijrah sudah datang lagi, sudah 1431 taun Nabi berhijrah dari sebuah kampung ke sebuah bandar yang bercahaya, dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Selepas menjalakan dakwah selama 13 tahun dengan penuh ujian dan cobaan, umat Islam ketika itu disiksa dan dibunuh, Bilal bin Rabah dijemur dibawah panasnya mentari sementara badanya pula dihimpap dngan sebiji batu besar, Khabbab bin al-'Arat dipanggang belakang tubuhnya, Keluarga Yasir disiksa, sehingga Yasir dan isterinya yang tercinta menemui syahid, dan itulah peristiwa syahid pertama dalam Islam. Maka turunlah ayat Allah membenarkan Rasul yang mulia beserta sahabatnya berhijrah ke Madinah. Sebelum peristiwa hijrah ke Madinah telah berlakunya hijrah ke Habsyah. Terlalu banyak hikmah di dalam hijrah Nabi ke Madinah, namun adakah kita pernah mengambil satu daripada hikmah-hikmah tersebut untuk memajukan diri kita.

Jika Saidatina Asma binti Abu Bakr yang digelar Dzatinniqatain yang bermaksud 'yang mempunyai dua tali pinggang' kerana beliau telah mengoyak tali pinggangnya sewaktu untuk menghantar makanan kepada RasuluLlah dan bapanya di Gua Thur sanggup keluar di tengah malam yang kelam untuk Islam. Bayangkanlah seorang wanita berjalan di tengah malam, beliau sanggup berkorban dan berjuang demi Islam, dimanakah kita para pemuda Islam yang hanya menompang dagu, menggoyangkan kaki, melihat sahaja Islam dihina dan dicerca tanpa mempertahankannya. Sedarlah wahai diriku yang alpha juga kalian para pembaca, pertolongan Allah itu tidak akan datang jika kita hanya duduk sahaja tanpa ada satu pun tindakan yang dibuat.Muslim itu adalah cermin bagi Muslim yang lain, maka marilah kita bersama-sama memberi peringatan sesama Muslim kerana ianya amay berguna bagi orang yang beriman.

Sabda RasuluLlah s.a.w.

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده 

والمهاجِر من هجر ما نهى اللّه عنه

"Muslim itu adalah mereka yang memelihara Muslim yang lain dengan lidahnya 
dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan 
apa yang ditegah oleh Allah ke atasnya".
(Bukhari dan Muslim)

Janganlah kita seperti seorang penagih dadah yang acap kali dimasukkan ke pusat serenti dek kerana dirinya sedikit pun tidak mengambil pengajaran sewaktu berada di pusat serenti tersebut. Adakah kita akan seperti itu yang sedikit pun tidak mahu memajukan diri kita. Oleh kerana itu jangalah kita seperti 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', kemana sahaja dia pergi di tetap di takuk lama. Terkenang pada seorang sahabat yang selalu menggunakan kata-kata seorang sahabat RasuluLlah, AbduLlah bin Mas'ud "Perkara yang paling aku menyesal ialah apabila matahari terbenam, amalanku tidak bertambahpun walau sedikit". Jadi sebagai Muslim, perubahan itu bermula dari kita sendiri bukannya orang lain ingatlah ayat Allah yang berbunyi

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum 
sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri".


(Al-Ra'd 13:11)
WaLlahu a'lam

1 comments:

miNa said...

salam..
terima kasih kerana ilmu dan peringatan ini..
keep it up (>_<)