Pages

Monday, December 20, 2010

Saudara baru lebih Islam dari kita...

Salam perantauan,

Terkenang seketika menjadi tetamu Allah ketika bulan Ramadhan 1430 bersama Ruzaimy, Lutfi dan Faisal. Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan berada pada 10 malam akhir Ramadhan di Haramain Mekah dan Madinah. Ketenangan berada di sana tidak pernah seumur hidup aku kurasakan. Bukanlah post ni bertujuan untuk menceritakan tentang pengalaman aku sepanjang berada di sana, tetapi suatu kisah yang aku ingin kongsikan bersama ketika aku berada di dalam Masjidil Haram.


Brother Hilaal dari kiri sekali dan 2 orang dari kanan saudara baru yang aku maksudkan 

Sunday, December 19, 2010

Muslimah dibogelkan???

Salam perantauan,

Post ini adalah post lama aku yang bertajuk Sedarlah Wahai Muslimah. Namun aku rasa terpanggil untuk mengupdate semula post ini agar ianya menjadi peringatan buat seluruh Muslimah. Mungkin kerana bahasa dalam post tersebut terlalu kasar, ianya kurang memberi kesan kepada para Muslimah kita.

Kebanjiran laman sosial yang dimulai dengan friendster, my space dan hi5 kemudian diikuti pula dengan facebook, tagged dan yang bermacam-macam lagi telah membuatkan kita umat Islam semakin alpha dengan laman sosial tersebut. Apa yang membuatkan aku jadi pelik ialah pelbagai pameran gambar oleh para muslimah, yang bertudung mahupun tidak. Setakat ilmu aku yang cetek ni, setahu aku tiada satu pun satu hukum mengharamkan kita menggunakan laman sosial tersebut maka dengan secara tidak lansung penggunaannya menjadi harus, tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada cara pengunaan kita.

Saturday, December 18, 2010

Pencarianku...

Mencari dan mencari,
Apa yang aku cari?,
Mencari hakikat penciptaan diri,
Mencari rahsia seorang abdi.

Layakkah aku digelar hamba-Mu Ya Ilahi?,
Sedangkan dosa-dosaku melangit tinggi,
Dosa-dosaku banyaknya seperti pasir di muka bumi,
Maksiatku berdamping denganku malam dan pagi,
Amalanku masih belum banyak aku perolehi,
Ampunkan dosaku Ya Rabbi.

Berbogel di tempat awam... Singapura sudah, adakah Malaysia akan menyusul???

Singapura - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan. Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.


Biar gambar yang berbicara




Sunday, May 9, 2010

Ibu oh Ibu!

Salam Perantauan,

Sungguh aku hangat-hangat tahi ayam, kataku ingin kembali aktif dalam dunia blogger ni, tapi sekadar kata-kata tanpa pengamalan. Maka aku cuba untuk kembali aktif dan terimalah sedikit sketsa yang telah dihantar oleh sahabatku pada dua tahun lepas di laman friendster aku. Kiranya bukan karya aku sendiri namun masih boleh dijadikan sebagai pengajaran untuk kita semua. Kredit kepada pengarang sketsa ini yang aku pun tidak tahu siapakah dia...

Sunday, March 21, 2010

Bola Sepak vs Catur

Salam Perantauan,

Lama sungguh aku tidak turun beriadhah, kali terakhir rasanya ketika Perlawanan Bola Sepak Liga PERMATA di Padang Amir Hassan yang berlangsung pada bulan Oktober 2009. Selepas itu aku tidak lagi turun ke padang dek kerana malas hendak pergi ke sana. Jika minggu lepas, semua peminat bola sepak di seluruh dunia sibuk dengan Liga Juara-juara Eropah, berlainan pula dengan aku yang satu ketika dahulu juga minat bola sepak, tetapi sekarang aku sudah kurang berminat dengan sukan tersebut, cukup sekadar aku mengetahui keputusan perlawanan bola sepak tersebut tanpa menyaksikan perlawanan tersebut. Jika dahulu sanggup untuk keluar malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi sekarang susah untuk aku menyaksikan bersama-sama rakan lain. Piala Dunia sudah semakin hampir, adakah minat tersebut akan subur semula dalam diriku? Satu persoalan yang sukar untuk aku jawab.


Thursday, February 25, 2010

Gajah oh Gajah!

Salam Perantauan,

Terkenang ketika kali pertama ke Zoo Negara melihat ragam bermacam jenis haiwan di sana. Ketika itu aku sedang belajar di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) al-Huda di Segambut Bahagia. Di sini aku mula mengenal tulis-baca. Melihat telatah haiwan-haiwan tersebut sungguh menyeronokan jiwa kanak-kanakku ketika itu. Teringin rasanya ingin menjadi kanak-kanak semula yang setiap harinya di penuhi dengan gelak-tawa dan bermain. Ketika di Zoo Negara, aku cukup tertarik dengan telatah gajah yang cukup akur mengikut kata penjaganya, disuruh duduk ia duduk, disuruh bangun ia bangun. Perkara ini tidak dapat boleh dilakukan sekiranya ia tidak mendapat latihan yang cukup rapi. Gajah merupakan sejenis haiwan yang sering dijolokan dengan negara Thailand dan menjadi kebanggaan bagi rakyatnya. Negara kita dijolokan dengan apa pula?


Aku ketika Karnival Sukan PASTI 1990

Monday, February 22, 2010

Sekilas Bersama Haiwan di Lautan

Salam Perantauan,

Sejak aku menjejaki ke Dataran Syam ini, hanya beberapa kali aku menikmati makanan laut kerana kedudukan geografinya dan kebiasan penduduk di sini jarang untuk menikmati makanan laut. Setiap hari menu utama di rumah aku ialah ayam. Kali terakhir aku menikmatinya ketika cuti semester awal bersama rakan-rakan pergi berkelah di Aqaba, bemandi-manda di laut merah. Dari Aqaba aku dapat melihat Sinai Mesir dan Elat di Palestin 1948 yang kini dijajah oleh rejim Israel laknatuLlah. Ketika inilah aku dapat merasai sepuasnya makanan laut yang sudah hampir setahun aku tidak berjumpa dengannya. Udang, sotong, ketam tidak lupa juga pada ikan. Ada yang dibakar, ada yang digoreng dan ada juga dijadikan Tom Yam, itulah dia menu utama kami ketika perkelahan tersebut.

Tuesday, February 16, 2010

Ada Apa Dengan Kasut?

Salam Perantauan,

Setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia blogger, aku cuba kembali aktif untuk menulis dan menyumbangkan idea yang aku yakin perlu dikongsikan bersama kalian. Kali ini ingin aku berbicara tentang kasut, aku punya kasut berjenama Kangaroo, kasut ini aku membelinya tiga hari sebelum aku meninggalkan bumi Malaysia untuk pergi berjihad ilmu di bumi yang pernah disimbah dengan darah Sahabat, Mu’tah, itupun setelah puas dipaksa oleh ibuku membelinya memandangkan kasut lamaku berjenama Dr. Cardin sudah terlalu lama aku pakai. Kini sudah genap setahun aku di sini dan genap jugalah setahun aku menggunakan khidmatnya di Dataran Syam ini. Dengannyalah aku ke mana-mana, samada ke Syria, Arab Saudi atau menjelajah serata Jordan dialah teman kakiku yang setia. Berbeza pula dengan selipar yang aku miliki, seingat aku selipar yang berada di depan pintu rumah aku sekarang merupakan selipar aku yang ke enam aku selama berada di bumi yang bertuah ini.

Friday, January 8, 2010

Ujian Yang Datang Mematangkan Kita

Salam Perantauan,

Demam peperiksaan sudah mula menyerang Mahasiswa Malaysia Jordan sekarang, para mahasiswa sibuk dengan mengulangkaji pelajaran untuk menempuhi Imtihan Nihaie yang bakal tiba disamping diuji dengan keadaan cuaca yang sejuk sehingga mencengkam tulang. Selepas berhempas-pulas di dewan kuliah, para mahasiswa akan diuji pula dengan apa yang mereka pelajari selama satu semester. Begitulah lumrah bila bergelar pelajar, tidak akan terlepas dengan apa yang digelar peperiksaan, begitulah juga hidup manusia di atas muka bumi ini tidak akan terlepas dari ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana kekuatan Iman hamba-Nya.Firman Allah Taala

الم أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون 
ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين

Alif Laam Miim, Adakah manusia itu menyangka mereka beriman sedangkan mereka belum diuji, Sesungguhnya telah diuji manusia sebelum kamu dan Allah mengetahui orang yang benar di kalangan kamu dan orang yang dusta..
(Al-'Ankabut 29 : 1-3)