Followers

Saudara baru lebih Islam dari kita...

Sunday, December 19, 2010

Salam perantauan,

Terkenang seketika menjadi tetamu Allah ketika bulan Ramadhan 1430 bersama Ruzaimy, Lutfi dan Faisal. Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan berada pada 10 malam akhir Ramadhan di Haramain Mekah dan Madinah. Ketenangan berada di sana tidak pernah seumur hidup aku kurasakan. Bukanlah post ni bertujuan untuk menceritakan tentang pengalaman aku sepanjang berada di sana, tetapi suatu kisah yang aku ingin kongsikan bersama ketika aku berada di dalam Masjidil Haram.


Brother Hilaal dari kiri sekali dan 2 orang dari kanan saudara baru yang aku maksudkan

Pada pagi ke 27 Ramadhan 1430, kami telah berjumpa dengan seorang brother dari Singapura, dia memperkenalkan dirinya sebagai Hilaal yang berasal dari Singapura. Apa yang menarik tentang dirinya ialah beliau telah mengIslamkan 17 orang. Berapa besar pahalanya yang diperolehi olehnya. Bersamanya juga terdapat dua orang sahabat baru, tetapi malangnya aku sudah terlupa akan nama mereka, secara jujurnya aku terasa malu alah dengan mereka berdua yang baru masuk Islam tetapi dari segi pengamalan mereka, lebih mantap daripadaku yang sudah Islam sejak lahir lagi.

Jika dikaji dari segi fakta, saudara baru kita lebih sayang Islam dari kita, sebagai contoh, sahabat aku pernah pergi ke Hentian Pudu Raya bersama seorang kawannya yang baru memeluk Islam. Siapa yang pernah pergi ke Hentian Pudu Raya tersebut, maka mereka lebih maklum akan keadaan Hentian tersebut. Ketika itu, terdapat sepasang Melayu Islam sedang berasmara dana di salah satu tempat duduk di hentian tersebut. Maka, berkatalah kawan sahabatku itu kepada sahabatku, “nape ko tak tegur mamat tu?”, maka berkatalah sahabatku, “seganlah aku”, setelah mendengar jawapan sahabatku, maka kawan sahabatku tadi terus menegur pasangan tersebut. Maka malu alah sahabatku kepadanya apatah lagi pasangan tersebut apabila ditegur oleh seorang China saudara baru.

Berbalik kepada Brother Hilaal tadi, dia telah cuba memperkenalkan Islam kepada warga United Kingdom sehingga dapat mengIslamkan seramai 17 orang warga United Kingdom. Apa yang menarik semua saudara baru yang diIslamkannnya akan dibawa mengerjakan ibadat Umrah di pengakhiran didikannya. Sebelum dibawa mengerjakan Umrah, beliau akan mendidik saudara baru tersebut dengan didikan yang berkesan sehingga ibadat sunat pun tidak ditinggalkan. Sebagai contoh, kami mula berkenalan pada selepas subuh 27 Ramadhan, kami terus bersembang sehingga sampai ke waktu Dhuha. Satu soalan yang nmengejutkan aku dan Ruzaimy daripada saudara baru tersebut ialah, “Selalunya selepas Subuh kamu buat apa?, Kamu tunggu waktu Dhuha ke, baru pulang ke hotel?”, aku dan Ruzaimy jadi tercengang hendak menjawab apa, kami hanya mengiyakan, dan kami tidak berbohong, memang kami menunggu waktu Dhuha tetapi kami tidur di Masjidil Haram sehingga Dhuha, Soalan tersebut seolah-olah menanyakan kami, adakah kami membaca al-Quran atau membuat ibadat lain. Bila sudah sepanjang malam berjaga, maka selepas subuh adalah waktu yang paling best untuk tidur, walaupun ianya tidak digalakkan oleh Nabi yang mulia kerana mewarisi kepapaan.

Walaupun mereka berdua baru memasuki Islam, tetapi mereka berpegang dengan Islam secara menyeluruh dari segi ibadat dan pengamalannya berbanding kita semua termasuk kalian para pembaca, adakah kita mengamalkan Islam secara menyeluruh?. Malulah kita kepada saudara kita yang baru memeluk agama Islam tetapi kita hanya duduk menongkat dagu tanpa melakukan apa-apa untuk memajukan diri kita kepada yang lebih baik. Justeru itu aku menyeru kepada diriku dan kalian para pembaca agar kita lebih menyintai Islam dengan mengamalkan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang agar sama-sama kita dapat membina sebuah individu Islam yang berkualiti untuk menjamin anak-cucu yang berkualiti seterusnya dapat melihat Islam kembali bersinar seperti zaman RasuluLlah s.a.w.

p/s : Ini adalah salah satu usaha Brother Hilaal dan rakan-rakannya untuk memperkenalkan Islam, sila klik

Muslimah dibogelkan???

Saturday, December 18, 2010

Salam perantauan,

Post ini adalah post lama aku yang bertajuk Sedarlah Wahai Muslimah. Namun aku rasa terpanggil untuk mengupdate semula post ini agar ianya menjadi peringatan buat seluruh Muslimah. Mungkin kerana bahasa dalam post tersebut terlalu kasar, ianya kurang memberi kesan kepada para Muslimah kita.

Kebanjiran laman sosial yang dimulai dengan friendster, my space dan hi5 kemudian diikuti pula dengan facebook, tagged dan yang bermacam-macam lagi telah membuatkan kita umat Islam semakin alpha dengan laman sosial tersebut. Apa yang membuatkan aku jadi pelik ialah pelbagai pameran gambar oleh para muslimah, yang bertudung mahupun tidak. Setakat ilmu aku yang cetek ni, setahu aku tiada satu pun satu hukum mengharamkan kita menggunakan laman sosial tersebut maka dengan secara tidak lansung penggunaannya menjadi harus, tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada cara pengunaan kita.

Sudah bermacam video dan peringatan telah dibuat oleh orang yang sedar akan perkara ini. Perkara apa yang aku maksudkan, ianya ialah kebanjiran para muslimah mempamerkan gambar mereka di dalam laman sosial tersebut. Cuba kita ambil satu contoh kalau para muslimah ni ditenung, ditengok, dilihat, dijeling, diperhatikan dan diusha oleh lelaki yang bukan mahram mereka, sudah pasti mereka berasa malu, hatta mereka yang berpakaian seksi pun bila lelaki melihat mereka, mereka pun tidak senang duduk jadinya. Tapi kenapa muslimah ni masih tega mempamerkan wajah mereka dalam pelbagai possing sehingga jerawat di muka mereka pun boleh dikira.

Dimanakah hilangnya sikap malu seorang wanita yang bernama muslimah?Lebih-lebih lagi Muslimah jurusan agama. Pelik bin ajaib dengan perangai mereka yang kurang rasa malu atau bahasa biadapnya tidak tahu malu kerana sanggup mempamerkan gambar mereka kepada sesiapa sahaja. Aku pula yang terasa malu. Gambar pula dalam keadaan pelbagai jenis possing, model terkenal pun mengaku kalah dengan possing gambar mereka. Aku pernah membuka sebuah laman blog, blog tersebut telah mengedit beberapa keping gambar muslimah yang dia perolehi di dalam laman carian google. Maka melentinglah tuan punya badan apabila gambar mereka terdapat di dalam blog tersebut. Maka admin blog itupun menyatakan 'jika tidak mahu gambar anda dieksploitasi maka janganlah meng'upload' gambar anda dalam mana-mana laman sosial'. Adakah para pengguna yang menggunakan laman sosial samada facebook atau sebaginya telah membaca terma dan syarat sebelum anda meng'upload' gambar anda? Jangan marah jika gambar anda dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.

Marah bukan kerana benci, tapi marah kerana sayang. Satu lagi perkara yang aku hendak kongsikan bersama bahawa telah terdapat banyak laman web yang mengeksploitasi gambar para muslimah dengan pelbagai cara. Antaranya cara-cara mereka ialah

1.Meng’zoom’kan gambar muslimah bertudung di bahagian atas, bawah dan juga belakang.
2.Membogelkan gambar muslimah dengan menggunakan kaedah super impose, dengan menggunakan gambar muslimah bertudung dan badannya pula ialah badan orang lain yang tidak dilitupi walau seurat benang.
3.Membogelkan gambar muslimah dengan cara yang sama tapi kali ini muslimah tersebut sedang melakukan hubungan seks.
4.Mempamerkan koleksi gambar muslimah dalam laman web lucah.

Cukuplah empat cara yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dalam hal memalukan para muslimah. Aku berpesan kepada semua para muslimah agar membuang sahaja gambar-gambar anda yang terdapat dalam laman sosial tersebut kerana ianya akan memalukan diri anda sendiri. Aku bukanlah beromong kosong, tetapi ianya adalah fakta.

Dari sudut agama, Allah telah berfirman dalam surah al-Nur ayat ke 30 hingga 31 yang memerintahkan umat Islam samada muslimin atau muslimat agar menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, dan Allah menambah agar para muslimah janganlah menampakkan barang perhiasan mereka kecuali yang biasa sahaja dan melabuhkan tudung mereka hingga ke bawa dada. Perkara ini jelas bahawa Allah mengajar kita supaya menjadi umat yang bertamadun bukan kembali ke zaman jahiliah. Kes buang anak contohnya berpunca daripada zina, dan sekarang pintu-pintu zina amat berleuasa sekali. Maka menjadi tanggung jawab semua umat Islam untuk mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa ini.

Post ini aku ulang bukanlah untuk memalukan para muslimah tetapi untuk menegur para muslimah kita agar membuang sahaja gambar-gambar anda yang terdapat dalam mana-mana laman sosial untuk memelihara kehormatan dan anda dan agama Islam sendiri. Buangkan lah sikap yang suka menayangkan gambar anda untuk tatapan umum kerana ianya akan memalukan anda sendiri jika dieksploitasi. Samada kamu semua hendak percaya atau tidak, itu semua terpulang pada diri masing-masing, tapi gambar tu memang memalukan dan laman web ni memang ada, maka aku harap sangat kepada sesiapa yang telah membaca post aku ni supaya sampaikan kat para muslimah, dan kepada para muslimah yang telah membaca post aku ni, tolonglah buangkan gambar anda dalam frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya, kalau tidak mahu buang tolong jadikan album tu private. Aku harap sangat korang boleh lakukan dan sampaikan kepada semua saudara kita seIslam..

Pencarianku...

Mencari dan mencari,
Apa yang aku cari?,
Mencari hakikat penciptaan diri,
Mencari rahsia seorang abdi.

Layakkah aku digelar hamba-Mu Ya Ilahi?,
Sedangkan dosa-dosaku melangit tinggi,
Dosa-dosaku banyaknya seperti pasir di muka bumi,
Maksiatku berdamping denganku malam dan pagi,
Amalanku masih belum banyak aku perolehi,
Ampunkan dosaku Ya Rabbi.

Aku terus mencari,
Namun aku masih belum ku temui,
Rahsiamu sukar untuk aku bongkari,
Tetapi aku belum kenal erti undur diri,
Akan ku terus mencari dan mencari,
Mencari siapakah diri ini?.

Aku mencari dalam Kalam-Mu juga Sunnah Nabi,
Kalam-Mu penuh dengan rahsia duniawi dan ukhrawi,
Hadith Rasul-Mu penuh dengan mutiara ilmi,
Adakah aku mengambil kedua-duanya sebagai pedoman diri,
Atau aku masih dibutakan dengan keindahan duniawi.

Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang Engkau redhai.
Jalan para Nabi-Mu yang Engkau cintai.
Jalan yang membawaku kepada-Mu ya Rabbi,
Agar aku tidak tersungkur lagi buat sekian kali,
Ke dalam lembah dosa dan noda yang Engkau amat murkai.

Ya Allah, berilah kekuatan pada diri ini,
Agar merasai lazatnya mengabdikan dri,
Membasahi pipi dengan air mata di malam hari,
Menjauhi segala perkara yang kau larangi.
Semoga aku lebih tahu hakikat penciptaan diri ini.

Aku akan terus mencari,
Sehingga nafasku berhenti,
Mencari keredhaan-Mu ya Ilahi,
Agar dapat ku melihat-Mu di sana nanti,
Kerana itulah nikmat-Mu yang paling tinggi,
Untuk hamba-hamba-Mu yang Engkau Redhai...

Bayt Malizi
22:51
11 Muharram 1432

Berbogel di tempat awam... Singapura sudah, adakah Malaysia akan menyusul???

Friday, December 17, 2010

Singapura - Seorang wanita bogel dilihat menaiki sebuah bas di Bedok kelmarin, lapor asiaoneNews semalam.

Gambar-gambar wanita itu berbogel menaiki sebuah bas dengan membawa beg di bahunya disiarkan di laman berita akhbar berkenaan. Beberapa saksi memberitahu akhbar Lianhe Wanbao bahawa mereka melihat seorang wanita pertengahan umur menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai semasa dia mendekati sebuah perhentian bas di Bedok pada petang kelmarin.



Akhbar berbahasa Cina itu melaporkan bahawa perhentian bas tersebut dipenuhi dengan orang ramai yang merenung aksinya. Lima minit selepas menunggu, sebuah bas tiba dan beberapa saksi menyatakan dia berjalan di depan orang ramai untuk menaiki bas berkenaan. Pemandu bas itu menghubungi polis apabila melihat wanita itu menaiki basnya dalam keadaan bogel.

Ekoran situasi itu, pemandu bas tersebut mengarahkan semua penumpang lelaki duduk di kerusi depan manakala wanita berkenaan duduk di kerusi bahagian belakang bas. Salah seorang penumpang memberikan sehelai jaket kepada wanita tersebut untuk menutup tubuhnya. Anggota-anggota polis kemudiannya menahan wanita tersebut dalam episod yang berlaku selama 45 minit.



Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam. Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an didapati berbogel di restoran MacDonald's di Queensway, Singapura untuk memesan secawan kopi. Namun, dia kemudiannya turut ditangkap polis pada awal minggu ini. – Agensi

sumber

Biar gambar yang berbicara