Pages

Tuesday, March 29, 2011

Laman sosial yang menakutkan

Salam perantauan,

Gejala runtuhnya rumah tangga di Malaysia bukanlah satu fenomena aneh yang berlaku. Tetapi sudah menjadi suatu perkara biasa bagi rakyat Malaysia. Boleh dikatakan kes penceraian berlaku disebabkan laman sosial, walaupun tidak patut menyalahkan laman sosial seratus peratus, namun ianya juga antara punca penceraian di tanah air kita. Salah satu punca adalah lama sosial. Mari kita baca dua kisah ini



Bersyukur mendapat suami yang masih boleh memaafkan dirinya, jika tidak selama itulah para bidadari mengutuknya. Tidakkah seorang isteri itu mengetahui bahawa redha Allah itu terletak selepas redha suaminya. Tidak si isteri itu tahu bahawa ketaatan kepada suami itu adalah selepas ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada RasuluLlah.
Itu satu contoh gejala negatif yang berlaku di laman sosial, belum dikira lagi perkara-perkara negatif yang lain berlaku di laman sosial khususnya facebook (fb) seperti meng'upload' gambar yang tidak sesuai untuk tatapan umum, menyebar fitnah dan lain-lain lagi . Aku tidak mahu menyalahkan laman sosial seratus peratus, salahnya lebih kepada para pengguna yang lalai dan alpha dengan laman sosial tersebut sehingga terperdaya dengan pujuk rayu Iblis dan keturunannya.

Tidak dinafikan laman sosial juga banyak membantu dalam penyebaran dakwah kerana ia merupakan media alternatif sehingga antar sebab jatuhnya rejim Hosni Mubarak adalah melalui laman sosial. Banyak perkara yang kita boleh manfaatkan melaluinya namun hindarilah dari segala jenis perkara yang akan menjerumuskan kita ke neraka Allah melaluinya. Fikir-fikirkan

WaLlahu a'lam

Lambat lagi dia nak sampai ni, masih sabar menunggu...

p/s : kata Ustaz Hasrizal update status laman sosial anda 5 minit sekali, jika tidak, anda mungkin akan dituduh berlakon dalam video lucah...

0 comments: