Pages

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Wanita dan al-Quran

Salam perjuangan,

Sungguh aku teruja dengan seorang Muslimah ini, kalau hendak dibandingkan dengan aku, umpama laptop dengan mesin taip. Sungguh mulia dirinya sehingga menjaga setiap perkataan yang bakal dikeluarkan dari mulutnya, perkataannya semuanya adalah dari al-Quran. Berikut adalah kisah yang terdapat dalam kitab Bagaimana Cara Menghafaz al-Quran ( كيف تحفظ القرآن ) karya Dr. Mustafa Murad. 



Sunday, April 17, 2011

Mana Satu Idaman Qalbu

Salam perantauan,

Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun menutup tirainya, dengan menyaksikan UBN memperoleh 2/3 dari jumlah kerusi yang dipertandingkan namun mereka telah hilang lapan kerusi berbanding pilihanraya lepas. Sejarah Malaysia juga terukir apabila Pehin Seri Abdul Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebaik sahaja diisytiharkan menang. Maka rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak dipermainkan olehnya kerana mengikut perangcangannya bahawa dia tidak lagi akan dinaikkan sebagai KM. Bilalah pula gaknya peralihan kuasa akan berlaku? Bagi pihak aku, mengharapkan tsunami politik Malaysia akan berlaku lagi.

Saturday, April 2, 2011

166 orang berzina di Selangor setiap hari.

Salam perantauan,

Suatu ketika, Mufti Perak, SS Dato' Seri Dr. Harunsani telah mendedahkan bahawa seramai 250,000 orang Islam telah murtad di seluruh Malaysia, dan minggu ini sidang Dewan Undangan Negeri Selangor melalui Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melaporkan bahawa 257,000 anak haram atau anak luar nikah atau bahasa lebih sopan anak tidak sah taraf dilaporkan di seluruh Selangor sehingga 2008 (sila klik).

Secara purata seramai 83 orang bayi seks haram dilahirkan setiap hari di Selangor. Pada pendapat anda berapa ramai pula yang tidak dilaporkan, seperti buang bayi, bagi kepada orang dan lain-lain kes yang tidak dilaporkan. Ini baru di Selangor belum seluruh Malaysia. Katakanlah di seluruh Malaysia terdapatnya 1juta anak luar nikah. Cuba kita belajar mengira kejap, 83 kali 2 sama dengan 166 orang, 257,000 kali 2 jawapan yang kita dapat 514,000 orang. Maka yang telah melakukan zina seramai 514,000 orang berdasarkan jumlah anak luar nikah itu. Baru di Selangor, seluruh negara berapa ramai pula terlibat dengan dosa besar zina ni. Mungkin hampir kepada angka 5juta orang, atau terlalu ramai sangat? Katakanlah 2juta, itu juga bukan satu jumlah yang kecil. Adus, Malaysia oh Tanah Airku.