Pages

Thursday, June 16, 2011

Sudah Sepuluh Tahun Pemergiannya (Jun 2002 - Jun 2011)

Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Oleh : Ustaz Riduan Mohamad Nor



" Islam sebagai satu Al-Din tidak dapat ditakfsirkan dengan fikiran manusia. Dalam mentafsirkan makna Islam itu kita wajib berpandukan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah serta orang yang menghayati Al-Quran dan Al-Sunnah seperti para sahabat, Ulama-ulama dan juag para Tabi’in. Kita tidak melihat dan memahami cara Islam membentuk satu peradaban kemanusian seperti yang digambarkan oleh setengah orang. Islam juga bukanlah satu kebudayaan atau serpihan daripada kehidupan manusia, kalau kita melihat dan mengambil Islam dengan cara yang sedemikian, dapatlah diumpamakan seperti orang buta yang cuba mengenali seekor gajah. Bila dipegangnya ekor gajah itu dikatakan gajah itu seperti tali, apabila dipegang kaki gajah itu dikatakannya gajah itu seperti tiang dan apabila terpegangnya telinga gajah itu dikatakan gajah itu seperti dinding .sedangkan tali, tiang dan dinding bukanlah gajah tetapi ia hanya sebahagian daripada anggota-anggota gajah itu.

( Ustaz Fadhil Nor: 1992)

Rindukan Sentuhan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Salam perjuangan,

Hati ini tiba-tiba terdetik untuk menulis sesuatu, namun tiada idea yang ingin dikongsikan kerana takutkan murka Allah seperti yang termaktub dalam Surah al-Saf. Namun aku gagahkan juga diri ini utuk menulis. Sehari yang lepas aku bermimpi berjumpa dengan Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor, mantan Presiden PAS, di dalam mimpi itu juga turut dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul 'Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Mimpi tersebut seolah-oleah menegurku yang masih alpha dengan habuan duniawi sehingga terlupa kebahagiaan yang kekal abadi.