Pages

Wednesday, June 15, 2011

Rindukan Sentuhan Almarhum Ustaz Fadzil Noor

Salam perjuangan,

Hati ini tiba-tiba terdetik untuk menulis sesuatu, namun tiada idea yang ingin dikongsikan kerana takutkan murka Allah seperti yang termaktub dalam Surah al-Saf. Namun aku gagahkan juga diri ini utuk menulis. Sehari yang lepas aku bermimpi berjumpa dengan Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Noor, mantan Presiden PAS, di dalam mimpi itu juga turut dihadiri oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul 'Am PAS dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Mimpi tersebut seolah-oleah menegurku yang masih alpha dengan habuan duniawi sehingga terlupa kebahagiaan yang kekal abadi.

Aku mula menyelongkar simpanan koleksi video ceramah milik beliau yang ada dalam simpananku, bulu mataku lemas dek bertakungnya air mata kerana mendengar tasyji' dari beliau. Berani aku katakan kehilangan beliau pada tanggal 23 Jun 2002, tiada galang gantinya. Berani juga aku nyatakan, jika beliau masih hidup, aku yakin dan percaya Pakatan Rakyat akan dipimpin oleh beliau bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Kredebiliti beliau dalam kepimpinan tiada siapa dapat dikagumi kawan dan lawan. Usaha beliau suatu ketika dulu sudah mula membuahkan hasil. Lihatlah sahaja tahalluf siasi yang mula dicetuskan oleh beliau, kini PR mula mentadbir empat buah negeri, Insya Allah pada PRU akan datang nusrah Allah pasti akan datang menolong hamba-Nya yang ikhlas berjuang pada jalan-Nya.

Cerita jasad beliau dipayungi awan bukanlah suatu perkara asing lagi bagi rakyat Malaysia yang peka. Cuba kita perhatikan video yang menyaksikan ribuan rakyat Malaysia mengiringi permergian beliau, hatta Sultan Kedah turut mencemar duli untuk sama-sama memberi pernghormatan pada beliau. Itu baru penduduk bumi yang memuliakan jasad beliau, belum lagi penduduk langit yang kita tidak tahu bagaimana beliau dimuliakan. Maha Suci Allah yang mencipta hamba-hamba-Nya. Moga aku tergolong dalam golongan yang sedikit.

Terkenang kali terakhir aku berjumpa dengan beliau di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, kini dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad. Ketika itu telah diadakan ceramah sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 42. Tidak banyak yang aku dapat hasil sentuhan ceramah beliau ketika itu kerana aku ditugaskan untuk mengutip derma jihad dan sibuk mengira jumlah kutipan tersebut. Namun perkara tersebut tidak boleh dijadikan alasan. Sebaik sahaja habis kutipan tersebut, aku sempat berjabat salam dengan beliau.

Seingat aku, itulah kali terakhir aku berjumpa dengan beliau kerana aku berada di asrama yang menyebabkan hubungan aku dengan dunia luar hampir terputus, hatta ketika pemergian beliau, aku terkilan keran tidak dibenarkan keluar dari asrama untuk mengiringi jenazah beliau. Selepas perjumpaan itu, aku hanya dapat mendengar vcd ceramah beliau sahaja disamping mengikuti ceramah beliau dari jauh. Mungkin orang akan berkata, setakat itusahajakan aku bersama beliau, tapi bagiku itu adalah kenangan manis bagiku bersama beliau.

Begitu cepat masa meninggalkan kita, tanggal 23 Jun 2011 ini, genaplah satu dekad beliau pergi meninggalkan kita,Sedikit aku berbangga kerana borang keahlian PAS aku ditandatangani oleh beliau, dialah idolaku, dialah murabbiku, dialah pimpinanku. Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan di syurga Firdaus. Al-Fatihah

WaLlahu a'lam

1 comments:

Mohd Nuruddin bin Mohamed @ Ammu Nafi' @ Ammu 'Asim said...

Syekh, teruskan menulis. Suka dengan cerita perjuangan gini. Sangat suka membasahkan mata.