Pages

Friday, February 27, 2009

ZINA : SATU KAJIAN KECIL

Firman Allah Taala :

و لا تقربوا الزنى إنه كان فحشة وساء سبيلا

“Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu suatu perkbuatan yang keji dn jalan yang yang buruk”.

(Surah al-Isra 17: 32)

Zina membawa maksud persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang wanita tanpa nikah yang sah mengikut syara’, kedua-duanya orang yang mukallaf dan persetubuhan tersebut tidak termasuk dalam pengertian ‘Wati Syubhat’ (persetubuhan yang meragukan). Perbuatan ini akan mencemarkan kehormatan, kemuliaan seseorang insan dan mewujudkan campur baur dalam nasab keturunan serta mengeruhkan keheningan sesuatu masyarakat.

Ayat di atas menyatakan tegahan kepada semua umat Islam agar jangan sesekali mendekati perzinaan apatah lagi kalau seseorang itu terlibat dengan zina.Budaya couple, berdating, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan antara salah satu sebab terjadinya perzinaan. Ikatan pertunangan seolah-olah menjadi suatu perkara yang telah menghalalkan perkara yang haram, ibu bapa pula hanya sekadar melihat anak gadis mereka diangkut hampir saban malam oleh tunang mereka dengan alasan, lambat laun mereka akan berkahwin juga. Adakah mereka lupa bahawa perkara sedemikian telah menyumbang kepada budaya perzinaan.


Jenayah zina bukanlah satu perkara baru bagi masyarakat Malaysia. Di sekitar Lorong Haji Taib di Kuala Lumpur, hampir saban malam kawasan itu tidak pernah lengang dengan pelacur-pelacur yang setia menunggu pelanggan-pelanggan. Tidak cukup dengan ‘industri’ pelacuran, zina semakin berleluasa di hampir semua kelab malam pula terdapatnya pelayan pelanggan (GRO) yang bukan sahaja menjadi pelayan tetapi mereka juga sanggup menyerahkan tubuh mereka kepada jantan-jantan yang berhidung belang. Kebanjiran rumah-rumah urut juga menyumbang kepada penambahan zina ini kerana boleh dikatakan 50 peratus rumah-rumah urut turut menawarkan khidmat seks.

Kajian Dr. Khaizir Ismail, Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja dari Universiti Kebangsaan Malaysia ke atas 887 orang pelajar sekolah menengah, hanya seorang sahaja yang tidak pernah melakukan hubungan seks. Kajian yang berpandukan borang kaji selidik telah dibuat ke atas 20 pelajar setiap sekolah menengah yang terpilih dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kajian ini bagaimanapun disangkal oleh beberapa orang menteri yang mengatakan kajian tersebut adalah ‘sampah’. Namun kajian tersebut terbukti benar apabila terdapat seorang pelajar perempuan tingkatan empat telah melahirkan anak di bilik rawatan di sebuah sekolah menengah di Manjung.

Perkara ini dibuktikan lagi melalui pendedahan yang dibuat oleh Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam, Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA), Dr. Haji Masjuki Mohd Musuri mendedahkan perihal seorang remaja perempuan yang mengaku telah menjadi ‘bohsia’ dan pernah ditiduri oleh 285 orang lelaki. Daripada soal siasat yang dilakukan akhirnya beliau mengaku ketagih hubungan kelamin. Buktinya setiap kali beliau memasuki bilik air beliau akan melakukan onani. Telah menjadi perkara biasa bagi beliau ‘dikendurikan’ oleh enam hingga lapan orang Mat Rempit pada setiap malam.

Satu lagi contoh ialah mengenai seorang remaja perempuan berusia 20 tahun ketagih seks sejak berumur 15 tahun. Menurut Wartawan Eksekutif Mastika. Sahidan Jaafar remaja tersebut bukan sahaja ketagih seks malah pernah menelefon beliau dan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang pelacur. Jelaslah di sini bahawa jenayah zina ini semakin semakin menjadi-jadi di Malaysia khususnya. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadits yang bermaksud :

Anas berkata bahawa beliau ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : “Di antara alamat-alamat akan Hari Qiamat ialah hilangnya ilmu pengetahuan, berleluasanya kejahilan, berleluasanya perzinaan, berleluasanya meminum arak, sedikitnya kaum lelaki berbanding kaum wanita, sehingga seorang lelaki menjaga lima puluh wanita”.
(Bukhari dan Muslim)
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenani tangkapan kes khalwat di Selangor dari tahun 2001 hingga 2006 telah menunjukan bahawa saban tahun ribuan tangkapan telah dilakukan. Bermula dengan 2888 kes pada tahun 2001, jumlah tersebut menurun kepada 2329 kes pada tahun 2002. Namun jumlah tersebut naik secara mendadak pada tahun 2003 dengan 2949 kes dan turun semula kepada 2168 kes pada tahun 2004. Pada tahun 2005 jumlah kes tangkapan hanya 1857 kes dan meningkat kembali kepada 2039 kes pada tahun berikutnya (2006).

Walaupun statistik tersebut merupakan statistik kes penangkapan khalwat (di Selangor) namun daripada kes ini dapatlah kita menganalisis berapa banyakkah kes perzinaan telah berlaku daripada kes penangkapan tersebut. Kajian yang telah dilakukan oleh Agensi Perancang Keluarga Indonesia pula mendedahkan hampir 50 peratus remaja perempuan di Indonesia pernah melakukan seks. Maka bolehlah disimpulkan di sini dengan bertambahnya kes perzinaan jelaslah manusia sekarang sudah jauh daripada pegangan agam dan akan menyebabkan bertambahlah lagi kes anak luar nikah dan kes Buang Bayi khususnya di Negara kita.

Rujukan
Haji Sa’id Haji Ibrahim (1996) Qanun Jinayah Syariyah, Cet 2, Kuala Lumpur : Darul Ma’rifah,
Majalah i, Bil. 53, Mac 2007
Majalah i, Bil. 55, Mei 2007
Milenia Muslim, Bil. 57, Mei 2007
Milenia Muslim, Bil. 58, Jun 2007
Mastika, Bil. 792, Jun 2007

3 comments:

ibn suhai'im said...

Salam alaik ya akhi solihin al-urdun....kaifahaluk?? firstly ana nk komen pasal hal ni...mmg hakikit zaman fitnah kita la ni..adalah budaya paling menakutkan ni...semuanya, adalah dari biah@suasana kita skg..ana haraplah ustz dapat menambah artikel utk dikongsi lagi bersama ok...truskan perjuangan fil hunak...min firdaus suhaimi-udmkusza-www.sirrulasraru.blogspot.com

fathiah yusof said...
This comment has been removed by the author.
fathiah yusof said...

salam ya Akhi...mintak kbenaran untuk ambil maklumat dr blog ni bagi tujuan kajian akak ye...