Pages

Tuesday, February 24, 2009

Ahlan wa Sahlan

SalamuLlahi 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh...
Segala puja dan puji hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam aku persembahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Aku bukanlah seperti rakan2 blog
gers yang aku kenali, mereka hebat dalam mengarang dan menyebarkan dakwah melalui penulisan. Post ini merupakan post aku yang pertama setelah didesak oleh rakan2 untuk aku menulis sesuatu, maka segala kesilapan dan kekurangan amatlah dikesali dan aku mengharapkan sebarang teguran dan kritikan yang membina dari para pembaca yang dihormati sekalian...
Sabda RasuluLlah S.A.W.
العلم بلا إخلاص كالجسد بلا روح
“Ilmu tanpa ikhlas seperti jasad tanpa ruh”
Hadith ini aku dapat semasa di dalam dewan kuliah bagi madah Usul al-Hadith yang disampaikan oleh Dr. Masyhur, Ketua Jabatan Usuluddin, di Universiti Mu’tah. Hadith yang ringkas ini telah menyedarkan diriku bahawa pentingnya keikhlasan dalam menuntut ilmu lebih2 lagi ilmu agama. Tanpa keikhlasan ilmu tidak berguna.

Setelah setahun aku berjauhan dengan dunia ilmu agama, akhirnya aku kembali ke dunia yang mana dipayungi sayap para Malaikat, dunia sepertimana yang disabdakan oleh RasuluLlah S.A.W. antara taman diantara taman2 syurga. Namun aku agak cemburu dengan mereka yang diberikan pelbagai peluang pada usia muda (muda daripada usiaku) untuk menuntut ilmu lebih2 lagi ilmu agama namun mensia-siakan peluang tersebut. Disebabkan akan kealphaan mereka maka keberkatan ilmu tidak mudah akan dikecapi oleh mereka.

Sabda RasuluLlah S.A.W.
العلم بلا عمل كالشجر بلا ثمر

“Ilmu tanpa amal seperti pokok yang tak berbuah”

Adakah para penuntut ilmu agama itu lupa jika tiadanya keikhlasan dalam menuntut ilmu akan menyebabkan ilmu itu akan menjadi sia-sia kerana tidak dapat diamalkan? Adakah mereka lupa bahawa mereka akan menempuhi onak dan duri dalam menyampaikan risalah dakwah ini kelak sepertimana baginda RasuluLlah S.A.W. menyampaikan risalah Islam? Adakah mereka tidak mengetahui halal dan haram dalam Islam? Adakah mereka lupa akan kaedah usul fiqh ‘matlamat tidak menghalalkan cara’? Dan pelbagai persoalan lagi yang bermain di kepalaku.

Perkara ini sengaja aku timbulkan kerana para penuntut ilmu agama sudah hilang tajamnya dalam berbicara dek kerana hilangnya keikhlasan dengan ilmu yang dipelajarinya. Maka tidak pelik jika kita melihat orang kebanyakan melakukan maksiat kerana mereka akan berhujjah mereka melihat orang agama sendiri melakukannya. Perkara ini juga mungkin akan berlaku kerana orang agama menegur sesiapa yang melakukan maksiat tetapi dalam masa yang sama mereka juga melakukanya. Bertepatanlah dengan ayat Allah yang berbunyi :

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون ، كبر مقتا عند الله ان تقولون ما لا تفعلون

Wahai orang2 yang beriman, mengapa kamu katakan apa yang kamu tidak perbuat? Amat besarlah kemurkaan Allah jika kamu hanya pandai berkata tanpa melakukannya.”

(Surah Al-Sof 61 :2-3)

Istilah ‘cakap tak serupa bikin’ sudah menjadi satu perkara biasa penuntut ilmu agama, baik dari segi pergaulan, cinta anta-anti seperti yang telah ditulis oleh Ustaz Maszlee Malek dalam Majalah i sudah makin menular di kalangan para penuntut ilmu agama baik di IPT tempatan mahupun di luar negara. Amanah ilmu itu sudah semakin tidak menjadi suatu perkara yang berat bagi mereka padahal mereka lebih tahu akan hukum-hakam agama. Fenomena ini tidak terkecuali kepada siapa sahaja yang menuntut ilmu agama hatta para penghafaz al-Quran juga turut mengalami perkara yang sama.

حسنة الأبرار سيئة المقربين

“Baik untuk orang awam tetapi buruk bagi orang agama”

Istilah ini mungkin tidak asing lagi bagi mereka yang menuntut ilmu agama. Oleh itu gejala2 yang mendatangkan hilangnya keikhlasan dalam menuntut ilmu dan mengamalkannya wajiblah dihindarkan kerana ianya akan mendatangkan impak bukan sahaja kepada ahli agama tetapi kepada masyarakat yang masih alpha dengan habuan dunia.

Firman Allah Taala :

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجة

“Allah akan meninggikan orang2 yang beriman diantara kamu dan orang2 yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”

(Surah Al-Mujadilah 58 :11)

إنما يخشى الله من عباده العلماء

“Sesungguhnya yang takutkan Allah di kalangan hamba-Nya adalah para ulama”

(Surah Fathir 35 : 28)
Berdasarkan dua ayat tersebut, aku berpesan pada diri aku sendiri dan para pembaca sekalian agar menanamkan keikhlasan dalam menuntut ilmu. Pesan salah seorang guruku sebelum aku berangkat ke bumi Syuhada Mu’tah belajarlah untuk mengajar’.

WaLlahu a’lam

0 comments: