Pages

Sunday, March 21, 2010

Bola Sepak vs Catur

Salam Perantauan,

Lama sungguh aku tidak turun beriadhah, kali terakhir rasanya ketika Perlawanan Bola Sepak Liga PERMATA di Padang Amir Hassan yang berlangsung pada bulan Oktober 2009. Selepas itu aku tidak lagi turun ke padang dek kerana malas hendak pergi ke sana. Jika minggu lepas, semua peminat bola sepak di seluruh dunia sibuk dengan Liga Juara-juara Eropah, berlainan pula dengan aku yang satu ketika dahulu juga minat bola sepak, tetapi sekarang aku sudah kurang berminat dengan sukan tersebut, cukup sekadar aku mengetahui keputusan perlawanan bola sepak tersebut tanpa menyaksikan perlawanan tersebut. Jika dahulu sanggup untuk keluar malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi sekarang susah untuk aku menyaksikan bersama-sama rakan lain. Piala Dunia sudah semakin hampir, adakah minat tersebut akan subur semula dalam diriku? Satu persoalan yang sukar untuk aku jawab.