Setiaporangmempunyai
fungsi kepimpinan,jikaiatidak menjadi pemimpin diwilayahnya
masing-masing,ia
tetapakan
menjadipemimpin
kepadatubuh badannyasendiri.Melihatbetapabesarnya tanggungjawab
menjadipemimpin, makasyarat-syaratdansifat-sifatakhlakterpujiuntuk menjadiseorangpemimpin haruslahdimiliki dandikembangkan.
Antara contoh akhlak pemimpin adalah sepertiyangditerjemahkanoleh khalifahpertamaAbuBakaral-SiddiqRA.Beliautelahmenyampaikanpidatosulungnyaselepas
dilantik
menjadikhalifah.Pidatonyasepertimanayangdinukilkan olehIbnHisham
(m. 218H) adalahsepertiberikut:
Safar merupakan salah satu
daripada 12 bulan Hijriah. Pada bulan ini telah umat Islam telah menyaksikan
beberapa peristiwa besar telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam. Antara
peristiwa yang berlaku pada bulan Safar ialah Tragedi al-Raji’ dan peristiwa
Bi’r (telaga) Ma‘unah. Kedua-dua peristiwa ini telah berlaku pada bulan Safar
tahun 4 Hijrah.
Dalam kedua-dua peristiwa ini
merakamkan para sahabat yang terdiri daripada golongan Qurra’ (yang mahir
al-Quran) telah menemui syahid. Tragedi al-Raji’ berlaku apabila para utusan
Rasulullah SAW seramai 10 orang dihantar untuk mengajarkan Islam dan al-Quran,
setelah mendapat jemputan dari kabilah ‘Adhal dan kabilah al-Qarah dibunuh oleh
kabilah Huzail. Lapan orang para sahabat telah gugur syahid manakala baki seramai
dua orang dijual di pasar Mekah sebagai hamba. Mereka berdua telah dibeli oleh
golongan musyrikin Quraisy dan kemudiannya dibunuh.
Menyingkapi peristiwa hijrah Nabi s.a.w. 1437 tahun
yang lalu, kita mendapat pelbagai petunjuk dan pengajaran yang berharga sebagai
pedoman dalam kehidupan. Nabi s.a.w. adalah seorang yang strategisdalam semua
tindakannya. Keyakinan dan tawakkal yang Nabi s.a.w. tunjukkan juga menjadi
asas agama dalam diri kita bahawa semua perkara di dalam genggaman qadha’ dan qadar
Allah, maka kita tidak perlu risau jika kita sudah mengambil usaha dan asbab.
Pada
hari ini manusia masih tetap sahaja dengan maksud berhijrah dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Tujuannya pula berbeza-beza di antara seseorang dengan
seseorang lain. Walau apapun variasi tujuan mereka, hijrah tetap mempunyai
kebaikan yang tersendiri. Firman Allah dalam surah al-Nisaa’ ayat 100 bermaksud:
Padang
Arafah akan menjadi saksi sekali lagi kepada perhimpunan raksasa umat sedunia
pada 9 Zulhijjah. Tiada agama selain Islam yang mempunyai program tahunan
seumpama himpunan ini. Para jemaah haji pula sekarang sedang mempersiapkan
diri, mental dan fizikal untuk hari yang sangat penting bagi ibadah haji
mereka.
Mengingat
peristiwa haji Wada’ Nabi Muhammad s.a.w., kita bakal mengerti bahawa hari
Arafah ini merupakan tarikh penting dalam agama Islam. Pada hari inilah telah
disempurnakan agama ini dan dicukupkan segala nikmat. Tarikh ini menunjukkan
lengkapnya syari’at Islam, tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang tidak
cukup. Islam telah lengkap dengan semua elemen yang sepadu danholistik. Aspek sosial, ekonomi
dan politik telah mempunyai dasar dan prinsip yang diatur mengikut kehendak
al-Khaliq pencipta manusia dan sekalian alam. Mungkin inilah hari raya yang
bakal dirayakan dengan meriah dan gilang gemilang jika berlaku dalam agama
lain.
Sungguh
aku teruja dengan seorang Muslimah ini, kalau hendak dibandingkan dengan aku,
umpama laptop dengan mesin taip. Sungguh mulia dirinya sehingga menjaga setiap
perkataan yang bakal dikeluarkan dari mulutnya, perkataannya semuanya adalah
dari al-Quran. Berikut adalah kisah yang terdapat dalam kitab Bagaimana Cara
Menghafaz al-Quran ( كيف تحفظ القرآن )
karya Dr. Mustafa Murad.
Berkata
Abdullah Ibnu Mubarak:
Ketika
saya berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh
berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua.
Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog
dengannya beberapa minit.Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali
menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat
al-Quran. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan,
karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.
Post ini adalah post lama aku yang bertajuk Sedarlah Wahai Muslimah. Namun aku rasa terpanggil untuk mengupdate semula post ini agar ianya menjadi peringatan buat seluruh Muslimah. Mungkin kerana bahasa dalam post tersebut terlalu kasar, ianya kurang memberi kesan kepada para Muslimah kita.
Kebanjiran laman sosial yang dimulai dengan friendster, my space dan hi5 kemudian diikuti pula dengan facebook, tagged dan yang bermacam-macam lagi telah membuatkan kita umat Islam semakin alpha dengan laman sosial tersebut. Apa yang membuatkan aku jadi pelik ialah pelbagai pameran gambar oleh para muslimah, yang bertudung mahupun tidak. Setakat ilmu aku yang cetek ni, setahu aku tiada satu pun satu hukum mengharamkan kita menggunakan laman sosial tersebut maka dengan secara tidak lansung penggunaannya menjadi harus, tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada cara pengunaan kita.
Terkenang
ketika kali pertama ke Zoo Negara melihat ragam bermacam jenis haiwan di sana.
Ketika itu aku sedang belajar di Pusat Asuhan Tunas-tunas Islam (PASTI) al-Huda
di Segambut Bahagia. Di sini aku mula mengenal tulis-baca. Melihat telatah
haiwan-haiwan tersebut sungguh menyeronokan jiwa kanak-kanakku ketika itu.
Teringin rasanya ingin menjadi kanak-kanak semula yang setiap harinya di penuhi
dengan gelak-tawa dan bermain. Ketika di Zoo Negara, aku cukup tertarik dengan
telatah gajah yang cukup akur mengikut kata penjaganya, disuruh duduk ia duduk,
disuruh bangun ia bangun. Perkara ini tidak dapat boleh dilakukan sekiranya ia
tidak mendapat latihan yang cukup rapi. Gajah merupakan sejenis haiwan yang
sering dijolokan dengan negara Thailand dan menjadi kebanggaan bagi rakyatnya.
Negara kita dijolokan dengan apa pula?
Sejak aku menjejaki ke Dataran Syam ini, hanya beberapa kali aku menikmati makanan laut kerana kedudukan geografinya dan kebiasan penduduk di sini jarang untuk menikmati makanan laut. Setiap hari menu utama di rumah aku ialah ayam. Kali terakhir aku menikmatinya ketika cuti semester awal bersama rakan-rakan pergi berkelah di Aqaba, bemandi-manda di laut merah. Dari Aqaba aku dapat melihat Sinai Mesir dan Elat di Palestin 1948 yang kini dijajah oleh rejim Israel laknatuLlah. Ketika inilah aku dapat merasai sepuasnya makanan laut yang sudah hampir setahun aku tidak berjumpa dengannya. Udang, sotong, ketam tidak lupa juga pada ikan. Ada yang dibakar, ada yang digoreng dan ada juga dijadikan Tom Yam, itulah dia menu utama kami ketika perkelahan tersebut.
Setelah sekian lama menyepikan diri dalam dunia blogger, aku cuba kembali aktif untuk menulis dan menyumbangkan idea yang aku yakin perlu dikongsikan bersama kalian. Kali ini ingin aku berbicara tentang kasut, aku punya kasut berjenama Kangaroo, kasut ini aku membelinya tiga hari sebelum aku meninggalkan bumi Malaysia untuk pergi berjihad ilmu di bumi yang pernah disimbah dengan darah Sahabat, Mu’tah, itupun setelah puas dipaksa oleh ibuku membelinya memandangkan kasut lamaku berjenama Dr. Cardin sudah terlalu lama aku pakai. Kini sudah genap setahun aku di sini dan genap jugalah setahun aku menggunakan khidmatnya di Dataran Syam ini. Dengannyalah aku ke mana-mana, samada ke Syria, Arab Saudi atau menjelajah serata Jordan dialah teman kakiku yang setia. Berbeza pula dengan selipar yang aku miliki, seingat aku selipar yang berada di depan pintu rumah aku sekarang merupakan selipar aku yang ke enam aku selama berada di bumi yang bertuah ini.
Salam Ma'al Hijrah. Bila datang tahun baru maka adalah azam baru, tetapi kebiasaanya bila bertanya kepada sesiapapun jua, "Apakah azam engkau tahun ini?", kebanyakannya akan menjawab "Azam aku tahun ini, menyempurnakan azam tahun lepas. Selalu bila tahun baru menjelma, maka ramai yang akan berkata umur aku bertambah lagi setahun tetapi hakikatnya bila tahun baru menjelma sedarkah kita bahwa umur kita makin pendek kerana dekatnya kita pada mati. Sudahkah kita semua bersedia hari kematian kita? Bagaimana kita hendak bersedia, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menemuia ajal kita. Terkenang pula kepada al-Syahid Umar Mokhtar yang digelar 'Singa Padang Pasir', dia mengetahui bilakah dia akan dihadapkan ke tali gantung sewaktu berjuang melawan penjajah.
Sabda RasuluLlah s.a.w.
إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل
امرٍئ ما نوى
فمن كان هجرته إلى الله ورسوله فهجرته الى الله و رسوله
ومن كان هجرته لدنيا يصبها أو امراة ينكحها فهجرته إلى ما هجر إليه
"Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap sesorang itu ada niatnya sendiri, barang siapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya,
barang siapa berhijrah ke arah dunia dan wanita yang ingin dikahwininya,
maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahkan kepadanya".
Minggu ini aku dan ahli rumah aku selamat berpindah ke rumah baru, rumah yang lebih selesa dan insya Allah menjanjikan tiada penipuan akan berlaku. Seingat aku kami bertekak dengan tuan rumah lama sehingga pukul satu pagi juga kerana keengganannya menanggung bil elektrik rumah kami yang mencecah RM1500.00 dalam masa dua bulan dek kerana anaknya yang sungguh licik mencuri elektrik rumah kami. Akhirnya kami beralah juga kerana memikirkan banyak perkara yang akan terjadi jika kami terus bertekak dengannya. Arab ni bukan boleh dibuat main, dua bulan lepas, pasukan swat polis Jordan terpaksa masuk ke kampong berdekatan Mu’tah kerana terdapat kes pembunuhan membabitkan dua kabilah yang berlainan, itulah arab dari dulu hingga sekarang sifat ‘assabiyyah mereka tidak pernah luntur.
Bahang pilihanraya kecil Manek Urai sudah semakin hangat, begitu juga dengan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Siapakah akan mengepalai pelajar Malaysia di bumi Jordan ni akan diketahui kelak. Masing-masing sedang berkempen untuk memastikan calon yang mewakili mantiqah masing-masing menang seterusnya memimpin MPPMJ bagi sesi akan datang. Jika Manek Urai, ceramah demi ceramah bersilih ganti untuk memastikan calon yang mewakili parti masing-masing menang, di sini pula perang blog sedang berlaku antara mantiqah di bumi Jordan ini, tidak terkecuali juga aku yang juga turut berkempen untuk memastikan calon pilihan aku menang seterusnya memegang tampuk pemerintahan MPPMJ bagi sesi 09/10.
Hari Keluarga PERMATA baru sahaja berlalu, keletihan mengelilingi Universiti Mu’tah di bawah teriknya mentari di musim panas dalam acara Explore Race membuatkanku berfikir sejenak. Bagaimanakah keadaan Tentera Islam sewaktu berperang dibawah panasnya matahari ini. Perang Badar al-Kubra yang berlaku ketika Bulan Ramadhan merupakan sebuah tarbiyyah secara langsung dari Allah kepada baginda Rasul s.a.w. dan para sahabat r.hum. Perang Khandak yang menyaksikan baginda Rasul s.a.w. dan para sahabat r.hum. menggali parit di bawah teriknya matahari dan ketika itu berlakunya kekurangan makanan telah membuktikan bahawa iman pada diri para sahabat r.hum. sungguh tinggi nilainya. Itulah kehebatan umat terdahulu yang kuat imannya berbanding umat terkemudian.
Kerjasama antara ahli pasukan ketika berlansungnya explore race amat diperlukan untuk menjana kemenangan, namun jika hanya kerjasama tanpa ada perancangan belum menjanjikan kemenangan dapat diperolehi. Saidina Ali kr.w. pernah berkata yang bermaksud ‘kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kepalsuan yang ada perancangan’. Oleh itu dalam segala apa jua bentukpun perancangan dalam perkumpulan atau syura amat diperlukan untuk menjana kemenangan sepertimana yang selalu dilakukan oleh baginda Rasul s.a.w. dalam setiap peperangan dan apa jua tindakan, baginda s.a.w. akan mendapatkan pendapat para sahabat r.hum. dan digabungkan dengan pendapat baginda s.a.w. sendiri.
Dalam al-Quran terdapat sepotong ayat yang berbunyi :
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل لكان زهوقا
(Surah al-Isra 17 : 81)
Katakanlah bahawa apabila datangnya kebenaran itu akan melenyapkan kepalsuan, sesungguhnya kepalsuan itu sesuatu yang pasti lenyap.