Salam perantauan,
Post ini adalah post lama aku yang bertajuk Sedarlah Wahai Muslimah. Namun aku rasa terpanggil untuk mengupdate semula post ini agar ianya menjadi peringatan buat seluruh Muslimah. Mungkin kerana bahasa dalam post tersebut terlalu kasar, ianya kurang memberi kesan kepada para Muslimah kita.
Kebanjiran laman sosial yang dimulai dengan friendster, my space dan hi5 kemudian diikuti pula dengan facebook, tagged dan yang bermacam-macam lagi telah membuatkan kita umat Islam semakin alpha dengan laman sosial tersebut. Apa yang membuatkan aku jadi pelik ialah pelbagai pameran gambar oleh para muslimah, yang bertudung mahupun tidak. Setakat ilmu aku yang cetek ni, setahu aku tiada satu pun satu hukum mengharamkan kita menggunakan laman sosial tersebut maka dengan secara tidak lansung penggunaannya menjadi harus, tapi ia boleh jadi haram bergantung kepada cara pengunaan kita.
Sudah bermacam video dan peringatan telah dibuat oleh orang yang sedar akan perkara ini. Perkara apa yang aku maksudkan, ianya ialah kebanjiran para muslimah mempamerkan gambar mereka di dalam laman sosial tersebut. Cuba kita ambil satu contoh kalau para muslimah ni ditenung, ditengok, dilihat, dijeling, diperhatikan dan diusha oleh lelaki yang bukan mahram mereka, sudah pasti mereka berasa malu, hatta mereka yang berpakaian seksi pun bila lelaki melihat mereka, mereka pun tidak senang duduk jadinya. Tapi kenapa muslimah ni masih tega mempamerkan wajah mereka dalam pelbagai possing sehingga jerawat di muka mereka pun boleh dikira.
Dimanakah hilangnya sikap malu seorang wanita yang bernama muslimah?Lebih-lebih lagi Muslimah jurusan agama. Pelik bin ajaib dengan perangai mereka yang kurang rasa malu atau bahasa biadapnya tidak tahu malu kerana sanggup mempamerkan gambar mereka kepada sesiapa sahaja. Aku pula yang terasa malu. Gambar pula dalam keadaan pelbagai jenis possing, model terkenal pun mengaku kalah dengan possing gambar mereka. Aku pernah membuka sebuah laman blog, blog tersebut telah mengedit beberapa keping gambar muslimah yang dia perolehi di dalam laman carian google. Maka melentinglah tuan punya badan apabila gambar mereka terdapat di dalam blog tersebut. Maka admin blog itupun menyatakan 'jika tidak mahu gambar anda dieksploitasi maka janganlah meng'upload' gambar anda dalam mana-mana laman sosial'. Adakah para pengguna yang menggunakan laman sosial samada facebook atau sebaginya telah membaca terma dan syarat sebelum anda meng'upload' gambar anda? Jangan marah jika gambar anda dieksploitasi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
Marah bukan kerana benci, tapi marah kerana sayang. Satu lagi perkara yang aku hendak kongsikan bersama bahawa telah terdapat banyak laman web yang mengeksploitasi gambar para muslimah dengan pelbagai cara. Antaranya cara-cara mereka ialah
1.Meng’zoom’kan gambar muslimah bertudung di bahagian atas, bawah dan juga belakang.
2.Membogelkan gambar muslimah dengan menggunakan kaedah super impose, dengan menggunakan gambar muslimah bertudung dan badannya pula ialah badan orang lain yang tidak dilitupi walau seurat benang.
3.Membogelkan gambar muslimah dengan cara yang sama tapi kali ini muslimah tersebut sedang melakukan hubungan seks.
4.Mempamerkan koleksi gambar muslimah dalam laman web lucah.
Cukuplah empat cara yang digunakan oleh mereka yang tidak bertanggung jawab dalam hal memalukan para muslimah. Aku berpesan kepada semua para muslimah agar membuang sahaja gambar-gambar anda yang terdapat dalam laman sosial tersebut kerana ianya akan memalukan diri anda sendiri. Aku bukanlah beromong kosong, tetapi ianya adalah fakta.
Dari sudut agama, Allah telah berfirman dalam surah al-Nur ayat ke 30 hingga 31 yang memerintahkan umat Islam samada muslimin atau muslimat agar menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan, dan Allah menambah agar para muslimah janganlah menampakkan barang perhiasan mereka kecuali yang biasa sahaja dan melabuhkan tudung mereka hingga ke bawa dada. Perkara ini jelas bahawa Allah mengajar kita supaya menjadi umat yang bertamadun bukan kembali ke zaman jahiliah. Kes buang anak contohnya berpunca daripada zina, dan sekarang pintu-pintu zina amat berleuasa sekali. Maka menjadi tanggung jawab semua umat Islam untuk mencegah kemungkaran yang semakin berleluasa ini.
Post ini aku ulang bukanlah untuk memalukan para muslimah tetapi untuk menegur para muslimah kita agar membuang sahaja gambar-gambar anda yang terdapat dalam mana-mana laman sosial untuk memelihara kehormatan dan anda dan agama Islam sendiri. Buangkan lah sikap yang suka menayangkan gambar anda untuk tatapan umum kerana ianya akan memalukan anda sendiri jika dieksploitasi. Samada kamu semua hendak percaya atau tidak, itu semua terpulang pada diri masing-masing, tapi gambar tu memang memalukan dan laman web ni memang ada, maka aku harap sangat kepada sesiapa yang telah membaca post aku ni supaya sampaikan kat para muslimah, dan kepada para muslimah yang telah membaca post aku ni, tolonglah buangkan gambar anda dalam frienster, my space, facebook, hi5, tagged dan yang sewaktu dengannya, kalau tidak mahu buang tolong jadikan album tu private. Aku harap sangat korang boleh lakukan dan sampaikan kepada semua saudara kita seIslam..
0 comments:
Post a Comment