Firman Allah Ta’ala:
إن كم لتأتون الرجال شهوة من دون النسا بل أنتم قوم مسرفون
Dan (Kami juga Telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorangpun (di dunia ini) sebelummu? "Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.
(Al-A’raaf 7:80-81)
Homoseksual dan lesbian bukanlah perkara suatu perkara baru kerana ianya telahpun berlaku pada zaman Nabi Luth a.s. Kesan daripada perbuatan Kaum nabi Luth a.s. kita boleh lihat hingga sekarang iaitu di Laut Mati yang terletak antara Negara Jordan dan Palestin. Di Laut Mati ini kita boleh lihat sesiapa sahaja yang mandi di sini, mereka tidak akan lemas sama sekali kerana kadungan garam yang terlalu tinggi menyebabkan mereka timbul di permukaan air.
Homoseksual yang telah melanda Negara kita bertambah rancak apabila terdapatnya pusat untuk mencari pasangan mereka di sekitar bandaraya metropolitan Kuala Lumpur. Mengikut Dr. Hj. Mat Saad Abd Rahman, beliau pernah menerima panggilan talifon daripada seorang sahabat menyatakan bahawa seorang ibu mengadu kepadanya kerana mendapati anak perempuannya yang sedang menuntut di luar negara mengamalkan hubungan seks luar tabi`i ini bersama rakan sejenisnya. Ibu ini merasakan amat sedih dengan perkara ini yang belum pernah dialaminya.
Sekali lagi kita dikejutkan dengan sebuah filem pendek yang diterbitkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang bertajuk Comolot. Filem mini mengisahkan tentang kehidupan pasangan homoseksual. Apakah tindakan kerajaan apabila filem mini ini diterbitkan sendiri oleh ASWARA.
Pada tahun 2003 sebuah kumpulan pop duo yang dikenali sebagai Tatu dari Rusia yang dianggotai oleh Yulia Volkova dan Lena Katina telah membuktikan mereka adalah pasangan kekasih. Sebelum ini Tatu dikatakan mendakwa mereka pasangan lesbian hanya sebagai gimik sempena kemunculan mereka dalam arena muzik. Mereka juga mendakwa yang mereka melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali sehari. Di Malawi pula, para pemimpin Kristian dan Muslim bersatu menentang usaha beberapa pihak untuk mengubah undang-undang yang mengharamkan homoseksual bagi menghalalkan perkahwinan sejenis, perkara ini terjadi ekoran Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Malawi berkempen agar undang-undang yang melarang homoseksual dikaji semula untuk membenarkan perkahwinan sejenis di negara selatan Afrika itu.
Justeru, ia adalah satu kesalahan yang terdapat peruntukan hukuman dan pembalasannya di dunia ini, disamping pesalah akan mendapat pembalasan di akhirat sekiranya dia tidak mendapat pengampunan Allah. Bagi mereka yang terlibat dengan amalan luar tabi` ini perlu diberikan nasihat dan bimbingan secukupnya agar mereka sedar tentang kesalahan yang mereka lakukan dan kembali ke jalan yang diredai Allah serta menjalani kehidupan yang tabi`i.
0 comments:
Post a Comment