Pages

Showing posts with label Muhasabah. Show all posts
Showing posts with label Muhasabah. Show all posts

Saturday, April 2, 2011

166 orang berzina di Selangor setiap hari.

Salam perantauan,

Suatu ketika, Mufti Perak, SS Dato' Seri Dr. Harunsani telah mendedahkan bahawa seramai 250,000 orang Islam telah murtad di seluruh Malaysia, dan minggu ini sidang Dewan Undangan Negeri Selangor melalui Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melaporkan bahawa 257,000 anak haram atau anak luar nikah atau bahasa lebih sopan anak tidak sah taraf dilaporkan di seluruh Selangor sehingga 2008 (sila klik).

Secara purata seramai 83 orang bayi seks haram dilahirkan setiap hari di Selangor. Pada pendapat anda berapa ramai pula yang tidak dilaporkan, seperti buang bayi, bagi kepada orang dan lain-lain kes yang tidak dilaporkan. Ini baru di Selangor belum seluruh Malaysia. Katakanlah di seluruh Malaysia terdapatnya 1juta anak luar nikah. Cuba kita belajar mengira kejap, 83 kali 2 sama dengan 166 orang, 257,000 kali 2 jawapan yang kita dapat 514,000 orang. Maka yang telah melakukan zina seramai 514,000 orang berdasarkan jumlah anak luar nikah itu. Baru di Selangor, seluruh negara berapa ramai pula terlibat dengan dosa besar zina ni. Mungkin hampir kepada angka 5juta orang, atau terlalu ramai sangat? Katakanlah 2juta, itu juga bukan satu jumlah yang kecil. Adus, Malaysia oh Tanah Airku.

Thursday, March 31, 2011

Umat Islam masih dibuai mimpi

Salam perantauan.

Dilaporkan bahawa seorang remaja Indonesia Jasmine Slalu Hepi dengan beraninya telah menghina Nabi Muhammad dan agama Islam secara terbuka. Apakah yang tindakan kita? adakah berdiam diri atau kembali mencercanya atau kita mengajaknya kepada mengenali Islam dan Nabi Muhammad kekasih Allah. Jika kita memilih untuk diam, harap-harap di dalam hati kita masih terdepat secebis yang membenci tindakannya kerana itulah tanda lemahnya Iman di dada kita, Jika kita memilih untuk menyerangnya semula, maka bodohlah kita kerana Allah telah mengajar kita dalam Quran yang mulia supaya janganlah mencerca dan menghina sembahan manusia lain kelak mereka akan mencerca dan menghina kembali sembahan umat Islam yakni Allah yang Maha Esa, Kaedahnya sama, jika kita kembali menyerangnya, maka bertambah bencilah ia kepada Islam dan akan mencerca Islam dengan lebih teruk. Maka lebih canti kita memilih jalan ketiga iaitu mengajaknya dan mengenalkan Islam kepadanya supaya terbuka pintu hatinya kepada Islam, berdebatlah dengan dia akan keindahan Islam dan kesesatan agama lain agar dia nampak kebenaran Nabi Muhammad. Jadilah seperti pokok yang berbuah, walaupun manusia melemparkan batu kepadanya tetapi ia melemparkan buahnya kepada manusia.


Monday, December 20, 2010

Saudara baru lebih Islam dari kita...

Salam perantauan,

Terkenang seketika menjadi tetamu Allah ketika bulan Ramadhan 1430 bersama Ruzaimy, Lutfi dan Faisal. Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan berada pada 10 malam akhir Ramadhan di Haramain Mekah dan Madinah. Ketenangan berada di sana tidak pernah seumur hidup aku kurasakan. Bukanlah post ni bertujuan untuk menceritakan tentang pengalaman aku sepanjang berada di sana, tetapi suatu kisah yang aku ingin kongsikan bersama ketika aku berada di dalam Masjidil Haram.


Brother Hilaal dari kiri sekali dan 2 orang dari kanan saudara baru yang aku maksudkan 

Sunday, March 21, 2010

Bola Sepak vs Catur

Salam Perantauan,

Lama sungguh aku tidak turun beriadhah, kali terakhir rasanya ketika Perlawanan Bola Sepak Liga PERMATA di Padang Amir Hassan yang berlangsung pada bulan Oktober 2009. Selepas itu aku tidak lagi turun ke padang dek kerana malas hendak pergi ke sana. Jika minggu lepas, semua peminat bola sepak di seluruh dunia sibuk dengan Liga Juara-juara Eropah, berlainan pula dengan aku yang satu ketika dahulu juga minat bola sepak, tetapi sekarang aku sudah kurang berminat dengan sukan tersebut, cukup sekadar aku mengetahui keputusan perlawanan bola sepak tersebut tanpa menyaksikan perlawanan tersebut. Jika dahulu sanggup untuk keluar malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi sekarang susah untuk aku menyaksikan bersama-sama rakan lain. Piala Dunia sudah semakin hampir, adakah minat tersebut akan subur semula dalam diriku? Satu persoalan yang sukar untuk aku jawab.


Friday, January 8, 2010

Ujian Yang Datang Mematangkan Kita

Salam Perantauan,

Demam peperiksaan sudah mula menyerang Mahasiswa Malaysia Jordan sekarang, para mahasiswa sibuk dengan mengulangkaji pelajaran untuk menempuhi Imtihan Nihaie yang bakal tiba disamping diuji dengan keadaan cuaca yang sejuk sehingga mencengkam tulang. Selepas berhempas-pulas di dewan kuliah, para mahasiswa akan diuji pula dengan apa yang mereka pelajari selama satu semester. Begitulah lumrah bila bergelar pelajar, tidak akan terlepas dengan apa yang digelar peperiksaan, begitulah juga hidup manusia di atas muka bumi ini tidak akan terlepas dari ujian daripada Allah untuk menguji sejauh mana kekuatan Iman hamba-Nya.Firman Allah Taala

الم أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا ءامنا وهم لا يفتنون 
ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكذبين

Alif Laam Miim, Adakah manusia itu menyangka mereka beriman sedangkan mereka belum diuji, Sesungguhnya telah diuji manusia sebelum kamu dan Allah mengetahui orang yang benar di kalangan kamu dan orang yang dusta..
(Al-'Ankabut 29 : 1-3)

Friday, December 25, 2009

Keperluan Menguasai Dua Bidang dalam Satu Masa

Salam Perantauan,

Akses Pemikiran Islam (API) dan Festival of Islamic Scholars Conference sudahpun melabuhkan tirainya, dua progarm yang cukup memberikan banyak input kepada mahasiswa Mu'tah, namun sejauh mana perkara yang telah dicapai dalam dua program tersebut akan hanya berlalu begitu sahaja tanpa memberikan impak kepada mahasiswa Mu'tah. Para mahasiswa telah dihidangkan dengan pengisian yang cukup menarik di dalam kedua program tersebut. Antara pembentang kertas kerja di dalam dua program ini ialah Al-Fadhil Ustaz Othman Hamzah al-Muqri, bekas Imam Besar Masjid Shah Alam dan Prof. Dr. Hussein Mutalib, seorang Profesor kelahiran Singapura dan pernah menjadi Pensyarah Jemputan di Universiti Harvard.

Wednesday, December 16, 2009

Muhasabah Bagi Para Pejuang Agama Allah


Ini merupakan syair seorang ulama terkemuka AbduLlah ibn Mubarak kepada Fudhail bin 'Iyad yang juga merupakan seorang yang digelar 'Abid al-Haramain (Ahli ibadah di dua Tanah Haram). Walaupun syair ini sudah begitu masyhur namun biarlah ia menjadi peringatan buat sekian kalinya kepada para pejuang agama Allah. Hayatilah maksud tersirat yang terdapat di dalam bayt-bayt syair ini. Semoga dengan syair ini dapat memberikan semangat baru kepada para pejuang agama Allah demi menegakkan agamaNya...

يا عابـد الحرمين لو أبصـرتنا لعلـمت أنك في العبـادة تلعب
من كان يخضب خده بدمـوعه فنحـــورنا بدمائنا تتخضب
أو كان يتعب خيله في باطــل فخيولنا يوم الصبيحـة تتعب
ريح العبير لكم ونحـن عبيرنا رهج السنابك والغبار الأطيب
ولقــد أتانـا من مقـال نبينا قول صحيح صادق لا يكذب
لا يستوي غبار خيـل الله في أنف امرئ ودخان نـار تلهب
هذا كتاب الله ينطـــق بيننا ليس الشهيد بميت لا يكـذب

Saturday, August 22, 2009

Andai Ini RAMADHAN Yang Terakhir

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu, merayu kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi Rabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam]

Sunday, July 5, 2009

Mencari unta yang terlepas dari talinya...


Sabda RasuluLlah s.a.w. :
خيركم من تعلم القرءان و علمه
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.
(Bukhari, Abu Daud,Tirmidzi dan Ibn Majah)

Thursday, June 25, 2009

Siapakah yang Layak???

Fasal soifi atau 'summer sem' atau lebih dikenali dengan nama semester pendek telah menjelmakan dirinya lagi, maka musim cuti pun sudah menutupkan tirainya. Pening kepala aku untuk memilih madah untuk semester ini. Aku sudah mendaftar madah sejak awal lagi apabila pendaftaran semester dibuka. Malang bagiku, satu madah telah aku daftar digugurkan kerana tidak cukup kolum, satu madah lagi telah bertukar pensyarah. Atas nasihat senior, aku menggugurkan juga madah tersebut. Tidak semua pelajar Malaysia yang mengambil pada semseter ini kerana pulang bercuti di tanah air. Aku pula berkeputusan untuk mengambil semester ini kerana aku baru sahaja empat bulan menjejakkan kaki ke bumi Syuhada’ ini. Terasa masih awal rasanya untuk aku pulang ke tanah air. Bagaimanalah keadaanku nanti waktu bertemu dengan bahang musim panas nanti.
Sebelum aku pergi menziarahi sahabat-sahabat di Syria, aku dipertanggungjawabkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) untuk menjadi Pengarah Program Mesyuarat Agung PERMATA kali ke 10. Dengan hati terbuka aku menerimanya, walaupun aku masih baru di sini, atas dasar tanggungjawab aku menerimanya kerana segalanya bukanlah aku melakukan seorang diri, tetapi aku melakukannya dalam keadaan berkumpulan bersama sahabat-sahabat yang lain. Kerana masih belum berpengalaman menjadi ajk dalam program di sini. Aku memilih ajk atas nasihat Setiausaha Agung PERMATA, Akh Fudhail. Aku amat berharap Ajk Pelakasana Mesyuarat Agung PERMATA kali ke 10 dapat menyumbangkan bukan sahaja seratus peratus komitmen dalam mesyuarat agung ini tetapi dua ratus peratus kotmitmen.

Sunday, June 21, 2009

Berkelana di Bumi Syria

Masjid Umawi
-->
Bersawang juga blog aku kes lama tidak menulis, sebaik sahaja habis final exam aku pergi menziarahi adik-beradik seperjuangan di bumi Syria. Tidak berpeluang untuk aku meng'update'kannya di bumi Syria kerana masa banyak dihabiskan dengan melawat masjid-masjid di sekitar Dimasyq, maqam-maqam Nabi-nabi Allah a.s., ahli keluarga Nabi s.a.w., sahabat Nabi s.a.w., dan para wali Allah.
Tiang yang dikatakan bakal turunnya Nabi Isa a.s.

Saturday, May 16, 2009

Guru Oh Guru

Dialah pemberi paling setia,
Tiap akar ilmu miliknya,
Pelita dan lampu segala,
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,
Alur kesetiaan mengalir nasihat,
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang Presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang Ulama’ yang mulia,
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnta mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah asekolah mewah di Ibu Kota,
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu,
Dia adalah guru mewakili seribu buku,
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa,
Semakin bererti tugasnya kepada Negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku,
Budi yang diapungkan di dulang ilmu,
Panggilan keramat ‘CIKGU’ kekal terpahat,
Menjadi kenangan sepanjang hayat.

Karya SN Usman Awang
1979

Wednesday, May 13, 2009

BUATMU IBUKU



Ibu bergenang air mataku,
Terbayang wajahmu yang redup sayu,
Qudusnya kasih yang engkau hamparkan,
Bagaikan laut yang tak bertepian.

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan,
Tidak pun kau merasa jemu.
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu,
Dari kecil hingga dewasa.

Hidupmu kau korbankan,
Biarpun dirimu telah terkorban,
Tak dapat ku balasi akan semua ini,
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu Ibu.

Ibu kau ampunilah dosaku,
Andainya pernah menghiris hatimu,
Restumu yang amat aku harapkan,
Kerana di situ letak syurgaku.

Tabahnya melayani kenakalan anakmu,
Mengajarku erti kesabaran,
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan,
Menyuluh jalan kehidupan.

Kasih sayangmu sungguh bernilai,
Itulah harta yang engkau berikan,

Ibu, dengarlah rintih hatiku,
Untukmu Ibu…

Wednesday, May 6, 2009

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???

Hampir setengah purnama juga aku tak menulis dek kerana peperiksaan (bukan final exam lagi) yang aku hadapi disamping membantu rakan-rakan menjayakan Karnival Sukan Mahasiswa Malaysia SeJordan kali ke II (KARISMA ’09 Mu’tah) yang baru sahaja menutupkan tirai pada 2 Mei lalu. Dengan bertemakan ‘Saya Datang Kerana Ukhwah”, aku harap tema ini memberi kesan yang mendalam kepada semua atlet-atlet yang terlibat. Letih tidak terkata. Aku AJK kecil ni pun letih apatah lagi Pengarah Program. Apapun tahniah buat seluruh kontijen dari Mu’tah khusus buat ahli bayt aku, Bayt Malizie, kerana berjaya membantu kontijen Mu’tah meraih Emas di samping mempertahankan kejuaraan dalam acara bola sepak dan badminton dari dirampas oleh mantiqah lain.

Bila sebut peperiksaan, maka aku pun bertungkus-lumus untuk memastikan diriku bersedia dengan segala soalan yang bakal keluar dalam peperiksaan. Mengharapkan mendapat soalan bocor, ataupun membuat kajian soalan-soalan dahulu disamping mengjangka soalan yang bakal keluar. Kecewa akan menyelubungi sekiranya soalan yang dijangka keluar tidak menunjukkan batang hidungnya, tapi selalunya soalan jangkaan aku selalu keluar, kadang-kadang sahaja ianya tak menepati sasaran. AlhamduliLlah...

Thursday, April 16, 2009

SIAPAKAH KEKASIHKU???


Aku nak share dengan korang semua tentang KEKASIH aku? (aku taip huruf besar tu sebab aku terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya. Betul ni..tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tu. Apa taknya, masa aku susah, minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila aku susah hati, boleh terus ngadu kat DIA - direct! Yang bestnya tu, bila aku dah ngadu kat DIA, terasa aman aje. For surelah, nama pun KEKASIH, kan?! Ish! Beruntung betul dapat KEKASIH cam ni…tak pernah nak sakitkan hati aku.
Bila-bila masa aje aku boleh contact DIA. Yang seronok tu, sebab memang betul-betul rasa DIA tu dekat kat hati ni! Ye la, cinta punya pasal, kan? DIA tak kisah pun kalau aku tak ingat kat DIA. Tapi rugilah aku. Sebab, kalau aku ingat dan contact je DIA, sure macam-macam la yang aku dapat. Tak kiralah, material ke…spiritual ke… emm memang kekasih sejatilah tu! Bila aku rindu kat DIA, baca je surat-surat yang DIA bagi tu. Macam-macam nasihat ada dalam tu. Siap bagi example lagi nak suruh aku faham.

KISAH ADIK BERADIK

Hampir sebulan jugak aku tak meng'update' blog aku ni, dek kerana umah aku internet ada masalah so ianya telah membuatkan aku malas nak menaip... Sekarang internet umah aku dah kembali pulih dari kecederaan... Post aku kali ini, aku nak ceritakan sebuah kisah masyarakat yang masih lagi terjadi sehingga kini. So aku harap, kalian para pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah ini... Kisah ini diberi nama Kisah Adik Beradik... Selamat membaca...

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi berkelah di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi pernigaan kelurga ni. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Tuesday, February 24, 2009

Ahlan wa Sahlan

SalamuLlahi 'alaikum warahmatuhu wabarakatuh...
Segala puja dan puji hanyalah milik Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam aku persembahkan kepada junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
Aku bukanlah seperti rakan2 blog