Pages

Sunday, March 21, 2010

Bola Sepak vs Catur

Salam Perantauan,

Lama sungguh aku tidak turun beriadhah, kali terakhir rasanya ketika Perlawanan Bola Sepak Liga PERMATA di Padang Amir Hassan yang berlangsung pada bulan Oktober 2009. Selepas itu aku tidak lagi turun ke padang dek kerana malas hendak pergi ke sana. Jika minggu lepas, semua peminat bola sepak di seluruh dunia sibuk dengan Liga Juara-juara Eropah, berlainan pula dengan aku yang satu ketika dahulu juga minat bola sepak, tetapi sekarang aku sudah kurang berminat dengan sukan tersebut, cukup sekadar aku mengetahui keputusan perlawanan bola sepak tersebut tanpa menyaksikan perlawanan tersebut. Jika dahulu sanggup untuk keluar malam untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi sekarang susah untuk aku menyaksikan bersama-sama rakan lain. Piala Dunia sudah semakin hampir, adakah minat tersebut akan subur semula dalam diriku? Satu persoalan yang sukar untuk aku jawab.


Post aku kali ini aku hendak bercerita tentang pemainan dan pengajaran yang kita boleh ambil dari permainan tersebut. Mungkin sudah banyak orang yang menulis tentang perkara ini, namun aku rasa tidak salahnya aku menulis lagi dan ditambah dengan perkara-perkara baru. Ramai yang berkata, menjadi penyokong bola sepak adalah posisi yang paling mudah, iaitu posisi yang paling senang mengkritik pemain bola sepak, jurulatih pula hanya mengatur strategi tanpa bersama dengan pemain, maka pemain bola sepaklah yang menentukan samada mereka akan menang atau sebaliknya. Begitu juga dalam pejuangan Islam, orang yang tidak berada di medan dakwah adalah seperti penyokong bola sepak yang hanyan pandai mengkritik sahaja, mengataka itu salah ini salah tetapi jika mereka sendri turun ke padang adakah mereka dapat melakukan apa yang mereka katakan. Jika jurulatih menjadi pemikir untuk merancang masa depan sesebuah pasukan bola sepak tanpa mereka turun sama ke padang untuk sama-sama bermain, sukalah aku katakan mereka ini seperti orang agama yang hanya pandai berteori sahaja, mereka akan mengeluarkan pelbagai buah fikiran mereka tetapi agak malang jika mereka hanya pandai berkata-kata tanpa mengamalkan apa yang mereka katakan. Jadilah seperti pemain bola sepak yang mana bermain sehingga wisel penamat ditiupkan, diibaratkan sebagai pendakwah dan pejuang agama yang tidak mengenal erti putus asa dalam menegakan kalimah Allah di muka bumi.


Dalam mempertahankan agama Islam, janglah kita seperti pemain bola sepak, kerana mereka akan menyepak bola tersebut selepas penat bergelecek dengan pihak lawan, adakah kita akan mempertahankan Islam hanya ketika Islam ditindas dan membiarkan sahaja bila keadaan kita sudah selesa. Begitu Juga dengan permainan ragbi, yang berebut mati-matian untuk mendapatkan bola ragbi tesebut, setelah dapat para pemain ragbi akan mempertahankan bola tersebut dengan memeluknya sekemas mungkin, akan tetapi bila keadaan sudah stabil mereka akan membalingkan bola tersebut, kadang-kala menyepak bola tesebut apabila mereka sudah selesa. Lebih malang lagi jika permainan ini juga terdapat sikap individualisme yang mana para pemain merasa mereka ingin mencipta nama mereka sendiri dengan menjaringkan gol. Aku tidak nafikan ada perkara yang baik daripada dua permainan ini, iaitu strategi dan semangat berpasukan.

Pertahankanlah Islam seperti permainan catur, jika kita ibaratkan Islam adalah King, maka dalam permainan catur yang penuh dengan strategi untuk mengalahkan lawannya disamping mempertaruhkan nyawa mereka sendiri untuk mempertahankan King daripada dikalahkan oleh tentera musuh. Bagaimana kita melihat Queen sentiasa menjadi mastermind dalam mengatur strategi di samping berkerjasama dengan Bishop, Knight, Castle dan Pawn untuk memastikan kerajaan mereka tidak dikalahkan oleh pihak musuh. Mereka semua sanggup menggadaikan nyawa untuk melihat King berada dalam keadaan selamat. Perumpamaan yang aku ingin buatkan ialah, jika King itu adalah Islam, dan kita pula adalah Pawn, adakah kita akan berbangga dengan mati sebagai seorang pejuang atau kita akan mensia-siakan kehidupan kita dek kerana kecuaian kita sendiri yang alpha dengan sifat ingin cepat menang dan berjuang secara berseorangan tanpa menggabungkan diri kita dalam Jamaah Islamiyyah.

Datangkanlah bermacam-macam jenis permainan yang terdapat dimuka bumi untuk aku jadikan perumpamaan namun jika kita hanya berteori sahaja, samalah kita dengan jurulatih bola sepak yang pandai berkata-kata tetapi tidak turun bersama ke padang. Jika RasuluLlah s.a.w yang dinobatkan manusia paling ulung sepanjang zaman, sama-sama turun ke medan perang sehingga patah gigi baginda ketika di Perang Uhud, baginda sanggup di baling dengan batu oleh penduduk dan kanak-kanak di Taif keran menyampaikan dakwah Islam, adakah kita yang mengaku sebagai umat baginda cukup sekadar mengeluarkan buah fikiran kita sahaja tanpa kita sama-sama turun ke medah dakwah ini, Fikir-fikirkan…

WaLlahu a’lam

0 comments: