PENDAHULUAN
Dalam bidang pendidikan pengetahuan tentang falsafah adalah penting untuk mendorong seseorang bakal guru itu mempunyai kekuatan minda dan bagaimana menggunakan minda secara berhemah untuk mencari dan menjelaskan kebenaran. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) digubal untuk memberi panduan atau arah tuju untuk menentukan haluan, asas dan inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Kementerian Pendidikan Malaysia juga mempunyai misi dan visi yang tersendiri untuk memastikan sistem pendidikan berkualiti. Visi KPM ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”, manakala misi KPM ialah “Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara” (“Visi & Misi Kementerian Pendidikan Malaysia,” 2013). Visi dan Misi KPM ini adalah hasil Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 (“Visi dan Misi Baharu KPM 2013,” 2013).
Falsafah Pendidikan
Islam (FPI) negara mula diperkenalkan pada tahun 1988 yang menjadi satu tanda
aras kepada suatu bentuk horizon baharu
dalam pendidikan negara (Fathiyah Mohd
Fakhruddin, 2012). FPI berasaskan mesej terakhir
yang diberikan kepada Nabi Muhammad SAW iaitu apa yang terkandung dalam
al-Quran (Talbani, 1996). Dalam bahasa yang mudah FPI
adalah falsafah pendidikan yang bersumberkan ruh Islam (Mohd Yusuf Ahmad, 2002). Ia berperanan untuk membentuk
sistem pendidikan yang komprehensif merangkumi matlamat, pengalaman
pembelajaran serta kaedah pengajaran yang dapat memantapkan pendidikan Islam.
Menurut Abdul Rahim Hamdan (2011). FPI membentuk kurikulum yang
membimbing manusia untuk mengembangkan dan melaksanakan potensi fitrah mereka
bersesuaian dengan kehendak Allah. Al-Zarnuji (t.t.), menyatakan antara syarat untuk
memperolehi ilmu ialah guru yang cerdik dan
boleh dijadikan contoh kepada muridnya dan pelajar yang berpengetahuan
serta rajin untuk meneroka.
Zawawi Ahmad
menjelaskan dalam Noriati A. Rashid, Lee Keok
Cheong, Zulkufli Mahayudin, dan Zakiah Noordin (2016)
bahawa FPI berusaha melahirkan individu yang soleh, seterusnya melahirkan
warganegara berilmu dan beramal soleh. Mohd Kamal Hassan dalam Noriati A. Rashid, Lee Keok
Cheong, Zulkufli Mahayudin, dan Zakiah Noordin (2016) pula menyatakan bahawa FPI
menekankan konsep pendidikan seumur hidup, pembanguanan menyeluruh dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI), menam[aikan dua funngsu iaitu
sebagai abid (hamba) dan sebagai khalifah (amanahkan atau tanggungjawabkan
dari Allah untuk mengurus dan mentadbir dunia ini mengikut syariat Allah), dan memakmurkan alam.
Dalam merealisasikan
visi dan misi KPM, FPI berperanan dalam membentuk sesuatu kurikulum pendidikan berkualiti
yang bersifat komprehensif merangkumi matlamat, pengalaman pembelajaran serta
kaedah pengajaran, ianya juga bersifat membimbing manusia untuk mengembangkan,
melaksanakan dan membangunkan potensi fitrah sebagai insan terdidik yang dapat memenuhi
aspirasi negara yang sejahtera.
FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR MEREALISASIKAN
VISI DAN MISI KPM
Falsafah Timur adalah himpunan beberapa
falsafah dari Asia iaitu, Falsafah India, Falsafah China, Falsafah Iran,
Falsafah Jepun dan Falsafah Korea, Falsafah Islam juga termasuk dalam Falsafah (Mohd Salleh Mahat & Lydia
Zulaifa Sullang Abdullah, 2015). Namun apa yang dihuraikan
adalah dari Falsafah China iaitu Falsafah Konfusianisme; dan Falsafah India
iaitu Falsafah Nasionalisme dan Internasionalisme
Konfusianisme
bukanlah satu agama tetapi lebih kepada pengajaran falsafah untuk
mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia, ia diperkenalkan oleh
Confucius atau Kong Fu Tze (Mohd Salleh Mahat & Lydia
Zulaifa Sullang Abdullah, 2015). Menurut Slamet Subekti (2010) falsafah ini menganjurkan
ajaran harmoni antara sesama manusia dan antara manusia dengan alam, sekiranya
semua manusia memainkan peranan mereka dan menjalankan tugas sesuai dengan
kedudukan mereka, maka tidak akan terjadi perebutan kekuasaan sama ada dalam
alam rumah tangga, tetapi negara pun akan menjadi tenteram.
Falsafah
Nasionalisme dan Internasionalisme diperkenalkan oleh Rabindranath Tagore
menafsirkan pendidikan sebagai proses yang bermatlamat menghasilkan individu
dengan penaakulan yang sempurna bagi mengupayakan pencapaian bagi aspek
fizikal, intelek, moral, dan rohani serta segala yang berkaitan dengan pengalam
hidup amali (Mohd Salleh Mahat & Lydia
Zulaifa Sullang Abdullah, 2015). Nordin Tahir (2011) menyatakan bahawa pendidikan
nasionalisme harus bermatlamat untuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara
berdasarkan pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan, situasi sebenar dan
tuntutan negara pada masa itu termasuk masalah nasional, pencapaian, kegagalan
dan kejayaan, manakala pendidikan internasionalisme harus cuba memupuk hubungan
baik, persaudaraan, harmoni, dan keamanan antara negara di dunia.
Dalam merealisasikan visi dan misi KPM,
Falsafah Pendidikan Timur mengutamakan pendidikan moral dan undang-undang untuk
menjadikan sistem peraturan sivil sebagai pembentukan masyarakat dan negara
yang aman dan sejahtera. Selain itu pendidikan juga harus berdasarkan
pengetahuan sebenar dan terdapatnya hubungan langsung dengan budaya dan tradisi
rakyat negara lain.
FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT MEREALISASIKAN
VISI DAN MISI KPM
Falsafah Pendidikan
Barat terbahagi kepada dua aliran iaitu aliran tradisional yang mewakili perenialisme dan esensialisme berdasarkan dari idealisme dan realisme (Nordin Tahir,
2011), dan aliran
moden yang mewakili aliran progresivisme, rekonstruksionisme dan
eksistenssialisme berdasarkan
dari
pragmatisme (Abdul Rahim
Hamdan, 2011; Nordin Tahir, 2011).
Aliran esensialisme pula berpunca dari idealisme dan realisme
yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap
generasi baharu sebagai tujuan utama pendidikan, ia juga bertujuan untuk
menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang
berketrampilan melalui kaedah asas tradisional dengan pendekatan 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira (Nordin Tahir,
2011). Sesi
pembelajaran pula menggunakan kaedah pemusatan guru, dimana dilihat sebagai
berwibawa, demokratik,
kreatif, mempunyai inisiatif dalam pengajaran dan mahir menggunakan taktik
ganjaran dan denda kepada pelajar (Emeliana Elias, 2010; Nordin
Tahir, 2011).
Aliran
perenialisme berasal
daripada perkataan asas, perennial yang bermaksud tidak berubah, ia berpunca dari aliran realisme yang mempercayai
bahawa tujuan utama pendidikan adalah mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan
abadi dan fokusnya adalah perkembangan peribadi yang bermaksud
manusia adalah manusia, maka mereka perlu diajar dengan perkara-perkara yan
berkaitan manusia (Nordin Tahir,
2011).
Aliran
pramagtisme melihat pengetahuan sebagai suatu proses yang menyebabkan realiti
berubah, pembelajaran dan peningkatan pengetahuan akan berlaku apabila proses
penyelesaian masalah berlaku, dan mengetahui adalah proses peralihan antara
manusia dan alam persekitaran (Abdul Rahim
Hamdan, 2011). Charles
Sander Pierce
mengatakan peningkatan ilmu bertujuan mewujudkan tabiat rohani yang boleh
menguji idea melalui pemerhatian, pengujian dan persoalan, manakala Williams
James mengatakan bahawa perasaan dan logik sangat penting sebagai asas kepada
rasional sesuatu, dan John Dewey pula berpendapat bahawa pengalaman, kepintaran
dan masyarakat ialah alat untuk perkembangan minda. (Mohd Salleh
Mahat & Lydia Zulaifa Sullang Abdullah, 2015).
Aliran progresivisme berpendapat bahawa dalam kurikulum hendaklah
berpandukan kepada minat seseorang (Abdul Rahim
Hamdan, 2011; Emeliana Elias, 2010; Nordin Tahir, 2011), mereka menggambarkan
pendidikan adalah penghidupan bukan persediaan untuk hidup (Abdul Rahim
Hamdan, 2011; Emeliana Elias, 2010). Progresivisme menganggap peranan guru sebagai pembimbing untuk
penyelesaian masalah dan inkuiri saintifik, dan kebanyakan
ahli progressevis bersetuju dengan pendekatan induktif yang menggalakan pelajar
untuk memberi penjelasan sendiri dan pemahaman fenomena (Emeliana
Elias, 2010; Nordin Tahir, 2011)
Aliran rekonstruktionisme adalah
hasil dari aliran progresivisme (Nordin Tahir,
2011). Menurut Van
Scottes, Kraft dan Haas dalam Mohd Salleh
Mahat dan Lydia Zulaifa Sullang Abdullah (2015) ahli-ahli rekonstruktivisme mempercayai
bahawa sekolah boleh menjadi institusi pembentukan semula masyarakat dan agen
perubahan sesuatu masyarakat. Justeru itu, fungsi sekolah adalah untuk mengenal
pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisi budaya dan untuk
mewujudkan kemahiran dan sikap yang akan menyelesaikan masalah (Nordin Tahir,
2011).
Aliran Eksistensialisme menekankan
kepentingan individu unuk memenuhi kehendak peribadi (Abdul Rahim Hamdan, 2011), oleh itu, aliran ini
mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan mencari ilmu (Emeliana Elias, 2010). Menurut Tajul Ariffin dan Nor’aini Dan
(1992) kurikulum eksistensialisme tidak tetap
kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri, justeru itu, sistem
sekolah atau guru tidak berhak untuk menekan matlamat pendidikan ke atas
pelajar (Abdul Rahim Hamdan, 2011;
Nordin Tahir, 2011).
Falsafah pendidikan barat dilihat
memainkan peranan penting dalam merealisasikan misi dan visi KPM kerana
berdasarkan aliran-aliran falsafah barat telah sistem memberikan implikasi yang
besar dalam sistem pendidikan Malaysia. Aliran tradisional yang dapat dilihat
dalam sistem pendidikan Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan
nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, Selain itu, asas dalam pembinaan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) adalah pendekatan 3M (Emeliana Elias, 2010), dan tambahan menaakul dalam
pembinaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Bahagian Pembangunan Kurikulum,
2016). Aliran tradisional ini juga dilihat
dapat menjayakan misi dan visi KPM kerana ianya mempunyai matlamat untuk
menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk
pembangunan ekonomi negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin (Mok S. S., 2010).
Aliran moden pula berperanan dalam
mencorakkan visi dan misi KPM dari sudut
progressivisme adalah untuk melahirkan
masyarakat yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab serta usaha untuk
mewujudkan masyarakat yang maju dan berilmu (Emeliana Elias, 2010). perkembangan pelajar oleh itu, Pelajar
diberi kuasa dan kebebasan pelajar untuk memperkembangkan dari segi intelek dan
fizikal untuk mengembangkan bakat dalam pembelajaran mereka (Abdul Rahman Aroff &
Zakaria Kasa, 2000).
Ia akan melahirkan sikap yang berkeyakinan diri
pelajar dan mereka akan bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi
dugaan dan cabaran pada masa akan datang.
Rekonstruktionisme juga dilihat dapat
menjayakan misi dan visi KPM kerana ia memberikan penekanan terhadap melahirkan
masyarakat yang demokratik dan berfikiran kritis dalam membangunkan masyarakat
tersebut, dan guru berperanan penting untuk mendidik masyarakat agar dapat
menerima, mengaplikasikan dan berfikiran demokrasi (Mohd Salleh Mahat & Lydia
Zulaifa Sullang Abdullah, 2015) serta tidak perlu takut tentang
komitmen untuk membantu sebuah masyarakat baharu (Nordin Tahir, 2011).
Pelajar pula bukan sahaja menerima ilmu daripada guru, malah turut melakukan
penyelidikan untuk mengembangkan ilmu tersebut, perkara ini membolehkan pelajar
berdikari dan guru hanya sebagai penunjuk jalan kepada mereka. Justeru
itu,strategi berpusatkan guru dan berpusatkan pelajar dapat dilihat dalam
memastikan suatu pendidikan itu berkualiti dalam mendidik insan.
Namun, eksistensialisme tidak dapat merealisasikan
visi dan misi KPM, kerana menurut Van Scottes,
Kraft dan Haas aliran ini bersifat individualistik dan terlalu
bergantung ke atas faktor-faktor yang subjektif seperti intuisi, renungan ke
dalam, penghayatan emosi dan perasaan keseorangan (Mohd Salleh Mahat & Lydia
Zulaifa Sullang Abdullah, 2015), oleh itu, pendidikan
eksistensialisme ialah individu hendaklah mendidik diri sendiri dan juga
berupaya mambuat keputusan mengenai kelakuan, kursus yang ingin diambilnya dan
kaedah pembelajaran yang dikehendakinya (Emeliana Elias, 2010).
PENUTUP
Falsafah Pendidikan Islam, timur dan barat memainkan
peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. FPK mempunyai
beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari ketiga-tiga falsafah tadi.
Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut
keperluan pendidikan di Malaysia. Hanya mengambil aspek-aspek yang penting dan
berguna sahaja yang diambil dalam penggubalan FPK. Melalui FPK terbentuknya
visi dan misi KPM, maka tidak ragu-ragu lagi bahawa Falsafah Pendidikan Islam, timur dan barat memainkan peranan yang penting dalam
merealisasikan visi dan misi KPM.
BIBLIOGRAFI
Abdul
Rahim Hamdan. (2011). Falsafah & Pemikiran Pendidikan. Johor Bahru:
Penerbit UTM.
Abdul Rahman Aroff, & Zakaria Kasa.
(2000). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Shah Alam: Fajar Bakti.
Al-Zarnuji, Burhan al-Islam. (t.t.). Ta’lim
al-Muta’allim Toriq al-Ta’alum. Surabaya: Syarikat Bankul Indah.
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Buku
Penerangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Putrajaya: Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Emeliana Elias. (2010). Implikasi Falsafah Barat ke
atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Pascasiswazah 2010.
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia Diambil dari http://eprints.utm.my/14937/1/Implikasi_Falsafah_Barat_ke_atas_Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2012). Peranan
& Cabaran Guru dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Mohd Salleh Mahat, & Lydia Zulaifa
Sullang Abdullah. (2015). Modul Pembelajaran EDUP 2013: Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Cyberjaya: Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Mohd Yusuf Ahmad. (2002). Falsafah dan
Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan
Pendidikan di Malaysia. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.
Nordin Tahir. (2011). Falsafah
Pendidikan. Ipoh. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong,
Zulkufli Mahayudin, & Zakiah Noordin. (2016). Siri Pendidikan Guru:
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia Edisi Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.
Slamet Subekti. (2010). Sumbangan
Kofusianisme dan Taoisme bagi Pembentukan Humanisme dan Envirenmen-talisme
dalam Kebudayaan China. Diponegoro. Unversiti Diponegoro. Diambil dari from
http://eprints.undip.ac.id/3262/2/16_artikel_pak_slamet.pdf
Tajul Ariffin, & Nor’aini Dan. (1992).
Pendidikan dan Wawasan 2020. Kuala Lumpur: Arena Ilmu Sdn Bhd.
Talbani, Aziz. (1996). Pedagogy, Power,
and Discourse: Transformation of Islamic Education. The University of
Chicago Journal, 40(1), 66–82.
Visi & Misi Kementerian Pendidikan
Malaysia. (2013). Dilayari pada 18 Ogos 2017, dari http://www.moe.gov.my/index.php/my/korporat/visi-misi
Visi dan Misi Baharu KPM 2013. (2013). Dilayari
pada 18 Ogos 2017, dari https://www.cikguayu.my/visi-dan-misi-baharu-kpm-2013/
0 comments:
Post a Comment