Pages

Thursday, June 25, 2009

Siapakah yang Layak???

Fasal soifi atau 'summer sem' atau lebih dikenali dengan nama semester pendek telah menjelmakan dirinya lagi, maka musim cuti pun sudah menutupkan tirainya. Pening kepala aku untuk memilih madah untuk semester ini. Aku sudah mendaftar madah sejak awal lagi apabila pendaftaran semester dibuka. Malang bagiku, satu madah telah aku daftar digugurkan kerana tidak cukup kolum, satu madah lagi telah bertukar pensyarah. Atas nasihat senior, aku menggugurkan juga madah tersebut. Tidak semua pelajar Malaysia yang mengambil pada semseter ini kerana pulang bercuti di tanah air. Aku pula berkeputusan untuk mengambil semester ini kerana aku baru sahaja empat bulan menjejakkan kaki ke bumi Syuhada’ ini. Terasa masih awal rasanya untuk aku pulang ke tanah air. Bagaimanalah keadaanku nanti waktu bertemu dengan bahang musim panas nanti.
Sebelum aku pergi menziarahi sahabat-sahabat di Syria, aku dipertanggungjawabkan oleh Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu'tah (PERMATA) untuk menjadi Pengarah Program Mesyuarat Agung PERMATA kali ke 10. Dengan hati terbuka aku menerimanya, walaupun aku masih baru di sini, atas dasar tanggungjawab aku menerimanya kerana segalanya bukanlah aku melakukan seorang diri, tetapi aku melakukannya dalam keadaan berkumpulan bersama sahabat-sahabat yang lain. Kerana masih belum berpengalaman menjadi ajk dalam program di sini. Aku memilih ajk atas nasihat Setiausaha Agung PERMATA, Akh Fudhail. Aku amat berharap Ajk Pelakasana Mesyuarat Agung PERMATA kali ke 10 dapat menyumbangkan bukan sahaja seratus peratus komitmen dalam mesyuarat agung ini tetapi dua ratus peratus kotmitmen.

Bila ada mesyuarat agung maka pastilah adanya proses pilihanraya bagi sesi seterusnya. Aku kurang arif bagaimanakah keadaan pilihanraya yang dilakukan disini. Jika di universiti tempatan budaya berkempen sudah menjadi adat untuk memegang jawatan MPP atau Persatuan, disini pula mungkin cara berkempen agak berbeza. Terkenang pula semasa pilihanraya di Darul Quran, sesiapa yang berkempen akan digelar sebagai poyo dan akan menyebabkan kekalahan berpihak kepadanya. Mungkin kerana bahang pilihanraya PERMATA belum terasa aku tidak dapat membaca sejauh mana kehangatannya, Mungkinkah keadaan pilihanraya PERMATA nanti akan menyaksikan pertandingan yang hangat samada di kerusi Presiden ataupun Ahli Lembaga Tadbir (ALT). Adakah kempennya juga akan hangat juga??? Kita tunggu dan lihat bagaimanakah keadaannya.
Aku secara jujurnya tidak berpihak kepada sesiapa pun, mahupun berkempen kepada sesiapa. bagiku seseorang pemimpin yang hendaklah dipilih mestilah seorang yang mempunyai sifat 'Qawiyyun Amin'. Siapapun dia tidak penting asalkan dia kuat dan beramanah dengan tanggungjawab yang dipikulnya. Jawatan itu bukanlah suatu bentuk kemuliaan, ianya adalah suatu tanggungjawab. Sesiapa yang memegang tampuk kepimpinan PERMATA haruslah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk berkhidmat dan berbakti kepada ahli PERMATA. Jika seseorang bertanding hanya kerana gila jawatan, kemuliaan dan populariti maka bersedialah dengan jawapan di akhirat kelak.
Selain daripada dua perkara tersebut, seorang pemimpin hendaklah baik hubungannya dengan Allah dan sesama manusia. Jika hanya salah satu sahaja ada pada diri pemimpin maka kepimpinannya akan menemui jalan yang sukar. Jika hubungan dengan Allah baik tetapi tidak pada sesama manusia, maka ia akan menyukarkannya untuk memimpin kerana yang dipimpin susah untuk memberi wala' kepadanya dan jika hanya hubungan sesama manusia sahaja baik tidak pada hubungan dengan Allah, maka kalian boleh menyimpulkan bahawa kepimpinannya bagaimana keadaannya.
Jika hendak disenaraikan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin yterlalu banyak. Cukuplah aku mengutarakan tiga sifat sahaja iaitu, Qawiy, Amanah dan hubungannya dengan Allah dan sesama manusia baik. Maka aku berpesan kepada kalian yamg bakal mengundi dalam pilihanraya kecil Manek Urai atau pilihanraya PERMATA supaya menjauhi sikap sambil-lewa dalam memilih pemimpin kerana tangan yang mengundi tersebut akan dipertanggungjawabkan di akhirat. kelak Maka aku menyeru pada diriku dan kalian para pembaca, pilihlah pemimpin atas dasar berkelayakan dan jelas fikrahnya bukan atas dasar asobiyyah atau kronisme.
WaLlahu a’lam…

0 comments: