Pages

Thursday, March 31, 2011

Umat Islam masih dibuai mimpi

Salam perantauan.

Dilaporkan bahawa seorang remaja Indonesia Jasmine Slalu Hepi dengan beraninya telah menghina Nabi Muhammad dan agama Islam secara terbuka. Apakah yang tindakan kita? adakah berdiam diri atau kembali mencercanya atau kita mengajaknya kepada mengenali Islam dan Nabi Muhammad kekasih Allah. Jika kita memilih untuk diam, harap-harap di dalam hati kita masih terdepat secebis yang membenci tindakannya kerana itulah tanda lemahnya Iman di dada kita, Jika kita memilih untuk menyerangnya semula, maka bodohlah kita kerana Allah telah mengajar kita dalam Quran yang mulia supaya janganlah mencerca dan menghina sembahan manusia lain kelak mereka akan mencerca dan menghina kembali sembahan umat Islam yakni Allah yang Maha Esa, Kaedahnya sama, jika kita kembali menyerangnya, maka bertambah bencilah ia kepada Islam dan akan mencerca Islam dengan lebih teruk. Maka lebih canti kita memilih jalan ketiga iaitu mengajaknya dan mengenalkan Islam kepadanya supaya terbuka pintu hatinya kepada Islam, berdebatlah dengan dia akan keindahan Islam dan kesesatan agama lain agar dia nampak kebenaran Nabi Muhammad. Jadilah seperti pokok yang berbuah, walaupun manusia melemparkan batu kepadanya tetapi ia melemparkan buahnya kepada manusia.


Perkara sebegini akan lebih kerap terjadi sekiranya umat Islam sendiri masih dibuai mimpi dengan masih tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup, panduan, pedoman, perundangan dan sebgainya. Lihat sahaja kelakuan umat Islam yang mengamalkan budaya jahiliah seperti rasuah, pergaulan bebas dan segala jenis sikap dan perkara negatif yang seolah-olah sudah sebati dalam diri umat Islam itu sendiri. Cuba kita perhatikan jika berlakunya bencana alam di negara umat Islam, maka mangsa bencana dikalangan umat Islam berebut-rebut untuk mendapatkan bantuan. Berlainan dengan negara Jepun dimana budaya Islam dipraktikkan disana, mereka boleh beratur untuk mendapatkan bantuan makanan, ini adalah budaya umat Islam tetapi ianya tidak dipraktikkan umat Islam sendiri. Bangun dan sedarlah wahai diriku dan umat Islam sekalian. Kita sudah lama dibuai mimpi.

Agama Islam itu adalah agama yang sesuai dengan fitrah hidup manusia, itulah yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Jibril A.S. kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Menjadi kewajipan kita sebai umat Islam untuk sama-sama mempertahankan kesucian agama Islam daripada dinodai. Usaha yang telah dibuat oleh Almarhum Syeikh Ahmad Deedat berdebat dengan bukan Islam adalah merupakan suatu usaha yang murni, lihatlah sahaja video-video siri debat beliau dengan bukan Islam, segala hujjah dan dalil yang digunakan olehnya tidak dapat dipatahkan oleh lawannya, hasilnya, akan ada dari para pendengar bukan Islam akan menganut atau bahasa yang lebih sedap kembali kepada Islam di setiap siri debat beliau.

Sayangilah Islam kita lebih dari jiwa raga kita sendiri

WaLlahu a'lam

Alahai tersangkut pula dia dalam kesesakan lalu lintas...

0 comments: