Salam perantauan,
Akhirnya Dataran Syam ini bergelora juga, Palestin memang sejak bermulanya penjajahan dari Rejim Yahudi telah lama bergelor. beralih pula ke Syria dan Jordan. Di Syria sekurang-kurangnya tiga puluh orang maut pada Jumaat lepas. Di Jordan pula seorang maut dan seratus yang lain cedera. Walaupun Jumaat lalu aku ke Amman, alhamduliLlah aku tidak melibatkan diri dalam demonstrasi yang berlaku di Bulatan Dakhili. Seperti juga di Mesir, terdapat dua kumpulan yang berdemontrasi, satu anti kerajaan dan satu lagi pro Raja(kerajaan).
Ketika aku dan rakanku singgah di Restoran Turki, Restoran itu dipenuhi dengan arab kampung dari ceruk mana pun aku tidak tahu, mungkin juga dari Ma'an dan Tofileih. Dari perbualan mereka, demontrasi yang mereka sertai itu rupanya ditanggung oleh sebuah pihak. Siapakah pihak itu? aku pun tidak tahu. AlhamduliLlah tiada sebarang kekacauan yang berlaku di Restoran itu. Lain pula cerita sahabatku Nik Zaim, yang pulang dari Amman pada hari Sabtu, katanya, berlakunya kekacauan di Restoran Turki tersebut. Mereka mengambil makanan dan minuman tanpa di bayar, memecahkan kerusi dan lain-lain lagi kekacauan yang mereka lakukan. Tambahnya lagi, dia mengambil masa satu jam untuk membayar makanan dan minuman yang dimintanya, AlhamduliLlah tiada perkara yang tidak diingini berlaku ke atasnya.
Begitulah serba sedikit demontrasi yang berlaku di Jordan. Adakah ianya suatu kebangkitan atau satu propaganda Amerika dan sekutunya, sama-sama kita mengkajinya. Ssatu persoalan timbul di benak fikiranku, mungkinkah kami di Jordan ini dapat balik percuma seperti sahabat-sahabat di Mesir, Libya da Yemen, sama-sama kita nantikan.
Lain pula dengan cerita politik Malaysia, dulu liwat, sekarang video lucah. Kecewa dengan kenyataan Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani yang berkata JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran dalam Utusan Meloya. Hukumlah secara adil, si pembuat zina telah melakukan dosa besar, yang menyebarkannya pun berdosa, mengapakah yang berkenaan tidak membawanya ke pihak berkuasa sepertimana yang berlaku ke atas pramugara terlampau. Sungguh busuk politik Malaysia, jika benar sekalipun perkara itu, adililah dengan adil, bukan begini caranya. Apa komen kerajaan? aku pun malas nak komen apa komen kerajaan samada kerajaan terlibat atau tidak itu sama-sama kita cari kebenarannnya, namun mengapa pihak Carcosa Sri Perdana boleh bersetuju untuk membenarkan tayangan video tersebut?
Fitnah sana dan fitnah sini. begitulah ragam politik Malaysia.
WaLlahu a'lam
Dia sudah datang tapi perjalanannya terlalu jauh...
p/s: Mood kecewa kerana sahabat maya aku yang kini belajar di Universiti Islam Madinah yang menghukum para demonstrator sebagai khawarij dan mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin sebagai Ikhwan Mufsidin. Mengaku mengikut manhaj Salafussoleh tetapi dengan sewenangnya menyesatkan orang yang berselisih pendapat dengannya seperti mengatakan bahawa Asya'irah dan Maturudiah sesat. Di mana adab ikhtilaf yang diajar kepada mereka?
0 comments:
Post a Comment