Pages

Thursday, March 31, 2011

Malaysia oh Tanah Airku.

Salam perantauan,

Tarian poco-poco telah difatwakan haram oleh Mufti Perak SS Dato' Seri Dr Harunsani Zakaria, selepas ini kitak tidak lagi berkesempatan hendak melihat Dato Sri Najib dan isterinya 'Big Mama' menari poco-poco. Namun begitu kemanakah perginya suara para Mufti bagi perkara-perkara yang lebih besar daripada itu. Mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah bersuara mengenainya sambil menyeru rakyat Malaysia mengadakan demontrasi anti politik lucah (sila klik). Kemanakah perginya Ilmuan Muda Umno dalam hal ini, ops terlupa mereka menegur pemimpin dengan cara berhadapan. Janganlah kita yang memahami hukum-hakam tetapi menjadi syaitan bisu seperti yang disabdakan oleh yang mulia RasuluLlah.

Malaysia boleh dinobatkan sebagai Darul Lucah dan Seksi, kerana suasana yang terdapat di Malaysia sendiri seolah-olah mengajar kita bahawa lucah dan seksi itu bukanlah menjadi satu kesalahan. Harian Metro contohnya telah mengadakan satu kajian mengenai lima artis paling seksi, di manakah moral rakyat Malaysia tentang perkara ini. Kita sudah tidak segan silu mendedahkan aurat dan sanggup menayangkannya untuk tatapan umum dan ianya juga bakal dijilat api Neraka Allah. Maka terikut-ikutlah rakyat Malaysia akan budaya jahiliah ini bahkan mereka berbangga boleh mendedahkan aurat mereka. Kemanakah perginya sikap malu seorang wanita yang bergama Islam berbangsa Melayu. Adakah ini yang dinamakan dengan kemajuan?.

Berkata tentang video lucah, sejak bermulanya era dunia dihujung jari ini khususnya sejak telefon bimbit berkamera diperkenalkan, kita mula dihidangkan dengan pelbagai video lucah pelbagai aksi bermula dari yang bertudung sehingga yang berpakaian tetapi bertelanjang, bermula dari pelajar sekolah rendah sehingga warga emas, semuanya tidak terkecuali untuk merakam aksi seks mereka pelbagai aksi kemudiannya di'bluetooth'kan kepada rakan-rakan mereka dan hasilnya makin hampirlah bala Allah. Itu belum kira rakyat Malaysia yang terlibat dengan budaya Kaum Nabi Luth iaitu hubungan sejenis atau nama yang lebih sedap didengar gay dan lesbian. Perkara ini telah didedahkan oleh wartawan TV3 Mazidul Akmal Sidek mengenai budaya songsang yang semakin menular di Malaysia dan aku sendiri pernah menulis sedikit tentang kajianku mengenai zina yang akan mengakibatkan gejala buang bayi dan mengenai hubungan sejenis pada post-post aku yang terdahulu.

Segala budaya ini bukanlah datang dari Islam, bukan juga budaya masyarakat timur, tetapi apabila nafsu sudah mula menunggangi manusia, budaya zaman jahiliah ini dianggap perkara biasa. Apabila ia sudah sebati dalam hidup masyarakat maka ianya bukan suatu perkara asing. Maka ketika itulah fenomena maksiat ini akan berleluasa menjajah pemikiran, percakapan, pergaulan dan perebuatan masyarakat Malaysia. Siapakah yang perlu dipertanggungjawabkan dalam menangani masalah ini. Jangan pelik suatu hari nanti anak-anak kita akan bersikap di luar kawalan disebabkan fenomena ini. Cubalah kita kira, berapa ramai anak Melayu Islam yang tidak mendirikan solat? berapa ramai yang masih tidak tahu apakah itu mandi wajib? berapa ramai yang masih buta al-Quran? berapa ramai dan berapa ramai...

Oleh yang demikian, aku berpesan kepada diriku dan para agamawan sekalian, janganlah mengimpikan jalan dakwah ini berada di zon selesa, janganlah hanya berceramah atau mengajar di surau-surau atau masjid-masjid sahaja, kerana selalunya sesiapa yang datang ke rumah Allah adalah siapa yang ingin membersihkan hatinya dari najis dosa dan noda. Turunlah juga ke kedai-kedai kopi atau tempat-tempat lepak anak muda untuk menyampaikan dakwah Islam, tiada perkara yang perlu dimalukan jika anda membuat perkara mulia ini. Sama-samalah kita menyedarkan umat Islam serta terus berdakwah kepada bukan Islam akan keindahan agama Islam kita yang Allah redhai.

WaLlahu a'lam

Masih menunggu dia yang kini sudah berada dalam perjalanan...

1 comments:

mizi said...

http://www.youtube.com/watch?v=lljupXYtKr0

i'm a model... i dont give a damn. kata beliau lah...