Pages

Tuesday, March 22, 2011

Politik oh Politik

Salam perantauan,

Terkujat aku dengan dedahan Datuk T mengenai video seks entah siapa pelakonnya pun aku tidak tahu. Hebat betul tanah airku, bermacam-macam skandal, pembunuhan, gosip, fitnah, rasuah, penipuan, dan mermacam-macam jenis lagi yang sedang penimpa kepada sesiapa sahaja yang terjun ke dalam bidang politik, tidak mustahil ramai rakyat Malaysia tidak mahu ambil tahu tentang dunia politik. Penuh dengan keburukan, kebusukan, kekejian dan lain-lain. Dalam Islam sudah menggariskan politik yang sebenar di sisi Islam. Bukalah Fiqh Daulah karangan al-Qaradhawi, Siyasah Syar'iyah karangan Ibn Taimiyyah, Ahkam Sultoniyyah karangan al-Mawardi (cukuplah tiga jenis kitab aku senaraikan) yang memperjelaskan tentang politik Islam. Namun kerana tamak, dengki, iri hati, gila pangkat dan yang sewaktu dengannya, semua yang murni menjadi busuk, lebih busuk daripada anjing dan babi.
Fenomena fitnah-menfitnah di dunia politik ini bukanlah suatu perkara pelik. Seolah-olah sudah menjadi adat kepada politikus untuk menabur fitnah kesana sini agar memastikan kemenangan di pihak mereka walaupun sanggup memakan daging saudara mereka sendiri. Dimana perginya agama dalam diri kalian sehingga sanggup membuat apa sahaja konspirasi demi menjaga 'tong taik' kalian. Sesungguhnya Rasul yang mulia telah berpesan bahawa antara Muslim sesama Muslim adalah haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya. Namun pesanan ini diambil enteng oleh semua pihak yang terlibat dengan dunia fitnah. Al-Quran juga telah mengajar kita apabila sampai suatu berita kepada kalian, maka selidik dan carilah kebenaran berita tersebut. Maka menjadi kewajipan kepada kita sebelum mempercayai sesuatu berita, selidikilah terlebih dahulu kebenaran berita tersebut.

Kalau hendak disenaraikan segala jenis tuduhan yang dilemparkan kepasa ahli politik dari kalangan pemfitnah ini, maka sampai esok pun belum tentu habis aku senaraikan. Ingatlah azab Allah itu amatlah pedih lagi dahsyat. Jangan sampai nyawa sudah sampai dihujung halqum barulah kalian hendak bertaubat, ketika itu tiada guna penyesalan kalian, tunggulah di sana nanti pembalasan apa yang kalian akan perolehi.

WaLlahu a'lam

Bilalah sidia hendak datang menemui aku ini...

0 comments: