Pages

Saturday, April 2, 2011

166 orang berzina di Selangor setiap hari.

Salam perantauan,

Suatu ketika, Mufti Perak, SS Dato' Seri Dr. Harunsani telah mendedahkan bahawa seramai 250,000 orang Islam telah murtad di seluruh Malaysia, dan minggu ini sidang Dewan Undangan Negeri Selangor melalui Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melaporkan bahawa 257,000 anak haram atau anak luar nikah atau bahasa lebih sopan anak tidak sah taraf dilaporkan di seluruh Selangor sehingga 2008 (sila klik).

Secara purata seramai 83 orang bayi seks haram dilahirkan setiap hari di Selangor. Pada pendapat anda berapa ramai pula yang tidak dilaporkan, seperti buang bayi, bagi kepada orang dan lain-lain kes yang tidak dilaporkan. Ini baru di Selangor belum seluruh Malaysia. Katakanlah di seluruh Malaysia terdapatnya 1juta anak luar nikah. Cuba kita belajar mengira kejap, 83 kali 2 sama dengan 166 orang, 257,000 kali 2 jawapan yang kita dapat 514,000 orang. Maka yang telah melakukan zina seramai 514,000 orang berdasarkan jumlah anak luar nikah itu. Baru di Selangor, seluruh negara berapa ramai pula terlibat dengan dosa besar zina ni. Mungkin hampir kepada angka 5juta orang, atau terlalu ramai sangat? Katakanlah 2juta, itu juga bukan satu jumlah yang kecil. Adus, Malaysia oh Tanah Airku.

Bila hendak menjalankan hukum Islam, Kerajaan UBN banyak alasannya, bila PAS hendak menjalankan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu, disekatnya pula rang undang-undang tersebut, maka inilah hasilnya kita dapat lihat. Cubalah kita bayangkan jika hukum Islam dapat dijalankan dengan sempurna, pesalah zina yang belum berkahwin disebat 100 kali, yang sudah berkahwin direjam dengan batu sehingga mati dan hukuman tersebut dijalankan di depan khalayak ramai serta mendapat liputan meluas daripada media elektronik, cetak dan media alternatif, adakah jenayah zina ini akan berlaku dengan begitu ketara di negara kita?

Allah yang Maha Pencipta amat mengetahui apa yang sesuai dengan fitrah ciptaannya, maka Allah Maha Mengetahui tentang undang-undang yang terbaik untuk menjadikan manusia itu bertamadun, jika manusia itu melanggar undang-undang tersebut maka bodohlah kita dan hinalah kita seeolah-olah kita seperti binatang ternak bahkan lebih teruk daripada mereka. Pencipta laptop contohnya telah menyediakan manual untuk menggunakan laptop yang diciptanya, jika kita membuat sesuatu yang menyalahi manual tersebut maka laptop itu akan rosak, dan perlu kepada perawatan untuk merawat kerosakan laptop tersebut. Sama juga sifirnya dengan hukum alam ini, Allah sebagai Pencipta manusia, Allah telah menurunkan al-Quran sebagai panduan hidup manusia ditambah pula dengan Hadith RasuluLlah S.A.W. untuk menerangkan lagi isi kandung al-Quran tersebut, maka al-Quran dan Hadith adalah manual hidup manusia, jika kita melanggar manual tersebut seperti melakukan jenayah zina maka kita akan dirawat, perawatannya adalah hukum Hudud iaitu sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang telah berkahwin. Hukuman ini akan memberi pengajaran kepada si penzina tadi dan juga umat Islam yang lain umumnya. Maka di sinilah kita akan dapat memelihara zuriat keturunan kita, iaitu dengan tiadanya lagi anak luar nikah di Malaysia ini.

Hari ini Harian Metro melaporkan bahawa seorang pelawak otai telah mencabul seorang remaja berumur 13 tahun. Mengapa semua ini boleh berlaku? adakah kerana kurangnya didikan agama atau sudah 'sangap' sangat sehingga melanggar batas-batas agama. Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan 4 orang wanita dalam satu masa. Maka kahwin adalah jalan yang paling selamat untuk mengelakkan perkara zina ini berlaku. Jika sudah berkemampuan maka kahwinlah, tetapi malangnya di Malaysia sendiri perkahwinan ini terlalu diikat dengan adat sehingga menyusahkan mereka yang hendak berkahwin, mahar yang tinggi juga antara sebab perkahwinan terpaksa ditunda, bayangkan jika mereka sudah bertunang selama 2 tahun, tidak mustahil bibit-bibit zina ini akan berlaku. Maka saya menyeru kepada para ibubapa dan keluarga, mudahkanlah perkahwinan anak anda, kerana ianya dapat mencegah berlakunya zina yang tidak diduga.

Jika tidak dapat juga menahan nafsu serakah, maka RasuluLlah S.A.W. telah mengajar bahawa puasa adalah jalan terbaik untuk kita membendung nafsu kita, dan ingatlah puasa bukan sahaja menahan diri dari makan dan minum tetapi menahan nafsu mata dari melihat yang haram, menahan nafsu telinga dari mendengar yang haram, menahan nafsu mulut dari bercakap perkara yang yang haram, menahan nafsu hidung daru menghidu yang haram, menahan nafsu kaki dari melangkah ke tempat yang haram, menahan nafsu tangan dari melakukan perkara yang haram, menahan nafsu otak dari berfikir perkara yang haram dan yang paling penting adalah menahan nafsu hati dari terlintas membuat perkara yang haram serta menahan dan mengawal hati itu kerana hati adalah raja dalam tubuh badan manusia.

WaLlahu a'lam

Perjalanannya kini semakin lancar dan hampir ke destinasi yang di tuju

p/s : Minyak naik lagi, terima kasih kerajaan 1 Malaysia, Rakyat dibebankan, Kroni dikayakan