Salam perantauan,
Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun menutup tirainya, dengan menyaksikan UBN memperoleh 2/3 dari jumlah kerusi yang dipertandingkan namun mereka telah hilang lapan kerusi berbanding pilihanraya lepas. Sejarah Malaysia juga terukir apabila Pehin Seri Abdul Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebaik sahaja diisytiharkan menang. Maka rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak dipermainkan olehnya kerana mengikut perangcangannya bahawa dia tidak lagi akan dinaikkan sebagai KM. Bilalah pula gaknya peralihan kuasa akan berlaku? Bagi pihak aku, mengharapkan tsunami politik Malaysia akan berlaku lagi.
Teringat pertanyaan seorang junior, mengapa MPPMJ tak segah PMRAM? Dengan bersahaja aku menjawab, cuba hitung usia PMRAM dan MPPMJ, berapakah jarak umor mereka. Junior aku mula terfikir akan jawapan aku tadi, tetapi bagi aku tiada yang mustahil, mudanya MPPMJ bukanlah suatu penghalang untuk bersaing dengan persatuan pelajar timur tengah yang lain. Cuma perlu tengok cara yang dibawa oleh kepimpinan tersebut dan mendapat sokongan dari ahli bawahan.
Maka dengan itu, aku meyerulah sesiapa yang layak untuk mengundi pada pilihanraya MPPMJ kali ini agar memilih calon yang berwibawa agar dapat memandu MPPMJ terus maju dan kehadapan sebaris dengan persatuan lain.
WaLlahu a'lam
Boleh pula dia berhenti kat RnR, lama pula tu, camni lambat lagi la dia sampai
0 comments:
Post a Comment