Salam
perantauan,
Terkenang
seketika menjadi tetamu Allah ketika bulan Ramadhan 1430 bersama Ruzaimy, Lutfi
dan Faisal. Suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan berada pada 10 malam
akhir Ramadhan di Haramain Mekah dan Madinah. Ketenangan berada di sana tidak
pernah seumur hidup aku kurasakan. Bukanlah post ni bertujuan untuk
menceritakan tentang pengalaman aku sepanjang berada di sana, tetapi suatu
kisah yang aku ingin kongsikan bersama ketika aku berada di dalam Masjidil
Haram.
Brother
Hilaal dari kiri sekali dan 2 orang dari kanan saudara baru yang aku
maksudkan
Pada
pagi ke 27 Ramadhan 1430, kami telah berjumpa dengan seorang brother dari
Singapura, dia memperkenalkan dirinya sebagai Hilaal yang berasal dari
Singapura. Apa yang menarik tentang dirinya ialah beliau telah mengIslamkan 17
orang. Berapa besar pahalanya yang diperolehi olehnya. Bersamanya juga terdapat
dua orang sahabat baru, tetapi malangnya aku sudah terlupa akan nama mereka,
secara jujurnya aku terasa malu alah dengan mereka berdua yang baru masuk Islam
tetapi dari segi pengamalan mereka, lebih mantap daripadaku yang sudah Islam
sejak lahir lagi.
Jika dikaji
dari segi fakta, saudara baru kita lebih sayang Islam dari kita, sebagai
contoh, sahabat aku pernah pergi ke Hentian Pudu Raya bersama seorang kawannya
yang baru memeluk Islam. Siapa yang pernah pergi ke Hentian Pudu Raya tersebut,
maka mereka lebih maklum akan keadaan Hentian tersebut. Ketika itu, terdapat
sepasang Melayu Islam sedang berasmara dana di salah satu tempat duduk di
hentian tersebut. Maka, berkatalah kawan sahabatku itu kepada sahabatku, “nape
ko tak tegur mamat tu?”, maka berkatalah sahabatku, “seganlah aku”, setelah
mendengar jawapan sahabatku, maka kawan sahabatku tadi terus menegur pasangan
tersebut. Maka malu alah sahabatku kepadanya apatah lagi pasangan tersebut
apabila ditegur oleh seorang China saudara baru.
Berbalik kepada
Brother Hilaal tadi, dia telah cuba memperkenalkan Islam kepada warga United
Kingdom sehingga dapat mengIslamkan seramai 17 orang warga United Kingdom. Apa
yang menarik semua saudara baru yang diIslamkannnya akan dibawa mengerjakan
ibadat Umrah di pengakhiran didikannya. Sebelum dibawa mengerjakan Umrah,
beliau akan mendidik saudara baru tersebut dengan didikan yang berkesan
sehingga ibadat sunat pun tidak ditinggalkan. Sebagai contoh, kami mula
berkenalan pada selepas subuh 27 Ramadhan, kami terus bersembang sehingga sampai
ke waktu Dhuha. Satu soalan yang nmengejutkan aku dan Ruzaimy daripada saudara
baru tersebut ialah, “Selalunya selepas Subuh kamu buat apa?, Kamu tunggu waktu
Dhuha ke, baru pulang ke hotel?”, aku dan Ruzaimy jadi tercengang hendak
menjawab apa, kami hanya mengiyakan, dan kami tidak berbohong, memang kami
menunggu waktu Dhuha tetapi kami tidur di Masjidil Haram sehingga Dhuha, Soalan
tersebut seolah-olah menanyakan kami, adakah kami membaca al-Quran atau membuat
ibadat lain. Bila sudah sepanjang malam berjaga, maka selepas subuh adalah
waktu yang paling best untuk tidur, walaupun ianya tidak digalakkan oleh Nabi
yang mulia kerana mewarisi kepapaan.
Walaupun mereka
berdua baru memasuki Islam, tetapi mereka berpegang dengan Islam secara
menyeluruh dari segi ibadat dan pengamalannya berbanding kita semua termasuk
kalian para pembaca, adakah kita mengamalkan Islam secara menyeluruh?. Malulah
kita kepada saudara kita yang baru memeluk agama Islam tetapi kita hanya duduk
menongkat dagu tanpa melakukan apa-apa untuk memajukan diri kita kepada yang
lebih baik. Justeru itu aku menyeru kepada diriku dan kalian para pembaca agar
kita lebih menyintai Islam dengan mengamalkan segala yang diperintahkan dan
meninggalkan segala yang dilarang agar sama-sama kita dapat membina sebuah
individu Islam yang berkualiti untuk menjamin anak-cucu yang berkualiti
seterusnya dapat melihat Islam kembali bersinar seperti zaman RasuluLlah
s.a.w.
p/s : Ini
adalah salah satu usaha Brother Hilaal dan rakan-rakannya untuk memperkenalkan
Islam, sila
klik
1 comments:
hmm... kalau saya, sebenarnya saya dah memandang / memikirkan tentang ni lama dah... sejak saya kecil dulu.. masa tu, forum perdana hal ehwal Islam... Sejak Ust Ridhuan Tee & U. Farid Ravi masuk program tu..
Sehingga ke hari ini saya masih berfikir & tertanya-tanya, berapa ramai yang berfikir & ambil serius tentang perkara ni... Terutama dlm zmn globalisasi ni (yg sebenarnya zmn di ambang kiamat), yg dah berlaku mcm2 perkara..
Kita sbg umat Islam takde ke rasa malu dgn saudara2 kita.. berbanding dgn kita yg memang lahir dlm Islam..
Bukan nak menuding jari, sekadar nak buka mata hati para pembaca (termasuklah saya)..
Mudah-mudahan lbh ramai lg yg cakna dgn perkembangan semasa..
Apa yg saya nmpk dgn sgt jelas, kiamat semakin menghampiri.. Para ulama' semakin 'hilang'.. Maksiat yg berleluasa..
(Moga2 Allah menetapkan hati & iman kita semua..)
"Ya Allah, akhirkan kehidupan kami dgn kalimah LAA ILAHA ILLALLAH... & dgn pengakhiran yg baik..."
(ameenn)
Post a Comment