Safar merupakan salah satu
daripada 12 bulan Hijriah. Pada bulan ini telah umat Islam telah menyaksikan
beberapa peristiwa besar telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam. Antara
peristiwa yang berlaku pada bulan Safar ialah Tragedi al-Raji’ dan peristiwa
Bi’r (telaga) Ma‘unah. Kedua-dua peristiwa ini telah berlaku pada bulan Safar
tahun 4 Hijrah.
Dalam kedua-dua peristiwa ini
merakamkan para sahabat yang terdiri daripada golongan Qurra’ (yang mahir
al-Quran) telah menemui syahid. Tragedi al-Raji’ berlaku apabila para utusan
Rasulullah SAW seramai 10 orang dihantar untuk mengajarkan Islam dan al-Quran,
setelah mendapat jemputan dari kabilah ‘Adhal dan kabilah al-Qarah dibunuh oleh
kabilah Huzail. Lapan orang para sahabat telah gugur syahid manakala baki seramai
dua orang dijual di pasar Mekah sebagai hamba. Mereka berdua telah dibeli oleh
golongan musyrikin Quraisy dan kemudiannya dibunuh.
Peristiwa Bi’r Ma‘unah pula
menyaksikan seramai 70 orang para sahabat yang menjadi utusan Rasulullah SAW
juga terkorban kecuali Ka‘ab bin Zaid, setelah bertempur dengan ‘Amir bin
Tufail dan kabilah Bani Sulaim. Para sahabat tersebut merupakan utusan
Rasulullah SAW kepada penduduk Najd setelah mendapat jemputan dari Abu Bara’.
Pada mulanya Rasullah SAW tidak bersetuju untuk menghantar para sahabat
baginda, namun setelah mendapat jaminan Abu Bara’ barulah baginda SAW
menghantar utusan seramai 70 orang sahabat yang merpuakan dari golongan Qurra’.
Menurut Dr. Sa‘id Ramadhan
al-Buti dalam kitabnya Fiqh al-Sirah, dua peristiwa ini telah menunjukkan
bahawa beban dakwah bukan hanya terletak di atas bahu para Nabi dan Rasul,
namun ianya harus dipertanggungjawabkan kepada semua umat Islam tidak kira
siapa sahaja. Beliau juga menyatakan bahawa haram bagi seseorang Muslim untuk
terus tinggal di negara bukan Islam sekiranya dia tidak dapat menzahirkan (mengamalkan)
agamanya.
Dr. Sa‘id Ramadhan al-Buti
turut menjelaskan supaya berhati-hati dengan golongan musyrikin kerana ditakuti
mereka mengkhianati perjanjian. Dalam Tragedi al-Raji’ juga menunjukkan bahawa
sikap para sahabat yang mencintai Rasulullah SAW. Buktinya apabila Zaid bin al-Dathinah RA, salah
seorang sahabat yang dibeli oleh Safwan bin Umayyah, apabila Zaid RA hendak
dibunuh, Abu Sufyan telah bertanya kepadanya, “Adakah kau suka Muhammad
menggantikan tempatmu sekarang ini? Kami pancung lehernya dan kau balik dengan
selamat menemui keluargamu”. Jawab Zaid RA: “Demi Allah, aku tidak rela
Muhammad SAW itu yang sekarang berada di tempatnya ditikam walau sebatang duri
pun yang boleh menyakitinya sedangkan aku duduk bersama keluargaku”. Kata Abu
Suffian: “Aku tidak pernah melihat seorangpun dari manusia yang mencintai
seorang lain sebagaimana sahabat-sahabat Muhammad mencintai Muhammad”. Kemudian
Zaid telah dibunuh.
Peristiwa ini, menunjukkan dalamnya
cinta para sahabat kepada Rasulullah SAW walaupun mereka terpaksa korbankan
nyawa mereka. Sbda Rasulullah SAW “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga
kamu mencintai aku melebihi cintanya kepada ibu bapanya, anak-anaknya dan
manusia seluruhnya” (al-Bukhari dan Muslim)
0 comments:
Post a Comment