Pages

Sunday, July 5, 2009

Bahangnya semakin terasa...

Minggu ini aku dan ahli rumah aku selamat berpindah ke rumah baru, rumah yang lebih selesa dan insya Allah menjanjikan tiada penipuan akan berlaku. Seingat aku kami bertekak dengan tuan rumah lama sehingga pukul satu pagi juga kerana keengganannya menanggung bil elektrik rumah kami yang mencecah RM1500.00 dalam masa dua bulan dek kerana anaknya yang sungguh licik mencuri elektrik rumah kami. Akhirnya kami beralah juga kerana memikirkan banyak perkara yang akan terjadi jika kami terus bertekak dengannya. Arab ni bukan boleh dibuat main, dua bulan lepas, pasukan swat polis Jordan terpaksa masuk ke kampong berdekatan Mu’tah kerana terdapat kes pembunuhan membabitkan dua kabilah yang berlainan, itulah arab dari dulu hingga sekarang sifat ‘assabiyyah mereka tidak pernah luntur.
Bahang pilihanraya kecil Manek Urai sudah semakin hangat, begitu juga dengan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Siapakah akan mengepalai pelajar Malaysia di bumi Jordan ni akan diketahui kelak. Masing-masing sedang berkempen untuk memastikan calon yang mewakili mantiqah masing-masing menang seterusnya memimpin MPPMJ bagi sesi akan datang. Jika Manek Urai, ceramah demi ceramah bersilih ganti untuk memastikan calon yang mewakili parti masing-masing menang, di sini pula perang blog sedang berlaku antara mantiqah di bumi Jordan ini, tidak terkecuali juga aku yang juga turut berkempen untuk memastikan calon pilihan aku menang seterusnya memegang tampuk pemerintahan MPPMJ bagi sesi 09/10.

Pilihanraya MPPMJ kali ini menyaksikan dua belas calon akan berentap untuk kerusi Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) MPPMJ, daripada 12 calon ini, hanya tujuh calon sahaja akan berada di kerusi tersebut. Pilihan yang bakal dibuat oleh para perwakilan hendaklah berdasarkan akal yang matang bukan berdasarkan nafsu, jika seseorang itu layak tetapi bukan dari mantiqah kita, kita hendaklah memberikan undi kita kepadanya, budaya kronisme hendaklah kita jauhkan kerana ia akan membawa padah kepada persatuan. Lihat sahaja budaya yang berlaku di negara kita, budaya kronisme, nepotisme, nasionalisme dan bermacam isme-isme lagi yang membuatkan kita lupa kepada Maha Pencipta.
Jika post yang lepas aku ada menyatakan, sesorang pemimpin itu hendaklah seorang yang qawwiy, amin dan hubungannya degan Allah dan sesame manusia berjalan dengan baik. Suka aku hendak menyatakan satu lagi ciri pemimpin yang patut kita pilih ialah seorang yang menghafaz al-Quran. Ianya telah member kredit kepada para penghafaz al-Quran kerana seorang yang menghafaz al-Quran ialah seorang yang telah melazimi hidupnya dengan al-Quran. Jika kita perhatikan dalam perang Yamamah, kita menyaksikan para penghafaz al-Quran adalah tentera yang berada di barisan hadapan dan mereka juga merupakan tentera Islam yang paling ramai menemui syahid dalam perang tersebut.
Namun dengan hanya menghafaz al-Quran sahaja tidak cukup kerana berapa ramai para penghafaz al-quran namun masih tidak menghiraukan masalah umat Islam di seluruh dunia. Berjaya dalam akademik sekalipun belum menjajikan bahawa dia adalah seorang pemimpin yang terbaik. Kata Bapal Natsir : “Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didokong oleh umat”. Maka tidak mesti tidak yang akan mengisi kekosongan kerusi Presiden dan AMT ialah seorang yang sudah biasa turun ke padang dan telah biasa dengan masalah demi masalah yang sudah dan bakal dialaminya disamping itu jika dia seorang yang menghafaz al-Quran maka dahulukanlah mereka yang menghafaz al-Quran.
Menjadi memimpin bukanlah suatu perkara yang senang, namun begitu seorang pemimpin yang hebat adalah seorang yang dapat melahirkan anak buah yang lebih hebat daripadanya. Contonhnya dalam sukan bola sepak, siapakah yang tidak kenal dengan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, seorang pengurus yang telah membawa kejayaan demi kejayaan kepada kelab tersebut. Siapapun anak buahnya, dia masih boleh mendidik mereka secara konsisten untuk menjuarai apa sahaja kemenangan, nama-nama seperti Eric Cantona, Solkjaer, Dwight Yorke sehinggalah David Beckam, Ronaldo dan Rooney semuanya adalah antara anak didik beliau. Jika dikaji dari segi sejarahnya, Sir Alex Ferguson bukanlah seorang bintang bola sepak yang popular di zamannya, dia hanyalah seeorang pemain biasa sahaja, namanya tidaklah seharum nama Sir Bobby Robson, Pele, Maradona dan sebagainya. Namun begitu beliau masih boleh mendidik anak buahnya sehingga berjaya menjuarai pelbagai jenis kejuaraan. (Pesanan penaja : aku bukan penyokong setia MU, aku ialah penyokong The Blues)
Memilih Presiden dan AMT MPPMJ untuk sesi yang akan datang adalah tanggungjawab mereka yang mempunyai jawatan samada di dalam Persatuan Zon (PZ) dan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) kerana mereka sahaja yang boleh mengundi. Oleh itu, aku menyeru kepada kalian buanglah sifat ‘assabiyyah kenegerian ataupun mantiqah, jika calon dari mantiqah lain itu lebih baik dari segi kepimpinan dan akhlaknya berbanding calon dari mantiqah anda, maka undilah calon yang lebih layak. Undilah berdasarkan kelayakan bukan berdasarkan ‘assabiyyah @ kronisme.
WaLlahu a’lam.

0 comments: