Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat
penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan amal seperti di Afrika, Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera
kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ
masih gagal mencari ketenangan hati.
Dia cumalah seorang budak yang
terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi
budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera
semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh
kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ. Sila baca artikel ini
sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun
MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar
di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya
(Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di
satu press conference pada tahun 1989. "Saya telah melihat Islam di dalam
abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya
mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".
Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak
sama seperti dahulu lagi. Dia dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah
dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan
MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ
melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ
berkurangan. Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal
di England selama beberapa tahun.
Di England, MJ berkawan rapat
dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam.
Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu,
Zain Bhika yang telah menciptakan lagu "Give Thanks To Allah" khas
untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia. Semasa kes asmaranya
dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain.
Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula
mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi
selama tiga tahun. Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan
membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya.
Pada
December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan
anaknya. Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia
memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan
yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu "Give
Thanks to Allah" pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab
itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA
kerana takutkan pihak berkuasa USA. Pada 12.30pagi 25 June MJ memeluk
managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata "Selepas berlatih
selama dua bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini..."
Selepas melambaikan tangan dan
mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26pagi,
MJ didapat telah meninggal dunia. Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang
ditanya seolah-olah mereka tidak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada.
Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila
pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas dua
bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih. Oleh kerana itu,
keluarga MJ telah pun mengupah doktor persendirian untuk membuat autopsy kepada
MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas empat hari. Ternyata MJ mati kerana
terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung
berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.
Satu keputusan yang tidak
diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi
darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan
suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam
badan MJ. Dalam CNN semasa ditemuramah, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama
telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik. "Saya suka MJ. Saya
membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada
konspirasi dalam kematiannya". Pelikkan kenapa seorang Presiden
beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi
autopsy MJ dikeluarkan?
Kalau betulah MJ nak bunuh diri,
buat apa dia beria-beria nak berlatih selama dua bulan untuk konsert dia ni?
Tidak begitu? Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah
muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awam
(dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, ibu MJ tidak akan mendapat hak penjagaan
anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat. Akhirnya mereka bersetuju
untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu
pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua
tengok di TV. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibuka. Sebab mayatnya
tidak pernah ada dalam keranda tersebut. Ini semua dilakukan semata-mata hendak
mengaburi dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.
(Sheikh
Ha**d)
The
Brotherhood of Islam
Buletin
of Bahrain.
WaLlahu
a'lam
1 comments:
ada usaha utk menyebarkan kebenaran ttg hal ini. Kita support pertubhan islam tersebut.
_______________________
View Profile: Rantong™
Post a Comment