-->
-->
-->
Natrah, suatu nama yang pernah menggegarkan dunia Islam khususnya di Malaysia dan Singapura. Sebut sahaja Natrah atau Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh, orang-orang lama pasti akan mengenang tragedi yang terjadi pada tahun 1950. Natrah adalah seorang anak daripada sepasang suami isteri berketurunan Belanda, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan Adeline yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa Indonesia. Pada bulan Disember 1942ketika Natrah berumur lima tahun, beliau diserahkan Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kepada Che Aminah Mohammad oleh ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya tanpa pengetahuan bapanyayang telah ditawan tentera Jepun, Penyerahan ini dilihat sebagai sifat kasih sayang seorang ibu yang bimbang akan keselamatan anaknya terancam. Che Aminah adalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman Terengganu. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Pada 15 November 1945 Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah. Sebaik sahaja bapa Natrah Sarjan Hertogh dibebaskan beliau telah ke Bandung, Jawa untuk mencari anaknya Natrah. Namun usaha Sarjan Hertogh menemui jalan buntu. Usaha itu tidak terhenti disitu sahaja, pencarian diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda. Pada bulan September 1949 Natrah ditemui ole Athur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Pada 19 Ogos 1949 Sarjan Hertogh telah diberitahu oleh polis Semarang bahawa Natrah kini berada di Kemaman. Kerana kecekapan Sarjan Hertogh dalam perancangan dan muslihat Natrah telah di bawa ke Singapura oleh ibu angkatnya Che Aminah pada 12 April 1950 ke Singapura
Atas arahan Ketua Hakim Mahkamah Natrah telah diletakkan di bawah jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura pada 22 April 1950. Kemudiannya Natrah telah dihantar ke Girl Homecraft Centre, York Hill, Singapura Atas sifat keibuan yang ada pada diri Che Aminah, beliau telah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim28 April 1950. Hujjah demi hujjah diberikan dan akhirnya Che Aminah telah memenangi kes rayuan tersebut dan Natrah telah kembali ke pangkuannya pada 28 Julai 1950. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim yang menjadi peguambela adalah antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura dan Malaysia sehingga terdapatnya Kuliah Undang-Undang Ahmad Ibrahim di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Kerana takut peristiwa yang sama akan berulang, Natrah telah dikahwinkan dengan Cikgu Mandsor Adabi secara nikah gantung pada 1 Ogos 1950. Ketika itu Natrah berusia 13 tahun tetapi belia mempunyai susuk tubuh yang besar manakala usia Cikgu Mansor Adabi ialah 22 tahun. Pada 2 Disember 1950 Ketua Hakim mengeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah. Disini dilihat akan kesungguhan dan kelicikan bapa Natrah Sarjan Hertogh yang menggunakan undang-undang Belanda untuk mendapatkan anaknya kembali. Undang-undang itu berbunyi seperti berikut, “Seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya”. Pendakwaraya juga berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan. Akhirnya pada 12 Disember 1950 Hakim menjatuhi hukuman, Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda dan bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dijadikan Katholik.
Disebabkan keputusan yang telah dibuat, maka telah telah berlakunya suatu rusuhan kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa, tercabar dan terbakar Natrah akan dimurtadkan. Rusuhan ini telah menyaksikan 18 orang terbunuh atau lebit tepat dikatakan sebagai Mati Syahid dan 173 orang cedera ketika bertempur dengan tentera dan Polis British sehingga seorang pegawai Polis yang benama Inspektor Taha juga sanggup untuk menanggalkan uniform polisnya untuk sama-sama umat Islam yang lain untuk menyatakan rasa amarah terhadap usaha untuk memurtadkan Natrah. Protes juga berlaku di Karachi, Pakistan kerana bersimpati dengan kes murtad Natrah. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu. Dalam hal ini Natrah sedikitpun tidak boleh dipersalahkan kerana dalam usia 13 tahun dia hanya boleh mengikut saja dan tertakluk dibawah kekuasaan siapa yang kuat dan berkuasa.
Dari catatan kehidupan Natrah. Dapat dilihat kehidupan Natrah digambarkan sebagai menyeksakan. Rumah tangganya yang dibina sebanyak dua atau tiga kali runtuh berselerakan. Untuk membiayai kehidupan Natrah juga dikatakan pernah berkerja sebagai pencuci hotel dan tukang masak. Paling menghibakan hati apabila beliau juga dikatakan pernah mengalami gangguan jiwa dan ditangkap polis kerana merancang untuk membunuh suaminya. Sepanjang perkahwinan beliau dikurniakan 10 orang anak. Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 9 Julai 2009 di kediamannya di Huijbergen, Belanda. Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun.
Jika pada tahun 1950 kita melihat terdapatnya kebangkitan umat Islam untuk mempertahankan satu jiwa daripada murtad, adalah sekarang ini perkara yang sama juga akan berlaku? Hartina Haji Qamaruddin, Azlina Johari @ Lina Joy dan beratus ribu lagi umat Islam Malaysia yang telah murtad seperti yang telah dilaporkan oleh Mufti Perak Sahibus Samahah Dato Seri Harunsani Zakaria sehingga mencecah angka 250,000. Jika dahulu rakyat Malaysia dan Singapura yang beragama Islam cukup prihatin dalam isu yang berkaitan dengan agama Islam boleh bersatu mempertahankan aqidah Natrah yang ingin dimurtadkan, mengapakah fenomena seperti itu tidak berlaku lagi di zaman dunia tanpa sempadan ini yang telah menunjukkan ribuan ‘Natrah’ yang telah berjaya dimurtadkan samada dengan paksa ataupun kemahuan sendiri, tanpa ada solusi yang ampuh dari umat Islam di seluruh negara, Sama-samalah kita fikirkan.
WaLlahu a'lam
2 comments:
slm..biasela tu..kan sm je kt pny post kali ni..adik beradik la katakan..huhu..mg tragedi natrah,menjd panduan bt ummat selama-lamanya..
Salam sejahtera dan Salam Ukhuwah
Untuk mengetahui cerita Natrah dengan lebih lanjut lagi,Sila layari blog saya. Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsikan dengan sahabat-sahabat sekelian
Post a Comment