Pages

Wednesday, March 4, 2009

ADA APA DENGAN POKOK???

Ada apa dengan pokok?? Macam-macam ada, Cuma yang menarik hatiku ialah sidang DUN Perak berlaku di bawah pokok di tempat letak kereta dek kerana dihalang dari masuk ke dalam Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat SUK dan DUN. Walaupun hanya berlansung di bawah pokok tiga usul telah diluluskan termasuk mengesahkan keputusan Speaker DUN V. Sivakumar melarang Menteri Besar (tak laku n tak sedar diri), Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam ahli Exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan usul undi percaya kepada Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan usul membubarkan dewan serta-merta.

Menarik sungguhkan sidang DUN berlangsung dibawah pokok. Perkara ini secara tidak langsung akan menjadi sejarah Negara kita. Pendapat aku, inilah menunjukkan keikhlasan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat mempertahankan hak mereka daripada dizalimi oleh golongan Umno dan sekutunya. Apa salah mereka sehingga mereka dinafikan hak untuk membuat sidang tergempar DUN Perak??.Lain pulak ceritanya dalam media Umno ni, Azalina Othman Said berkata tindakan Speaker DUN Perak dan 27 anggota dewan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP menghadiri persidangan dewan di bawah pokok adalah satu tindakan yang tidak bertamadun.


Begitulah senario politik Malaysia, namun aku tetap memuji tindakan ADUN-ADUN PR kerana bijak membuat tindakan. Aku juga nak mengkritik kata-kata Azalina ni, sebabnya kalau kita tengok cerita Laksamana DoReMi arahan P.Ramlee, kita akan tengok satu plot cerita yang mana Raja dan para Pembesar Negara Pasir Dua Butir bersidang di bawah pokok. Sebab apa mereka bersidang bawah pokok? Jawapannya ialah untuk menandakan bahawa negara Pasir Dua Butir masih ada walaupun hampir 100% negaranya hancur kerana pengkhianatan menteri Fasola.

Mungkin orang akan berkata itu cuma sekadar filem P.Ramlee, so aku nak kita sama-sama mengambil pengajaran tentang Sirah RasuluLlah S.A.W. yang mana Baginda S.A.W. dan para sahabat juga pernah bersidang di bawah pokok. Aku sama sekali tidak ada apa niat untuk menyamakan sidang DUN Perak di bawah pokok sama dengan Sirah.. Niatku cuma berhati-hatilah dalam berkata, kerana RasuluLlah juga pernah bersidang seterusnya melakukan perjanjian taat setia bersama para sahabat juga di bawah pokok. Marilah sama-sama kita ikuti Sirah Nabi...

Bai’ah al-Ridhwan merupakan sebuah perjanjian yang dilakukan antara RasuluLlah S.A.W. dan para sahabat sebelum berlakunya Perjanjian Hudaibiyyah. Peristiwa ini berlaku selepas RasuluLlah S.A.W. melantik Saidina Uthman bin ‘Affan sebagai utusan yang akan menemui pemimpin musyrikin Quraisy bagi menjelaskan tujuan sebenar kedatangan rombongan muslimin ke Kota Mekah iaitu untuk mengerjakan ibadat bukannya berperang. Kedatangan Saidina Uthman disambut oleh Abban bin Sa’id bin al-‘As dengan mempersilakan Saidina Uthman untuk menaiki kudanya dan seterusnya mengiringinya sehingga tiba di Mekah. Dia terus menemui pimpinan musyrikin Quraisy dan memberitahu tujuaannya. Pemimpin musyrikin mempersilakan Saidina Uthman untuk mengerjakan tawaf tetapi dengan tegas dia memberitahu : " Aku tidak akan tawaf sehingga Rasulullah s.a.w tawaf terlebih dahulu".

Saidina Uthman berada agak lama di Mekah kerana perbincangan antara kedua pihak belum mendapat apa-apa keputusan yang diharapkan. Lewatnya kepulangan Saidina Uthman begitu merisaukan rombongan muslimin sehingga tersebar berita bahawa Saidina Uthman telah dibunuh. Apabila mendengar berita itu lalu RasuluLlah S.A.W. bersabda :

“Kita tidak akan pulang ke Madinah
sehingga kita menentang mereka”.

Kemudian RasuluLlah S.A.W. memerintahkan para sahabat agar membuat janji taat setia untuk tidak berundur dari medan perang dan ada pula beberapa orang sahabat yang berbai’ah untuk mati. RasuluLlah S.A.W. memegang tangannya sendiri dan bersabda inilah dia tangan Uthman. Setelah selesai berbai’ah tiba-tiba Saidina Uthman pulang dan beliau turut serta untuk bersama-sama berbai’ah sehingga kesemua rombongan Muslimin berbai’ah di bawah sepohon kayu kecuali seorang munafik yang bernama Jad bin Qis. Inilah yang dikenali sebagai Bai’ah al-Ridhwan. RasuluLlah S.A.W. bersabda tentang para sahabat yang ikut dalam peristiwa ini:

لاَ يَدْخُلُ النَّارَ أَحَدٌ مِمَّنْ بَايَعَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ
“Tidak akan masuk neraka satu pun yang berbai’at di bawah pohon ini” (Bai’ah al-Ridhwan).

Allah Ta'ala juga menerangkan bahwa Dia ridha kepada mereka, mengetahui isi hati mereka serta memberikan kemenangan buat mereka. Firman Allah Taala :

لقد رضى الله عن المؤمنين إذ يبايعونك تحت الشجرة فعلم ما فى قلوبهم
فأنزل السكينة عليهم وأثبهم فتحا قريبا
Demi sesungguhnya! Allah redha akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan penjanjiaan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di bawah naungan sebuah pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.
(Surah al-Fath 48 :18)

Amatlah bertuahlah pokok tersebut kerana telah menyaksikan sebuah perjanjian taat setia antara RasuluLlah S.A.W dan para sahabat untuk bersama berjuang dan tidak berundur dari medan perang sehingga disebutkan mengenainya di dalam kitab suci al-Quran al-Karim. Pokok bukan sebarang pokok...

WaLlahu a’lam

0 comments: