Pages

Wednesday, March 11, 2009

BUANG BAYI : DIMANA KEWARASAN KITA???

Pada post keduaku yang lalu, aku telah menghidangkan kepada kalian mengenai kajian kecilku tentang jenayah zina yang makin berleluasa dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi para remaja. Maka pada postku kali ini, aku menghidangkan pula kepada kalian impak daripda perbuatan zina yang sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat kita. So marilah kita sama-sama ambil iktibar dalam post aku kali ini.


Sabda RasuluLlah S.A.W. :

كل مولود يولد على الفطرة فأبواه
يهودانه أو بنصرانه أو يمجسانه

“Setiap anak Adam dilahirkan dalam keaddan bersih, ibubapalah yang menjadikan mereka yahudi atau kristian atau majusi”

Anak-anak merupakan amanah daripada Allah kepada hamba-Nya. Namun tidak semua dapat menanggung amanah yang Allah berikan ini dengan sebaik mungkin. Jika pada zaman pemerintahan Firaun, beliau bertitah supaya dibunuh semua anak lelaki kerana takut akan bangkitnya seorang Rasul yang akan menentang beliau. Sebelum kebangkitan Rasulullah s.a.w. pula, masyarakat arab ketika itu sanggup membunuh anak perempuan pula kerana takut akan menanggung malu di kemudian hari akibat perbuatan anak perempuan. Pada zaman kini, kita dapat menyaksikan kes buang bayi tidak menjadi asing lagi bagi kita kerana saban tahun tidak kurang dari 50 kes buang bayi telah direkodkan di seluruh Negara.


Kes yang berpunca dari persetubuhan haram (zina) yang akhirnya akan menyebabkan lahirnya anak luar nikah. Kerana tiada perasaan tanggungjawab dan perikemanusiaan dalam diri mereka, mereka sanggup membuang bayi yang baru sahaja dilahirkan. Bukan sekadar itu sahaja, malah mereka sanggup membunuh bayi tersebut dengan cara menggugurkan kandungan mereka. Jadi terdapat juga beberepa kes buang bayi melibatkan bayi atau janin yang tidak cukup bulan.

Dalam satu statistik kes buang bayi dari 2000 hingga 2006 yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjumlah 614 kes. Selangor dan Johor merupakan penyumbang terbesar dalam kes ini. Pada tahun 2000 kes yang telah dicatatkan diseluruh Negara ialah sebanyak 65 kes, jumlah tersebut bertambah pada tahun 2001 sebanyak 97 kes. Kes ini kemudiannya meningkat kepada 101 kes pada tahun 2002 berbanding hanya 92 kes pada tahun 2003 dan 78 kes pada tahun 2004. Kes buang bayi tesebut bertambah kembali pada tahun 2005 sebanyak 98 kes dan diikuti 83 pada tahun 2006.

Antara contoh kes ialah kes buang bayi di daerah Tampin pada 14 Julai 2007. Bayi perempuan berketurunan Melayu yang dijumpai oleh seorang pemilik Restoran, Syed Jaafar, 46, berkata pada mulanya beliau menyangka bayi yang dijumpai di restorannya adalah anaknya yang baru dilahirkan beberapa minggu yang lepas. Namun isterinya, Jamilah Manas, 40. Menafikannya bahawa bayi tersebut anak mereka dan menyatakan anak mereka berada dalam sebuah bilik di Restoran tersebut. Bayi tersebut kemudiannya dihantar ke Hospital Tampin sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk pemeriksaan lanjut. Selain itu, satu kes lagi yang aku dengar kawanku yang membaca Metro, satu kes buang bayi yang cukup sifat tetapi malangnya bayi tersebut telah dimakan oleh sekumpulan burung gagak sehingga hilang sifat asli seorang manusia.

Berdasarkan maklumat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kebanyakan kes buang bayi membabitkan wanita muda dan remaja yang trauma akibat ditinggalkan oleh pasangan mereka. Mereka tertekan kerana melahirkan anak luar nikah dan takut berdepan dengan tindakan undang-undang ke atas pasangan yang tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatan terkutuk mereka.

Rujukan

Majalah i, Bil. 54, April 2007
Metro Ahad, 15 Julai 2007,

0 comments: