Menyingkapi peristiwa hijrah Nabi s.a.w. 1437 tahun
yang lalu, kita mendapat pelbagai petunjuk dan pengajaran yang berharga sebagai
pedoman dalam kehidupan. Nabi s.a.w. adalah seorang yang strategis dalam semua
tindakannya. Keyakinan dan tawakkal yang Nabi s.a.w. tunjukkan juga menjadi
asas agama dalam diri kita bahawa semua perkara di dalam genggaman qadha’ dan qadar
Allah, maka kita tidak perlu risau jika kita sudah mengambil usaha dan asbab.
Pada
hari ini manusia masih tetap sahaja dengan maksud berhijrah dari satu tempat ke
satu tempat yang lain. Tujuannya pula berbeza-beza di antara seseorang dengan
seseorang lain. Walau apapun variasi tujuan mereka, hijrah tetap mempunyai
kebaikan yang tersendiri. Firman Allah dalam surah al-Nisaa’ ayat 100 bermaksud: