Pages

Saturday, May 16, 2009

Final Exam pun boleh ditunda?

Hari ini sepatutnya hari pertama aku menduduki imtihan nihaie @ final exam di bumi Mu'tah. Dengan kondisi badan yang tidak berapa selesa kerana demam selsema, aku kuatkan kaki untuk pergi ke Universiti. Walaupun mata pelajaran ini tidak akan masuk dalam mu'addal @ pointer namun aku tetap pergi juga kerana mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran wajib yang di ambil oleh semua mahasiswa Universiti Mu'tah. Apakah mata pelajaran itu? Dinamakan mata pelajaran itu dengan nama 'Ulum 'Askari. Pelajaran yang membincangkan tentang Asas-asas Askar Jordan.

Keadaan di depan bangunan yang bakal aku masuk untuk menduduki peperiksaan agak berserabut kerana di penuhi dengan mahasiswa dari pelbagai negara, kebanyakannya mahasiswa Jordan. Jam menunjukkan sudah pukul 8.45 pagi, sepatutnya peperiksaan sudahpun bermula pada pukul 8.30 pagi. Aku, Kett, Jemi, Awis, Syahid dan Muzammil masih setia menunggu, hampir 45 minit juga aku dan rakan-rakan yang lain menunggu. Akhirnya seorang mahasiswi arab menyapa kami dan menyatakan peperiksaan di tunda. Maka tanpa membuang masa aku dan rakan-rakan ku yang ketika itu duduk di tepi tembok pun segera bergerak pulang. Pertama kali dalam hidupku peperiksaan ditunda ke minggu depan (rasanya di Malaysia perkara sebegini jarang berlaku).



Sampai di rumah, aku 'ym' dengan salah seorang sahabatku yang menuntut di Maahad Qiraat al-Azhar, beliau mtnyatakan kepadaku bahawa di sana 2 mata pelajaran ditunda dalam peperiksaan akhirnya. Adakah orang Arab ni janjinya tidak ditepati juga, kalau di Malaysia terkenal dengan istilah janji Melayu, adakah di arab ni ada istilah janji Arab? Kepelikkan menyelubungiku. Aku cuba buka laman web Universiti Mu'tah, rupa-rupanya memang tarikh sudah bertukar, tetapi mengapa tidak ditampal notis penundaan tersebut. Bukan semua orang sempat untuk membuka internet, tapi dalam hal ini aku menyalahkan diriku kerana tidak mengambil perhatian dengan perubahan tersebut.

Benarlah firman Allah yang berbunyi

ومكروا ومكر الله والله خير المكرين

"Mereka telah merancang dan Allah juga telah merancang,
Allah itu adalah sebaik-baik perangcang"

(Ali Imran 3 :54)

WaLlahu a'lam

2 comments:

نذر الأفندي بن عبد الغني said...

Sabar je la.

Teringat dulu masa SPM, periksa ditunda sebab Sultan Selangor (masa tu jadi Agong) mangkat...

::alifdalmim:: said...

salam..

kt Jordan ni takde bnda yg mustahil..

~atamana laka bittaufiq wan najah!~