Pages

Tuesday, May 26, 2009

Tasyabbuh bukan budaya kita

Budaya tasyabbuh atau songsang yang menjadi ikutan umat Islam khususnya remaja ialah budaya penyerupaan iaitu lelaki menyerupai perempuan, begitu juga sebaliknya. Hal ini terjadi ekoran tersebarnya fahamn uniseks iaitu kefahaman yang tidak menyediakan pemisah antara lelaki dan perempuan. Dalam Bahasa Melayu, anak perempuan yang bersifat kelelakian (suka memakai pakaian lelaki dan sebagainya) dipanggil ‘tomboy’ atau ‘pengkid’ manakala perkataan ‘maknyah’ atau ‘bapuk’ atau ‘pondan’ selalunya dirujuk kepada lelaki yang menyerupai perempuan.


Dari segi fiqh, ia bermaksud seorang perempuan yang menyerupai lelaki atau sebaliknya dalam perkara-perkara berikut, pakaian, perhiasan, percakapan dan suara, gaya berjalan dan gerak badan dan mengubah bentuk fizikal badan.

Daripada Ibnu Abbas, “Rasulullah s.a.w. telah melaknat orang lelaki yang menyerupai kaum perempuan dan orang perempuan yang menyerupai lelaki”.


Budaya ini bukan sahaja menular di Negara barat bahkan ianya sudah lama menjejaki kaki di Malaysia, contohnya di Lorong Haji Taib, Kuala Lumpur yang bukan sahaja merupakan sarang pelacuran tetapi sarang mak nyah-mak nyah ini mencari makan juga denagn jalan pelacuran. Mereka sanggup kehabisan bepuluh-puluh ribu ringgit semata-mata untuk membuat pembedahan plastik untuk mengubah wajah dan seluruh bentuk fizikal badan mereka,dari seorang lelaki tulen kepada perempuan palsu atau mak nyah.


Pertandingan ratu cantik di Thailand pula bukan hanya kepada para wanita tetapi terdapat juga pertandingan Ratu Pondan yang disertai oleh para pondan seluruh Thailand. Jika diamati dengan mata kasar, kita akan menyangka bahawa pertandingan tersebut disertai oleh para wanita kerana hasil pembedahan plastik yang dijalankan ke atas mereka menjadikan wajah mereka seperti wanita asli.


Pada era 90 an, Negara kita pernah digemparkan dengan seorang wanita menyamar menjadi lelaki kemudiannya berkahwin dengan wanita lain. Namun, tembelangnya pecah apabila ‘isterinya’ dapat mengesan keganjilan pada hari pertama pernikahan mereka. Ternyata ‘suaminya’ bukanlah lelaki asli tetapi wanita sepertinya yang tidak melakukan apa-apa pembedahan plastik. Wanita tersebut sebenarnya dibesarkan dengan gaya hidup seorang lelaki sehingga mendorong dirinya ingin menjadi seperti seorang lelaki.


Kepada siapakah yang harus kita persalahkan dalam perkara ini. Ibubapa, guru, rakan-rakan pemimpin, masyarakat atau diri sendiri? Jawapannya ada pada diri kalian. Tepuk dada tanya Iman.


WaLlahu a’lam

0 comments: