Pages

Friday, December 25, 2015

Akhlak Pemimpin Muslim

Setiap orang mempunyai fungsi kepimpinan, jika ia tidak menjadi pemimpin diwilayahnya masing-masing, ia tetap akan menjadi pemimpin kepada tubuh badannya sendiri. Melihat betapa besarnya tanggung jawab menjadi pemimpin, maka syarat-syarat dan sifat-sifat akhlak terpuji untuk menjadi seorang pemimpin haruslah dimiliki dan dikembangkan.

Antara contoh akhlak pemimpin adalah seperti yang diterjemahkan oleh khalifah pertama Abu Bakar al-Siddiq RA. Beliau telah menyampaikan pidato sulungnya selepas dilantik menjadi khalifah. Pidatonya sepertimana yang dinukilkan oleh Ibn Hisham (m. 218H) adalah seperti berikut:

Wednesday, November 25, 2015

Tragedi di Bulan Safar

Safar merupakan salah satu daripada 12 bulan Hijriah. Pada bulan ini telah umat Islam telah menyaksikan beberapa peristiwa besar telah berlaku dalam lipatan sejarah umat Islam. Antara peristiwa yang berlaku pada bulan Safar ialah Tragedi al-Raji’ dan peristiwa Bi’r (telaga) Ma‘unah. Kedua-dua peristiwa ini telah berlaku pada bulan Safar tahun 4 Hijrah.

Dalam kedua-dua peristiwa ini merakamkan para sahabat yang terdiri daripada golongan Qurra’ (yang mahir al-Quran) telah menemui syahid. Tragedi al-Raji’ berlaku apabila para utusan Rasulullah SAW seramai 10 orang dihantar untuk mengajarkan Islam dan al-Quran, setelah mendapat jemputan dari kabilah ‘Adhal dan kabilah al-Qarah dibunuh oleh kabilah Huzail. Lapan orang para sahabat telah gugur syahid manakala baki seramai dua orang dijual di pasar Mekah sebagai hamba. Mereka berdua telah dibeli oleh golongan musyrikin Quraisy dan kemudiannya dibunuh.

Friday, October 23, 2015

Hijrah dan 'Asyura


Menyingkapi peristiwa hijrah Nabi s.a.w. 1437 tahun yang lalu, kita mendapat pelbagai petunjuk dan pengajaran yang berharga sebagai pedoman dalam kehidupan. Nabi s.a.w. adalah seorang yang strategis dalam semua tindakannya. Keyakinan dan tawakkal yang Nabi s.a.w. tunjukkan juga menjadi asas agama dalam diri kita bahawa semua perkara di dalam genggaman qadha’ dan qadar Allah, maka kita tidak perlu risau jika kita sudah mengambil usaha dan asbab.

Pada hari ini manusia masih tetap sahaja dengan maksud berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Tujuannya pula berbeza-beza di antara seseorang dengan seseorang lain. Walau apapun variasi tujuan mereka, hijrah tetap mempunyai kebaikan yang tersendiri. Firman Allah dalam surah al-Nisaa’ ayat 100 bermaksud:

Tuesday, September 15, 2015

Lebihnya Hari Arafah

Padang Arafah akan menjadi saksi sekali lagi kepada perhimpunan raksasa umat sedunia pada 9 Zulhijjah. Tiada agama selain Islam yang mempunyai program tahunan seumpama himpunan ini. Para jemaah haji pula sekarang sedang mempersiapkan diri, mental dan fizikal untuk hari yang sangat penting bagi ibadah haji mereka.

Mengingat peristiwa haji Wada’ Nabi Muhammad s.a.w., kita bakal mengerti bahawa hari Arafah ini merupakan tarikh penting dalam agama Islam. Pada hari inilah telah disempurnakan agama ini dan dicukupkan segala nikmat. Tarikh ini menunjukkan lengkapnya syari’at Islam, tidak ada yang tertinggal dan tidak ada yang tidak cukup. Islam telah lengkap dengan semua elemen yang sepadu dan holistik. Aspek sosial, ekonomi dan politik telah mempunyai dasar dan prinsip yang diatur mengikut kehendak al-Khaliq pencipta manusia dan sekalian alam. Mungkin inilah hari raya yang bakal dirayakan dengan meriah dan gilang gemilang jika berlaku dalam agama lain.

Saturday, January 17, 2015

Semoga Engkau Tenang di Sana Bersama-Nya



Mesej yang datang bertalu-talu di aplikasi WhatsApp ketika aku sedang memandu rupanya membawa khabar yang membuatkan hatiku tersentak. Mata mula bertakung, namun aku menahan airnya dari jatuh. Langkahku agak longlai apabila mendapat khabar itu.

Aku mula mengenalinya ketika dia mula menjejakkan kakinya ke bumi Barakah Darul Quran JAKIM pada tahun 2006. Ketika itu aku tidak begitu rapat dengannya, namun setiap kali aku berselisih dengannya, dia sering tersenyum. Ditakdirkan dia menjadi teman sebilikku. Hari demi hari berlalu, perkenalan kami bertambah akrab sehingga aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi naqib usrah. Di hari konvokesyen aku di Darul Quran, aku sempat bergambar dengannya bersama teman usrahnya yang lain.