Festival Of Islamic Scholars Conference (FISCO)

Sunday, December 20, 2009

Marilah kita beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Festival Of Islamic Scholars Conference (FISCO) anjuran Biro Akademik, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA) yang akan berlasung selama empat hari bermula pada hari ini 20.12 hingga 24.12.2009. Antara pengisian yang menarik adalah

Perasmian Festival Of Islamic Scholars Conference (FISCO) Peringkat PERMATA dan Maarad Kutub

Tarikh : 20.12.2009

Masa : 6.30 malam

Tempat : Pusat Khidmat Mahasiswa (PuskMa)dan Wisma Negeri Sembilan

....................................................................

Ceramah Perdana yang bertajuk "Peranan Ilmuan Dalam Menghadapi Harus Kemodenan" disampaikan oleh Dr. Hammad Azzam, Pensyarah Fakulti Syariah, Universiti Mu'tah

Tarikh : 22.12.2009

Masa : 6.30 malam

Tempat : Wisma Negeri Sembilan

....................................................................

Forum Bicara Mahasiswa bertajuk "Kecelaruan Identiti Mahasiswa Islam Masa Kini" dan Tayangan Filem Pendek

Tarikh : 23.12.2009

Masa : 6.30 malam

Tempat : Wisma Negeri Sembilan

....................................................................

Kemuncak Perasmian Festival Of Islamic Scholars Conference (FISCO) Peringkat University Mu'tah, Pembentangan Kertas Kerja dan Perbahasan Usul

Tarikh : 24.12.2009

Masa : 8.40 pagi - 8.30 malam

Tempat : Dewan Masrah, University Mu'tah

HIJRAH : Pi Mai Pi Mai Tang Tu

Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah. Bila datang tahun baru maka adalah azam baru, tetapi kebiasaanya bila bertanya kepada sesiapapun jua, "Apakah azam engkau tahun ini?", kebanyakannya akan menjawab "Azam aku tahun ini, menyempurnakan azam tahun lepas. Selalu bila tahun baru menjelma, maka ramai yang akan berkata umur aku bertambah lagi setahun tetapi hakikatnya bila tahun baru menjelma sedarkah kita bahwa umur kita makin pendek kerana dekatnya kita pada mati. Sudahkah kita semua bersedia hari kematian kita? Bagaimana kita hendak bersedia, kita tidak mengetahui bilakah kita akan menemuia ajal kita. Terkenang pula kepada al-Syahid Umar Mokhtar yang digelar 'Singa Padang Pasir', dia mengetahui bilakah dia akan dihadapkan ke tali gantung sewaktu berjuang melawan penjajah.

Sabda RasuluLlah s.a.w.

>إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرٍِِئ ما نوى
فمن كان هجرته إلى الله ورسوله فهجرته الى الله و رسوله
ومن كان هجرته لدنيا يصبها أو امراة ينكحها فهجرته إلى ما هجر إليه

"Setiap amalan bermula dengan niat, dan setiap sesorang itu ada niatnya sendiri, barang siapa yang berhijrah kepada Allad dan Rasul-Nya, maka hijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, barang siapa berhijrah ke arah dunia dan wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang dihijrahkan kepadanya".

(Bukhari dan Muslim)


Hadith ini mungkin sudah popular dikalangan setiap Muslim, namun sejauh mana maksud daripada Hadith ini diambil dan dijadikan pedoman. Sesungguhnya Allah tidak akan menubag nasib seseorang melainkan orang itu sendiri yang mengubah nasibnya sendiri. Datangkanlah kepada seorang pemalas motivator yang begitu terkenal lagi hebat untuk memberikan motivasi kepada si pemals tersebut, dan ujilah sejauh mana keberkesanannya. jika pemalas tersebut masih tidak mahu memajukan dirinya maka sampai bila-bila pun dia akan berada di takuk lama. Ingatlah sesungguhnya seorang Muslim tidak akan terjatuh ke dalam lubang yang sama sebanyak dua kali, bila seorang Muslim sudah jatuh lubang itu, maka tiada kali kedua mahupun seterusnya.

Hijrah sudah datang lagi, sudah 1431 taun Nabi berhijrah dari sebuah kampung ke sebuah bandar yang bercahaya, dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Selepas menjalakan dakwah selama 13 tahun dengan penuh ujian dan cobaan, umat Islam ketika itu disiksa dan dibunuh, Bilal bin Rabah dijemur dibawah panasnya mentari sementara badanya pula dihimpap dngan sebiji batu besar, Khabbab bin al-'Arat dipanggang belakang tubuhnya, Keluarga Yasir disiksa, sehingga Yasir dan isterinya yang tercinta menemui syahid, dan itulah peristiwa syahid pertama dalam Islam. Maka turunlah ayat Allah membenarkan Rasul yang mulia beserta sahabatnya berhijrah ke Madinah. Sebelum peristiwa hijrah ke Madinah telah berlakunya hijrah ke Habsyah. Terlalu banyak hikmah di dalam hijrah Nabi ke Madinah, namun adakah kita pernah mengambil satu daripada hikmah-hikmah tersebut untuk memajukan diri kita.

Jika Saidatina Asma binti Abu Bakr yang digelar Zuniqatain yang bermaksud 'yang mempunyai dua tali pinggang' kerana beliau telah mengoyak tali pinggangnya sewaktu untuk menghantar makanan kepada RasuluLlah dan bapanya di Gua Thur sanggup keluar di tengah malam yang kelam untuk Islam. Bayangkanlah seorang wanita berjalan di tengah malam, beliau sanggup berkorban dan berjuang demi Islam, dimanakah kita para pemuda Islam yang hanya menompang dagu, menggoyangkan kaki, melihat sahaja Islam dihina dan dicerca tanpa mempertahankannya. Sedarlah wahai diriku yang alpha juga kalian para pembaca, pertolongan Allah itu tidak akan datang jika kita hanya duduk sahaja tanpa ada satu pun tindakan yang dibuat.Muslim itu adalah cermin bagi Muslim yang lain, maka marilah kita bersama-sama memberi peringatan sesama Muslim kerana ianya amay berguna bagi orang yang beriman.

Sabda RasuluLlah s.a.w.

المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
، والمهاجِر من هجر ما نهى اللّه عنه

"Muslim itu adalah mereka yang memelihara Muslim yang lain dengan lidahnya dan tangannya, dan orang yang berhijrah itu adalah mereka yang meninggalkan apa yang ditegah oleh Allah ke atasnya".

(Bukhari dan Muslim)

Janganlah kita seperti seorang penagih dadah yang acap kali dimasukkan ke pusat serenti dek kerana dirinya sedikit pun tidak mengambil pengajaran sewaktu berada di pusat serenti tersebut. Adakah kita akan seperti itu yang sedikit pun tidak mahu memajukan diri kita. Oleh kerana itu jangalah kita seperti 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu', kemana sahaja dia pergi di tetap di takuk lama. Terkenang pada seorang sahabat yang selalu menggunakan kata-kata seorang sahabat RasuluLlah, AbduLlah bin Mas'ud "Perkara yang paling aku menyesal ialah apabila matahari terbenam, amalanku tidak bertambahpun walau sedikit". Jadi sebagai Muslim, perubahan itu bermula dari kita sendiri bukannya orang lain ingatlah ayat Allah yang berbunyi

إن الله لا يغير ما بقوم حتى يغيروا ما بأنفسهم

"Sesungguhnya Allah yidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
sehinggalah mereka mengubah nasib mereka sendiri"
.

(Al-Ra'd 13:11)

WaLlahu a'lam

Muhasabah Bagi Para Pejuang Agama Allah

Tuesday, December 15, 2009

Ini merupakan syair seorang ulama terkemuka AbduLlah ibn Mubarak kepada Fudhail bin 'Iyad yang juga merupakan seorang yang digelar 'Abid al-Haramain (Ahli ibadah di dua Tanah Haram). Walaupun syair ini sudah begitu masyhur namun biarlah ia menjadi peringatan buat sekian kalinya kepada para pejuang agama Allah. Hayatilah maksud tersirat yang terdapat di dalam bayt-bayt syair ini. Semoga dengan syair ini dapat memberikan semangat baru kepada para pejuang agama Allah demi menegakkan agamaNya...


يا عابـد الحرمين لو أبصـرتنا لعلـمت أنك في العبـادة تلعب

من كان يخضب خده بدمـوعه فنحـــورنا بدمائنا تتخضب

أو كان يتعب خيله في باطــل فخيولنا يوم الصبيحـة تتعب

ريح العبير لكم ونحـن عبيرنا رهج السنابك والغبار الأطيب

ولقــد أتانـا من مقـال نبينا قول صحيح صادق لا يكذب

لا يستوي غبار خيـل الله في أنف امرئ ودخان نـار تلهب

هذا كتاب الله ينطـــق بيننا ليس الشهيد بميت لا يكـذب



“Wahai ahli ibadah di dua Tanah Haram,
Kalaulah kamu telah menyaksikan kami,
Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya,
Seolah-olah kamu telah bermain-main dalam ibadah,
Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras,
Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras,
ataupun jika kuda-kuda ia kepenatan di dalam perkara batil,
Maka kuda-kuda kami penat dalam melakukan penyerbuan dan peperangan,
Bau wangi-wangian menjadi milikmu,
Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu di jalanan,
dan sesungguhnya telah datang kepada kami sabda Nabi s.a.w.,
Sabda yang benar jujur dan tidak ada kebohongan
Tidaklah sama debu kuda-kuda Allah di hidung seseorang
dan asap neraka yang menyala-nyala,
Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami,
Bahawa orang mati syahid tidaklah sama dengan orang yang mati biasa,
Ia tidak akan berbohong”.


Copyright Control

Mari kita gegarkan program PERMATA

Monday, December 14, 2009



Program : Winter Camp

Tempat : PuskMa (Syabab) Bayt Lu'lu(Akhawat)

Tarikh : 17 Disember 2009

Hari : Khamis

Peserta : Semua Mahasiswa Tahun Satu (Diwajibkan)

- Terbuka kepada sahabat / sahabiah yang lain

Jam : 8.00 malam – 3.00 pagi

Anjuran : Biro Bimbingan Dan Rohani, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)

………………………………………………………………………………………………

Program : Akses Pemikiran Islam (API)

Tempat : Mujamma’ Jadid, Universiti Mu’tah

Tarikh : 18 Disember 2009

Hari : Jumaat

Peserta : Semua Mahasiswa Tahun Satu (Diwajibkan)

Jam : 7.30 pagi – 6.30 malam

Anjuran : Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ)
Di Bawah kelolaan : Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)

…………………………………………………………………………………………

Program : Malam Inspirasi Maal Hijrah

Tempat : Mujamma’ Jadid, Universiti Mu’tah

Tarikh : 18 Disember 2009

Hari : Jumaat

Jam : 7.00 malam

Peserta : Mereka yang bergelar Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah di Jemput Hadir

Anjuran : Biro Bimbingan Dan Rohani, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)
………………………………………………………………………………………………

Program : Pelancaran Kelas Intensif Al-Quran

Tempat : Mujamma’ Jadid, Universiti Mu’tah

Tarikh : 18 Disember 2009

Hari : Jumaat

Jam : 7.00 malam

Peserta : Mereka yang bergelar Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah

- Tempat adalah terhad,pendaftaran sudah dibuka, sila hubungi BBR PERMATA

Anjuran : Biro Bimbingan Dan Rohani, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah (PERMATA)

abc in Islam

A is for Allah,
Lord of the Universe, who is One,
He made the earth, stars, and sun,
He made angels to worship and pray,
He made man from a dab of clay.

B is for Bilal,
Bilal is that tall, brave African man,
Islam freed him and gave him iman,
Calling the Muslims to come and pray,
Was his duty each night and day.

C is for Children,
Black, white, red, yellow, and brown,
Better than the jewels in a crown,
Laughing or crying, short or tall,
Allah loves children, one and all.

D is for Du'a,
Remembering Allah all nights and days,
By giving Him our thanks and praise,
Thank Allah with "AlhamduliLlah"
And praise Him with "SubhanaLlah".

E is for Earth,
With its mountains, rivers, and seas,
Animals, birds, fruits, and trees,
They all declare Allah's Might,
Following His laws, wills, and light.

F is for Faith,
That which the Muslims call Iman,
Is in the heart of the believing man,
Will come from his lip and hand,
Love for Allah pouring out like sand.

G is for Gabriel,
An angel(called Jibraeel in Islam) created by Allah from light,
His duty is to serve Allah all day and night,
To Prophet Muhammad (pbuh) he did appear,
To bring mankind the Holy Qur'an so dear.

H is for Heaven,
God's garden of joy, peace, and love,
The home for Muslim's souls above,
The path to this heavenly place,
Is faith in Allah's guidance and grace.

I is for Islam,
A way of life for all of who,
Give to Allah the praise that is due,
We worship and pray five times a day,
Because we know it is the best way.

J is for Jesus
Peace be upon him, 'Isa, the son of Maryam,
To his people Allah's word did he carry
By Allah's help he made the sick well,
So people would believe what he had to tell.

K is for Ka'bah,
First house of Allah in Makkah was made,
By Ibrahim and Isma'il the stones were laid,
Millions of believers from every race,
Come for Hajj tot his extra special place.

L is for Life,
A precious gift from Allah to you,
Don't waste it, he knows what you do,
Don't chase pleasure or forget Allah,
No matter how little, say "AlhamduliLlah.

M is for Muhammad,
Peace be upon him, Abdullah's son,
From Allah's enemies he did not run,
Of all the Prophets he was the last,
Islam his message which we hold fast.

N is for Nuh,
Peace be upon him, a Prophet who was very good,
Allah told him to build an ark, fast as he could,
Take pairs of animals and the believers-all,
The flood was coming and the waves would be tall!

O is for Obedience,
It is the duty of each Muslim to obey,
The Qur'an and the Sunnah all the way
Go for Hajj, give Zakah, fast, and pray,
And to your parents do not say, "Nay!"

P is for Prayer,
It is the cornerstone of Muslim life,
And the devil it cuts like a knife,
Prayer five times a day is a must,
In Allah you should put your trust.

Q is for Quran,
A blessing and guide for all of mankind,
In it Allah's message you will find,
Of all His messages it is the last,
Perfect for present, future, and past.

R is for Ramadhan,
For Muslims this blessed month of fasting,
Is to celebrate Allah's love everlasting,
All day, no food, nor drink, nor evil deeds,
Pray and read Qur'an, to heaven this leads.

S is for Surah,
One hundred and fourteen in the Qur'an,
Read them and trust in Al-Rahman,
Do you know ten of them that you can say?
Knowing them will help you pray.

T is for Tawheed,
La ilaaha illaLlah, Allah is the only one,
There is no partner with Him, nor son,
Allah is the answer to all that we need,
Watch your heart and tongue, He knows every deed.

U is for Ummah,
The Muslim community which Muhammad (pbuh) found,
The brotherhood of Islam made it sound,
Allah's laws in the Qur'an and Sunnah,
Are to help everyone in the Ummah.

V is for Victory,
It is the help from Allah to you,
His guidance in everything you do,
Work and prayer a Muslim does need,
To celebrate Allah's victory, indeed!

W is for Wudhu,
We must keep our minds and bodies clean,
Because by Allah we are always seen,
Whenever you hear the call of athan,
Prepare and come pray as soon as you can.

X is for ......
X is not easy for us to rhyme,
So we'll not waste much of your time,
In higher math X is hard to find,
But Allah's path is clear even to the blind.

Y is for Yunus,
Peace be upon him, a good man in a wicked town,
He ran to the sea and a whale gobbled him down
By the mercy of Allah he was saved to tell,
His people to become good and obey Allah well.

Z is for Zero-sin
It is the way we each begin,
Free from wordly sin
So, don't let yourself forget,
Keep out of the devil's threat!

Andai Ini RAMADHAN Yang Terakhir

Saturday, August 22, 2009

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu, merayu kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi Rabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang... bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih, berqiamullail, bertahajjud,
mengadu, merintih, meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tetapi, aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru, kita cari, suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri, rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan, lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi,
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti, paling berseri
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman,
tidak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha, bersedia, meminta belas-NYA

andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH AKU LAKUKAN

RAMADHAN YANG SAMA, NATIJAH YANG BERBEZA

Tribute Buat Ayahandaku...

Friday, July 31, 2009

Ayahanda di samping Bonda dan Mek ketika menunaikan fardhu Haji

Ayahanda,

Aku tahu akan bebanmu sebagai pemimpin keluarga serta tiang seri dari bangunan keluarga, kau sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarga kita merasa aman, teduh dan terlindung. Aku juga tahu Allah telah menciptakan bahumu yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarga kita dan dari kegagahan itu juga kau cuba untuk melindungi seluruh keluarga kita.


Ayahanda,

Kemahuan pada dirimu terlalu utuh membuatkan kau selalu berusaha mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatmu sendiri yang halal lagi bersih, agar keluarga kita tidak terlantar, walaupun seringkali kau dalam keadaan kelaparan. Keperkasaanmu dan mental baja telah membuat dirimu pantang menyerah, demi keluarga kita, kau merelakan kulitmu tersengat panasnya matahari, demi keluarga kita, kau merelakan badanmu berbasah kuyup kedinginan dan kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, kau relakan tenaga perkasamu dicurahkan demi keluarga kita, dan yang selalu kau ingat, adalah disaat semua ahli keluarga kita menanti kedatanganmu dengan mengharapkan hasil dari jerih-payahmu.


Ayahanda,

Aku tahu bahawa kesabaran, ketekunan serta kesungguhan telah membuatkan dirimu selalu berusaha merawat dan membimbing keluarga kita tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap perjalanan hidupmu keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangmu. Aku juga tahu perasaan cekal dan gigih untuk berusaha dan berjuang demi mencintai dan mengasihi keluarga kita, di dalam suasana dan situasi apapun juga, walaupun aku dan ahli keluarga kita kadangkala melukai perasaanmu, melukai hatimu. Sedangkan perasaanmu itu yang telah memberikan perlindungan rasa aman pada saat dimana aku tertidur lelap. Sentuhan perasaanmu itulah yang memberikan kenyamanan kepadaku diwaktu kau sedang menepuk-nepuk bahuku agar selalu saling menyayangi dan saling mengasihi sesama ahli keluarga.


Ayahanda,

Kebijaksanaan dan kemampuan padamu untuk memberikan pengertian dan kesedaran terhadapku tentang saat kini dan saat mendatang amat berguna buatku. Kebijaksanaan dan kemampuan itu juga telah memberikan pengetahuan dan menyedarkanku, bahawa anak yang baik adalah anak yang tidak jemu mendoakan kedua ibubapanya, anak yang baik adalah anak yang sentiasa mendengar nasihat kedua ibubapanya dan anak yang baik adalah anak yang berbakti kepada kedua ibubapanya.


Ayahanda,

Kerutan diwajahmu menjadi bukti, bahawa kau sentiasa berusaha sekuat daya fikirmu untuk mencari dan menemukan cara agar keluarga kita dapat hidup di dalam keluarga bahagia dan badanmu pula membuktikan, bahawa sebagai pemimpin yang bertanggungjawab terhadap seluruh keluarga kita, kau sentiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta segenap perasaan, kekuatan dan kesungguhanmu demi kelanjutan hidup keluarga kita. Tanggungjawabmu sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang seri telah dapat kau pergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah kelebihan yang dimiliki olehmu ayahanda. Jutaan terima kasih buatmu ayahandaku..


SALAM SANAH HELWAH BUAT AYAHANDA ABD RAHMAN BIN MOHAMED