Pages

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Wanita dan al-Quran

Salam perjuangan,

Sungguh aku teruja dengan seorang Muslimah ini, kalau hendak dibandingkan dengan aku, umpama laptop dengan mesin taip. Sungguh mulia dirinya sehingga menjaga setiap perkataan yang bakal dikeluarkan dari mulutnya, perkataannya semuanya adalah dari al-Quran. Berikut adalah kisah yang terdapat dalam kitab Bagaimana Cara Menghafaz al-Quran ( كيف تحفظ القرآن ) karya Dr. Mustafa Murad. 

Berkata Abdullah Ibnu Mubarak:

Ketika saya berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.


Sunday, April 17, 2011

Mana Satu Idaman Qalbu

Salam perantauan,

Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun menutup tirainya, dengan menyaksikan UBN memperoleh 2/3 dari jumlah kerusi yang dipertandingkan namun mereka telah hilang lapan kerusi berbanding pilihanraya lepas. Sejarah Malaysia juga terukir apabila Pehin Seri Abdul Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebaik sahaja diisytiharkan menang. Maka rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak dipermainkan olehnya kerana mengikut perangcangannya bahawa dia tidak lagi akan dinaikkan sebagai KM. Bilalah pula gaknya peralihan kuasa akan berlaku? Bagi pihak aku, mengharapkan tsunami politik Malaysia akan berlaku lagi.

Saturday, April 2, 2011

166 orang berzina di Selangor setiap hari.

Salam perantauan,

Suatu ketika, Mufti Perak, SS Dato' Seri Dr. Harunsani telah mendedahkan bahawa seramai 250,000 orang Islam telah murtad di seluruh Malaysia, dan minggu ini sidang Dewan Undangan Negeri Selangor melalui Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melaporkan bahawa 257,000 anak haram atau anak luar nikah atau bahasa lebih sopan anak tidak sah taraf dilaporkan di seluruh Selangor sehingga 2008 (sila klik).

Secara purata seramai 83 orang bayi seks haram dilahirkan setiap hari di Selangor. Pada pendapat anda berapa ramai pula yang tidak dilaporkan, seperti buang bayi, bagi kepada orang dan lain-lain kes yang tidak dilaporkan. Ini baru di Selangor belum seluruh Malaysia. Katakanlah di seluruh Malaysia terdapatnya 1juta anak luar nikah. Cuba kita belajar mengira kejap, 83 kali 2 sama dengan 166 orang, 257,000 kali 2 jawapan yang kita dapat 514,000 orang. Maka yang telah melakukan zina seramai 514,000 orang berdasarkan jumlah anak luar nikah itu. Baru di Selangor, seluruh negara berapa ramai pula terlibat dengan dosa besar zina ni. Mungkin hampir kepada angka 5juta orang, atau terlalu ramai sangat? Katakanlah 2juta, itu juga bukan satu jumlah yang kecil. Adus, Malaysia oh Tanah Airku.

Thursday, March 31, 2011

Umat Islam masih dibuai mimpi

Salam perantauan.

Dilaporkan bahawa seorang remaja Indonesia Jasmine Slalu Hepi dengan beraninya telah menghina Nabi Muhammad dan agama Islam secara terbuka. Apakah yang tindakan kita? adakah berdiam diri atau kembali mencercanya atau kita mengajaknya kepada mengenali Islam dan Nabi Muhammad kekasih Allah. Jika kita memilih untuk diam, harap-harap di dalam hati kita masih terdepat secebis yang membenci tindakannya kerana itulah tanda lemahnya Iman di dada kita, Jika kita memilih untuk menyerangnya semula, maka bodohlah kita kerana Allah telah mengajar kita dalam Quran yang mulia supaya janganlah mencerca dan menghina sembahan manusia lain kelak mereka akan mencerca dan menghina kembali sembahan umat Islam yakni Allah yang Maha Esa, Kaedahnya sama, jika kita kembali menyerangnya, maka bertambah bencilah ia kepada Islam dan akan mencerca Islam dengan lebih teruk. Maka lebih canti kita memilih jalan ketiga iaitu mengajaknya dan mengenalkan Islam kepadanya supaya terbuka pintu hatinya kepada Islam, berdebatlah dengan dia akan keindahan Islam dan kesesatan agama lain agar dia nampak kebenaran Nabi Muhammad. Jadilah seperti pokok yang berbuah, walaupun manusia melemparkan batu kepadanya tetapi ia melemparkan buahnya kepada manusia.


Malaysia oh Tanah Airku.

Salam perantauan,

Tarian poco-poco telah difatwakan haram oleh Mufti Perak SS Dato' Seri Dr Harunsani Zakaria, selepas ini kitak tidak lagi berkesempatan hendak melihat Dato Sri Najib dan isterinya 'Big Mama' menari poco-poco. Namun begitu kemanakah perginya suara para Mufti bagi perkara-perkara yang lebih besar daripada itu. Mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah bersuara mengenainya sambil menyeru rakyat Malaysia mengadakan demontrasi anti politik lucah (sila klik). Kemanakah perginya Ilmuan Muda Umno dalam hal ini, ops terlupa mereka menegur pemimpin dengan cara berhadapan. Janganlah kita yang memahami hukum-hakam tetapi menjadi syaitan bisu seperti yang disabdakan oleh yang mulia RasuluLlah.

Malaysia boleh dinobatkan sebagai Darul Lucah dan Seksi, kerana suasana yang terdapat di Malaysia sendiri seolah-olah mengajar kita bahawa lucah dan seksi itu bukanlah menjadi satu kesalahan. Harian Metro contohnya telah mengadakan satu kajian mengenai lima artis paling seksi, di manakah moral rakyat Malaysia tentang perkara ini. Kita sudah tidak segan silu mendedahkan aurat dan sanggup menayangkannya untuk tatapan umum dan ianya juga bakal dijilat api Neraka Allah. Maka terikut-ikutlah rakyat Malaysia akan budaya jahiliah ini bahkan mereka berbangga boleh mendedahkan aurat mereka. Kemanakah perginya sikap malu seorang wanita yang bergama Islam berbangsa Melayu. Adakah ini yang dinamakan dengan kemajuan?.

Tuesday, March 29, 2011

Laman sosial yang menakutkan

Salam perantauan,

Gejala runtuhnya rumah tangga di Malaysia bukanlah satu fenomena aneh yang berlaku. Tetapi sudah menjadi suatu perkara biasa bagi rakyat Malaysia. Boleh dikatakan kes penceraian berlaku disebabkan laman sosial, walaupun tidak patut menyalahkan laman sosial seratus peratus, namun ianya juga antara punca penceraian di tanah air kita. Salah satu punca adalah lama sosial. Mari kita baca dua kisah ini



Bersyukur mendapat suami yang masih boleh memaafkan dirinya, jika tidak selama itulah para bidadari mengutuknya. Tidakkah seorang isteri itu mengetahui bahawa redha Allah itu terletak selepas redha suaminya. Tidak si isteri itu tahu bahawa ketaatan kepada suami itu adalah selepas ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada RasuluLlah.

Monday, March 28, 2011

Dia sudah bermula...

Salam perantauan,

Akhirnya Dataran Syam ini bergelora juga, Palestin memang sejak bermulanya penjajahan dari Rejim Yahudi telah lama bergelor. beralih pula ke Syria dan Jordan. Di Syria sekurang-kurangnya tiga puluh orang maut pada Jumaat lepas. Di Jordan pula seorang maut dan seratus yang lain cedera. Walaupun Jumaat lalu aku ke Amman, alhamduliLlah aku tidak melibatkan diri dalam demonstrasi yang berlaku di Bulatan Dakhili. Seperti juga di Mesir, terdapat dua kumpulan yang berdemontrasi, satu anti kerajaan dan satu lagi pro Raja(kerajaan).

Ketika aku dan rakanku singgah di Restoran Turki, Restoran itu dipenuhi dengan arab kampung dari ceruk mana pun aku tidak tahu, mungkin juga dari Ma'an dan Tofileih. Dari perbualan mereka, demontrasi yang mereka sertai itu rupanya ditanggung oleh sebuah pihak. Siapakah pihak itu? aku pun tidak tahu. AlhamduliLlah tiada sebarang kekacauan yang berlaku di Restoran itu. Lain pula cerita sahabatku Nik Zaim, yang pulang dari Amman pada hari Sabtu, katanya, berlakunya kekacauan di Restoran Turki tersebut. Mereka mengambil makanan dan minuman tanpa di bayar, memecahkan kerusi dan lain-lain lagi kekacauan yang mereka lakukan. Tambahnya lagi, dia mengambil masa satu jam untuk membayar makanan dan minuman yang dimintanya, AlhamduliLlah tiada perkara yang tidak diingini berlaku ke atasnya.

Tuesday, March 22, 2011

Politik oh Politik

Salam perantauan,

Terkujat aku dengan dedahan Datuk T mengenai video seks entah siapa pelakonnya pun aku tidak tahu. Hebat betul tanah airku, bermacam-macam skandal, pembunuhan, gosip, fitnah, rasuah, penipuan, dan mermacam-macam jenis lagi yang sedang penimpa kepada sesiapa sahaja yang terjun ke dalam bidang politik, tidak mustahil ramai rakyat Malaysia tidak mahu ambil tahu tentang dunia politik. Penuh dengan keburukan, kebusukan, kekejian dan lain-lain. Dalam Islam sudah menggariskan politik yang sebenar di sisi Islam. Bukalah Fiqh Daulah karangan al-Qaradhawi, Siyasah Syar'iyah karangan Ibn Taimiyyah, Ahkam Sultoniyyah karangan al-Mawardi (cukuplah tiga jenis kitab aku senaraikan) yang memperjelaskan tentang politik Islam. Namun kerana tamak, dengki, iri hati, gila pangkat dan yang sewaktu dengannya, semua yang murni menjadi busuk, lebih busuk daripada anjing dan babi.

Monday, March 21, 2011

Sedikit coretan

Salam perantauan,

Sebagai dagang di tanah arab, sedikit sebanyak kebangkitan umat Arab di tanah air mereka terasa bahangnya, bermula dengan Mesir dan Tunisia, kini Bahrain dan Yemen sudah bergelora, Libya sudah mula ada campur tangan Amerika dan Britain, Syria pula sudah mula ada bibit permulaannya. Adakah Jordan akan menyusulinya pula? Sama-sama kita tunggu dan lihat samada perkara ini akan berlaku di Jordan.

Masih menunggu sidia yang masih tidak kunjung tiba...

Friday, March 18, 2011

Bila Dia Hendak Menjelma ni?

Salam perantauan,

Bilalah dia hendak menjelmakan diri ni, sudah lama aku menunggu dia datang, namun jangan kata batang hidung dia, bayang-bayang dia pun belum muncul-muncul. Moga-moga Allah membuka jalan kepadanya agar dia menjelma sesegera mungkin...