Pages

Saturday, January 17, 2015

Semoga Engkau Tenang di Sana Bersama-Nya



Mesej yang datang bertalu-talu di aplikasi WhatsApp ketika aku sedang memandu rupanya membawa khabar yang membuatkan hatiku tersentak. Mata mula bertakung, namun aku menahan airnya dari jatuh. Langkahku agak longlai apabila mendapat khabar itu.

Aku mula mengenalinya ketika dia mula menjejakkan kakinya ke bumi Barakah Darul Quran JAKIM pada tahun 2006. Ketika itu aku tidak begitu rapat dengannya, namun setiap kali aku berselisih dengannya, dia sering tersenyum. Ditakdirkan dia menjadi teman sebilikku. Hari demi hari berlalu, perkenalan kami bertambah akrab sehingga aku dipertanggungjawabkan untuk menjadi naqib usrah. Di hari konvokesyen aku di Darul Quran, aku sempat bergambar dengannya bersama teman usrahnya yang lain.

Wednesday, April 20, 2011

Kisah Wanita dan al-Quran

Salam perjuangan,

Sungguh aku teruja dengan seorang Muslimah ini, kalau hendak dibandingkan dengan aku, umpama laptop dengan mesin taip. Sungguh mulia dirinya sehingga menjaga setiap perkataan yang bakal dikeluarkan dari mulutnya, perkataannya semuanya adalah dari al-Quran. Berikut adalah kisah yang terdapat dalam kitab Bagaimana Cara Menghafaz al-Quran ( كيف تحفظ القرآن ) karya Dr. Mustafa Murad. 

Berkata Abdullah Ibnu Mubarak:

Ketika saya berada di suatu sudut jalan, tiba-tiba saya melihat sesosok tubuh berpakaian hitam yang dibuat dari bulu. Ia adalah seorang ibu yang sudah tua. Saya berhenti sejenak seraya mengucapkan salam untuknya. Terjadilah dialog dengannya beberapa minit.Dalam dialog tersebut wanita tua itu, setiap kali menjawab pertanyaan Abdulah bin Mubarak, dijawab dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Walaupun jawapannya tidak tepat sekali, akan tetapi cukup memuaskan, karena tidak terlepas dari konteks pertanyaan yang diajukan kepadanya.


Sunday, April 17, 2011

Mana Satu Idaman Qalbu

Salam perantauan,

Pilihanraya Negeri Sarawak telah pun menutup tirainya, dengan menyaksikan UBN memperoleh 2/3 dari jumlah kerusi yang dipertandingkan namun mereka telah hilang lapan kerusi berbanding pilihanraya lepas. Sejarah Malaysia juga terukir apabila Pehin Seri Abdul Taib Mahmud terus mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri sebaik sahaja diisytiharkan menang. Maka rakyat Malaysia dan rakyat Sarawak dipermainkan olehnya kerana mengikut perangcangannya bahawa dia tidak lagi akan dinaikkan sebagai KM. Bilalah pula gaknya peralihan kuasa akan berlaku? Bagi pihak aku, mengharapkan tsunami politik Malaysia akan berlaku lagi.

Saturday, April 2, 2011

166 orang berzina di Selangor setiap hari.

Salam perantauan,

Suatu ketika, Mufti Perak, SS Dato' Seri Dr. Harunsani telah mendedahkan bahawa seramai 250,000 orang Islam telah murtad di seluruh Malaysia, dan minggu ini sidang Dewan Undangan Negeri Selangor melalui Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali melaporkan bahawa 257,000 anak haram atau anak luar nikah atau bahasa lebih sopan anak tidak sah taraf dilaporkan di seluruh Selangor sehingga 2008 (sila klik).

Secara purata seramai 83 orang bayi seks haram dilahirkan setiap hari di Selangor. Pada pendapat anda berapa ramai pula yang tidak dilaporkan, seperti buang bayi, bagi kepada orang dan lain-lain kes yang tidak dilaporkan. Ini baru di Selangor belum seluruh Malaysia. Katakanlah di seluruh Malaysia terdapatnya 1juta anak luar nikah. Cuba kita belajar mengira kejap, 83 kali 2 sama dengan 166 orang, 257,000 kali 2 jawapan yang kita dapat 514,000 orang. Maka yang telah melakukan zina seramai 514,000 orang berdasarkan jumlah anak luar nikah itu. Baru di Selangor, seluruh negara berapa ramai pula terlibat dengan dosa besar zina ni. Mungkin hampir kepada angka 5juta orang, atau terlalu ramai sangat? Katakanlah 2juta, itu juga bukan satu jumlah yang kecil. Adus, Malaysia oh Tanah Airku.

Thursday, March 31, 2011

Umat Islam masih dibuai mimpi

Salam perantauan.

Dilaporkan bahawa seorang remaja Indonesia Jasmine Slalu Hepi dengan beraninya telah menghina Nabi Muhammad dan agama Islam secara terbuka. Apakah yang tindakan kita? adakah berdiam diri atau kembali mencercanya atau kita mengajaknya kepada mengenali Islam dan Nabi Muhammad kekasih Allah. Jika kita memilih untuk diam, harap-harap di dalam hati kita masih terdepat secebis yang membenci tindakannya kerana itulah tanda lemahnya Iman di dada kita, Jika kita memilih untuk menyerangnya semula, maka bodohlah kita kerana Allah telah mengajar kita dalam Quran yang mulia supaya janganlah mencerca dan menghina sembahan manusia lain kelak mereka akan mencerca dan menghina kembali sembahan umat Islam yakni Allah yang Maha Esa, Kaedahnya sama, jika kita kembali menyerangnya, maka bertambah bencilah ia kepada Islam dan akan mencerca Islam dengan lebih teruk. Maka lebih canti kita memilih jalan ketiga iaitu mengajaknya dan mengenalkan Islam kepadanya supaya terbuka pintu hatinya kepada Islam, berdebatlah dengan dia akan keindahan Islam dan kesesatan agama lain agar dia nampak kebenaran Nabi Muhammad. Jadilah seperti pokok yang berbuah, walaupun manusia melemparkan batu kepadanya tetapi ia melemparkan buahnya kepada manusia.


Malaysia oh Tanah Airku.

Salam perantauan,

Tarian poco-poco telah difatwakan haram oleh Mufti Perak SS Dato' Seri Dr Harunsani Zakaria, selepas ini kitak tidak lagi berkesempatan hendak melihat Dato Sri Najib dan isterinya 'Big Mama' menari poco-poco. Namun begitu kemanakah perginya suara para Mufti bagi perkara-perkara yang lebih besar daripada itu. Mantan Mufti Perlis Prof. Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin sudah bersuara mengenainya sambil menyeru rakyat Malaysia mengadakan demontrasi anti politik lucah (sila klik). Kemanakah perginya Ilmuan Muda Umno dalam hal ini, ops terlupa mereka menegur pemimpin dengan cara berhadapan. Janganlah kita yang memahami hukum-hakam tetapi menjadi syaitan bisu seperti yang disabdakan oleh yang mulia RasuluLlah.

Malaysia boleh dinobatkan sebagai Darul Lucah dan Seksi, kerana suasana yang terdapat di Malaysia sendiri seolah-olah mengajar kita bahawa lucah dan seksi itu bukanlah menjadi satu kesalahan. Harian Metro contohnya telah mengadakan satu kajian mengenai lima artis paling seksi, di manakah moral rakyat Malaysia tentang perkara ini. Kita sudah tidak segan silu mendedahkan aurat dan sanggup menayangkannya untuk tatapan umum dan ianya juga bakal dijilat api Neraka Allah. Maka terikut-ikutlah rakyat Malaysia akan budaya jahiliah ini bahkan mereka berbangga boleh mendedahkan aurat mereka. Kemanakah perginya sikap malu seorang wanita yang bergama Islam berbangsa Melayu. Adakah ini yang dinamakan dengan kemajuan?.