Pages

Saturday, August 22, 2009

Andai Ini RAMADHAN Yang Terakhir

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu, merayu kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"Inna solati wanusuki wamahyaya wamamati liLlahi Rabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan sekalian alam]

Friday, July 31, 2009

Tribute Buat Ayahandaku...


Ayahanda di samping Bonda dan Mek ketika menunaikan fardhu Haji
Ayahanda,
Aku tahu akan bebanmu sebagai pemimpin keluarga serta tiang seri dari bangunan keluarga, kau sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarga kita merasa aman, teduh dan terlindung. Aku juga tahu Allah telah menciptakan bahumu yang kuat dan berotot untuk membanting tulang menghidupi seluruh keluarga kita dan dari kegagahan itu juga kau cuba untuk melindungi seluruh keluarga kita.

Thursday, July 30, 2009

Konspirasi Kematian Michael Jakson

Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti di Afrika, Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati.

Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ. Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989. "Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".

Friday, July 10, 2009

Natrah Oh Natrah!

-->
Natrah, suatu nama yang pernah menggegarkan dunia Islam khususnya di Malaysia dan Singapura. Sebut sahaja Natrah atau Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh, orang-orang lama pasti akan mengenang tragedi yang terjadi pada tahun 1950. Natrah adalah seorang anak daripada sepasang suami isteri berketurunan Belanda, Sarjan Adrianus Petrus Hertogh dan Adeline yang dilahirkan pada 24 Mac 1937 di Tjimahi, Jawa Indonesia. Pada bulan Disember 1942ketika Natrah berumur lima tahun, beliau diserahkan Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kepada Che Aminah Mohammad oleh ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya tanpa pengetahuan bapanyayang telah ditawan tentera Jepun, Penyerahan ini dilihat sebagai sifat kasih sayang seorang ibu yang bimbang akan keselamatan anaknya terancam. Che Aminah adalah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman Terengganu. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sunday, July 5, 2009

Mencari unta yang terlepas dari talinya...


Sabda RasuluLlah s.a.w. :
خيركم من تعلم القرءان و علمه
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarnya”.
(Bukhari, Abu Daud,Tirmidzi dan Ibn Majah)

Bahangnya semakin terasa...

Minggu ini aku dan ahli rumah aku selamat berpindah ke rumah baru, rumah yang lebih selesa dan insya Allah menjanjikan tiada penipuan akan berlaku. Seingat aku kami bertekak dengan tuan rumah lama sehingga pukul satu pagi juga kerana keengganannya menanggung bil elektrik rumah kami yang mencecah RM1500.00 dalam masa dua bulan dek kerana anaknya yang sungguh licik mencuri elektrik rumah kami. Akhirnya kami beralah juga kerana memikirkan banyak perkara yang akan terjadi jika kami terus bertekak dengannya. Arab ni bukan boleh dibuat main, dua bulan lepas, pasukan swat polis Jordan terpaksa masuk ke kampong berdekatan Mu’tah kerana terdapat kes pembunuhan membabitkan dua kabilah yang berlainan, itulah arab dari dulu hingga sekarang sifat ‘assabiyyah mereka tidak pernah luntur.
Bahang pilihanraya kecil Manek Urai sudah semakin hangat, begitu juga dengan pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ). Siapakah akan mengepalai pelajar Malaysia di bumi Jordan ni akan diketahui kelak. Masing-masing sedang berkempen untuk memastikan calon yang mewakili mantiqah masing-masing menang seterusnya memimpin MPPMJ bagi sesi akan datang. Jika Manek Urai, ceramah demi ceramah bersilih ganti untuk memastikan calon yang mewakili parti masing-masing menang, di sini pula perang blog sedang berlaku antara mantiqah di bumi Jordan ini, tidak terkecuali juga aku yang juga turut berkempen untuk memastikan calon pilihan aku menang seterusnya memegang tampuk pemerintahan MPPMJ bagi sesi 09/10.

Monday, June 29, 2009

Merancang dan Berkorban

-->
Hari Keluarga PERMATA baru sahaja berlalu, keletihan mengelilingi Universiti Mu’tah di bawah teriknya mentari di musim panas dalam acara Explore Race membuatkanku berfikir sejenak. Bagaimanakah keadaan Tentera Islam sewaktu berperang dibawah panasnya matahari ini. Perang Badar al-Kubra yang berlaku ketika Bulan Ramadhan merupakan sebuah tarbiyyah secara langsung dari Allah kepada baginda Rasul s.a.w. dan para sahabat r.hum. Perang Khandak yang menyaksikan baginda Rasul s.a.w. dan para sahabat r.hum. menggali parit di bawah teriknya matahari dan ketika itu berlakunya kekurangan makanan telah membuktikan bahawa iman pada diri para sahabat r.hum. sungguh tinggi nilainya. Itulah kehebatan umat terdahulu yang kuat imannya berbanding umat terkemudian.
Kerjasama antara ahli pasukan ketika berlansungnya explore race amat diperlukan untuk menjana kemenangan, namun jika hanya kerjasama tanpa ada perancangan belum menjanjikan kemenangan dapat diperolehi. Saidina Ali kr.w. pernah berkata yang bermaksud ‘kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kepalsuan yang ada perancangan’. Oleh itu dalam segala apa jua bentukpun perancangan dalam perkumpulan atau syura amat diperlukan untuk menjana kemenangan sepertimana yang selalu dilakukan oleh baginda Rasul s.a.w. dalam setiap peperangan dan apa jua tindakan, baginda s.a.w. akan mendapatkan pendapat para sahabat r.hum. dan digabungkan dengan pendapat baginda s.a.w. sendiri.
Dalam al-Quran terdapat sepotong ayat yang berbunyi :
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل لكان زهوقا
(Surah al-Isra 17 : 81)
Katakanlah bahawa apabila datangnya kebenaran itu akan melenyapkan kepalsuan, sesungguhnya kepalsuan itu sesuatu yang pasti lenyap.