Michael Jackson (MJ) adalah seorang manusia yang sangat
penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong
gerakan-gerakan amal seperti di Afrika, Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera
kanak-kanak dan bermacam-macam lagi. Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ
masih gagal mencari ketenangan hati.
Dia cumalah seorang budak yang
terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi
budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera
semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh
kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ. Sila baca artikel ini
sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson. Namun
MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar
di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya
(Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di
satu press conference pada tahun 1989. "Saya telah melihat Islam di dalam
abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya
mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu".